Thursday, October 22, 2009

Siri Bercakap Dengan Setan: Hikmat Lepasan Arhat

Memandangkan kita semua dipengaruhi ego, maka kita patut melawan ego, bukan?

Sebenarnya, melawan ego hanya akan menyebabkan kita memperkuatkan ego. Kerana ego sememangnya mengidamkan pertentangan. Lagi banyak konflik, lagi banyak drama dan perhatian ke atas dirinya sendiri, maka lebih kuatlah dia.

Kalau tidak mahu dikekang ego, pertama sekali, haruslah mengenali diri sendiri.

Siapakah diri kita?

Amir Hafizi. Kacak. Hensem. Seksi. Konek kuat. Jubur harum. Penulis. Orang Kuantan. Duduk kat Bangsar. 800308-06-5XXX.

Semuanya adalah label. Adakah ini diri kita? Sebahagiannya, ya. Namun, diri kita yang sebenar bukanlah semudah kata-kata dan sekumpulan nombor.

Secara ringkas, siapa diri kita adalah, selepas menolak ego, apa yang tinggal adalah diri kita. Kalau kau dapat perhatikan, pelengkap kepada ego adalah alam semesta. Dan itulah diri kita yang sebenar.

Kalau nak rasa, cuba latihan ini.

Apabila ada orang yang menghamburkan kata-kata kesat atau ada ego yang cuba 'mencabar' ego kita, apa yang biasanya terjadi ialah ego kita akan bertindakbalas dan memulakan langkah-langkah mengembangkannya kembali kerana ia berasa kecil.

Cuba agar jangan bertindakbalas ketika ada yang cuba mencemuh kita dan kita berasa kecil.

Biarkan 'diri' kita itu menjadi kecil. Jangan cakap atau buat apa-apa. Biarkan saja kita berasa kecil.

Selepas beberapa ketika, kita mungkin sedar yang ada sesuatu di sekeliling 'diri kita' yang semakin kecil. Seolah ada ruang. Semakin lama, ruang itu semakin besar. Kewujudan ruang ini adalah tidak terbatas. Dan itulah diri kita yang sebenar.

Ruang yang tidak berpenghujung. Yang tidak pedulikan perkara-perkara remeh yang senantiasa mencengkam dan merisaukan ego.

Inilah diri kita yang sebenar.

Awas! Identifikasi dengan ruang ini juga boleh disabotaj oleh ego, sekiranya kita mula melihat batasan.

Manusia adalah makhluk tanpa batasan. Kewujudan kita bukan setakat dalam badan sahaja.

Kita mungkin akan berasa bahawa cemuhan orang itu tadi sememangnya tidak ada kesan yang mendalam langsung. Dunia tidaklah seteruk yang disangka, dan tidak banyak perkara yang benar-benar penting dan perlu dijaga. Mungkin juga banyak, tetapi tidak sebanyak dahulu.

Mengapa?

Kerana dahulu, kebanyakan perkara yang kita kisahkan, yang kita endahkan, adalah perkara yang kita fikir orang lain endahkan juga. Dan ego kita senantiasa mahukan reaksi daripada orang lain, sama ada rasa kagum atau benci.

Berhati-hati dengan latihan ini. Sememangnya berkesan, namun mudah masuk perangkap.

Perangkap 'aku hebat, pasal aku dah naik level'. Ini adalah ego membisikkan kepada kita, seperti Syaitan. Membezakan antara mereka yang 'celik' dan mereka yang 'buta'.

Sebenarnya, apabila kita sudah faham yang orang lain juga melakukan perkara-perkara buruk kerana mereka juga bergelut dengan ego mereka sendiri, adalah lebih senang untuk menerima mereka seadanya. Mereka semua pun semua sama macam kita. Diasak oleh kehendak dan nafsu ego yang tidak kunjung habis.

'Kesalahan' mereka hanyalah kerana mereka melayan ego mereka.

Kalau kita berjaya menerima manusia lain seadanya, dan juga kewujudan ego kita seperti itu sahaja (dan ego sememangnya tidak akan berlalu pergi tanpa sepatah kata, tetapi akan terus bersama kita), amak akan lebih senang untuk kita menerima keadaan dan dunia tanpa penghakiman juga.

Ini akan dibincangkan dalam kelas seterusnya.