Sunday, October 25, 2009

Siri Bercakap Dengan Setan: Rahsia Kebahagiaan

Ada yang bertanya aku, berkenaan rahsia kebahagiaan. Aku tak tau nak jawab macamana. Pasal aku bukannya bahagia pun. Sedih pun tidak. Aku dalam gear neutral.

"Kalau aku mati, beritahu kekasih aku, aku cakap...'hello'."

- Futurama

Kemudian aku lihat, dalam mata mereka ada anticipation. Diorang tunggu aku jawab, pasal nak smash aku punya pendapat agar mereka kelihatan lebih bagus daripada aku.

Well.

Aku tak tau rahsia kebahagiaan. Tapi aku tahu rahsia kesedihan.

Rahsia kesedihan ialah menunggu untuk bergaduh dengan orang, nafsu untuk menunjukkan diri sendiri adalah lebih bagus daripada orang lain. Rasa tamak haloba kepada pujian.

Rasa kurang yakin dengan diri sendiri yang dimanifestasi sebagai sikap sombong dan angkuh, serta delusional.

Delusional, sangkut dengan ketagihan kepada cerita angan-angan bagaimana mereka adalah hero atau mangsa keadaan.

AKu yakin, rahsia kebahagiaan bukanlah pantat yang nyaman, walaupun pantat itu tidak berbau. Bukanlah sepasang tetek yang galak dan puting yang kental.

Bukan juga gaji yang maha besar, kerana aku pernah melihat ramai yang bergaji besar, tetapi muka mereka asyik mengerekot geramkan tetek yang teguh. Lubang jubur mereka pula ada hemorrhoid.

Gembira ke, ada hemorrhoid?

Best?

Gilakan imej dan pangkat. Gila menjatuhkan orang.

Gembira?

Aku pernah gembira membeli selipar RM10. AKu pernah gembira makan Teppanyaki je - bawang lebih. Aku pernah gembira menonton Glee.

Aku pernah gembira dapat pen yang boleh bertukar menjadi robot dalam kotak Tora. Aku pernah gembira bekerja keras dan pulang pukul 3 pagi. AKu pernah gembira menjalani pembedahan.

Dalam semua hal ini, satu perkara saja yang konstan. AKu terima keadaan dengan seadanya. Apabila kita selari dengan detik sekarang, maka kita tidak lagi meronta-ronta untuk melepaskan diri ke saat yang lain - sama ada pada masa depan atau masa lampau.

Aku tidak menghakimi saat itu dan menerimanya.

Dalam ketika ini, wujud saat yang tiada kesedihan, dan di situ mungkin ada bahagianya. Mungkin.

Kalau ada perkara 'buruk' terjadi atau orang 'buruk' menyerang kita - dan ingat, 'buruk' dan 'baik' hanya wujud dalam persepsi kita - jangan lawan perasaan, dan jangan lawan. Relaks saja. Dan relaks, bukan untuk menunggu masa sesuai untuk satu hari nanti membalas dendam. Relaks dan ikutlah aliran ketika.

Adakah ini bermakna, jika berlaku sesuatu yang tidak diingini atau ada serangan fizikal ke atas kita, kita wajar membiarkan orang memijak kepala kita?

Tidak juga.

Ini hanya bermakna kita tidak harus melatah. 99% masalah aku timbul sebab aku melatah. Bereaksi dengan tak tentu pasal.

Dr M cakap, kita mesti ada strategi. Kau takkan ada strategi kalau semua yang kau lakukan hanyalah reaksi. Aku lihat, mereka yang aku hormati tidak pernah melatah. Perlu diingat, latah itu orang Melayu dengan orang Eskimo je yang ada.

Masalah juga wujud sebab pada zaman sekarang ini, manusia tidak mahukan 'goals'. Mereka mahukan 'roles'. Kita tidak mahukan tuhuan, tetapi lebih mementingkan peranan.

Kalau dapat main untuk Newcastle United atau Portsmouth, aku rasa takde sorang pun orang Malaysia yang akan fikir bagaimana nak menang liga perdana Inggeris. Cukup sekadar, "Aku midfielder Newcastle, siut. Ok apa?"

Adalah cukup untuk kebanyakan, hanya menyandang jawatan, tetapi tidak perlu diendah hasilannya. Pasal apa? Pasal imej. Pasal ego.

jadi, relaks, undur ke belakang selangkah, fikir buat sejenak apa yang perlu dibuat, tanpa gangguan emosi, dan laksanakan.

Goals, not roles. Pedulittaik kalau kau tukang sapu sampah pun. Tujuan kau ialah mengekalkan kebersihan tempat kau sapu. Bukan agar kau kelihatan seperti tukang sapu sampah. Kot?

Aku bukannya tahu apa. Korang kan, Maha Mengetahui. Aku hanya setan kecil, kau gajah merah.