Sebagai filasuf agung dunia, aku terkesima dengan amat mapan sekali dengan jumlah orang Melayu yang jadi gila.
Mula-mula, ada Plastik Man, kat Kuantan. Lepas tu, masa aku kat Pantai Dalam, ada Ketua Saintis Dunia. Ketua Saintis Dunia ni berpakaian seperti orang PIS, dengan satu tambahan aksesori - sekeping kertas A4 yang dilaminat dengan perkataan SAYA KETUA SAINTIS DUNIA dicetak elok dan kemas di atasnya dan tulisan tangan 'tak percaya ke?'. Dia juga ada membawa kertas bertulis Otak Kanan Melayu Hebat.
Masa aku jadi wartawan hiburan, ada la pulak Makcik Konsert. Makcik Konsert ialah seorang perempuan pertengahan umur yang muncul apabila ada konsert atau majlis anugerah gilang-gemilang.
Selayak wartawan hiburan yang peka dengan hal-ehwal semasa, Makcik Konsert kadang-kadang antara yang pertama di tempat kejadian.
Dulu, aku cukup bimbang kalau dalam usaha aku mencari kebebasan yang maksima, akan membawa aku menjadi salah seorang Ketua Saintis Dunia, Makcik Konsert atau Plastik Man.
Untuk sekian lamanya, aku mengalami tekanan, sebelum aku terjumpa dengan benda-benda yang boleh menenangkan aku lantas membawa aku keluar daripada tekanan.
Antaranya, Pantat Tidak Berbau.
Setelah menggunakan Pantat Tidak Berbau, saya tidak lagi berdengkur di waktu malam.
Yang mengingatkan aku. Aku nak baring sekejap sebelum member aku sampai. Kitorang nak keluar. Nak cakap pasal bisnes.