Salah satu perkara kegemaran ego untuk memperkasakan kehadirannya dalam hati manusia adalah dengan mempromosikan betul atau salah.
Nah, cuba fikirkan. Kalau kita kata, "Cahaya lebih pantas daripada bunyi." Maka ternyata kita betul, bukan?
Memerhatikan kejadian kilat dan guruh sahaja boleh membuktikan fakta ini.
Namun, apabila berkata "Cahaya lebih pantas daripada bunyi." maka adalah prang yang berkata, "Tidak! Bunyi lebih pantas!"
Jika kita secara sepenuhnya berada sealiran dengan Kebenaran, maka kita tidak akan beremosi atau berasa apa-apa atau cuba memperlekehkan orang yang berfikiran sedemikian, atau cuba memberitahu diri sendiri yang orang itu akhirnya akan bersetuju dengan kita.
Ini semua tindakbalas ego.
Kalau kita berasa yakin dengan kebenaran, maka kita akan yakin bahawa kebenaran itu akan tertera juga akhirnya, tanpa perlu mengalami apa-apa emosi langsung.
Adakah ini bermakna kita tidak perlu membetulkan pandangan yang kita fikir salah dari segi faktanya? Tidak. Ini cuma membolehkan kita agar tidak beremosi atau membuat apa-apa dengan dipengaruhi oleh perasaan.
Apabila niat kita tidak mempunyai baur perasaan, maka kita bebas melakukan perkara-perkara yang lebih baik daripada meroyan seperti orang gila tak ambik ubat.
Menjaga dengan ketat perasaan emosi yang timbul akibat betul/salah adalah satu perkara yang mungkin sukar.
AKu sendiri amat sukar mengawal emosi apabila melibatkan perkara betul/salah. Namun, ini adalah senjata ego yang paling mantap untuk menjadikan kita lupa daratan dan mula bereaksi dengan perkara serta perasaan yang tidak perlu.
Malah, inilah punca segala perbalahan, peperangan dan kebanyakan pembunuhan.
"Tuhan aku betul, Tuhan engkau salah!"
"Aku betul! Engkau salah!"
Maka merekapun berbunuh-bunuhan. Pasal apa? Pasal rasukan emosi yang tidak perlu. Akhirnya, mati.
Matilah ko!