Hakikatnya, manusia ini sakit.
Kita mampu mencipta tenaga semurah air atau pasir, dan juga merakam video lucah Maria Ozawa. Pada masa yang sama, manusia juga menggunakan kegeligaan otaknya untuk mencipta bom nuklear dan Kanye West - perkara yang bakal melenyapkan segala-galanya.
Termasuk sebuah video lucah Maria Ozawa di mana dia melakukan hubungan seks secara berkumpulan dengan sekumpulan khunsa! Iya! Dapatkan segera di pasaran! Ayuh kita ke sana!
Dalam kebijaksanaan otak manusia, terdapat biji semaian kegilaan yang bakal merosakkan secara sepenuhnya.
Pepatah Cina ada mengatakan:
"Air yang mengapungkan kapal juga boleh menenggelamkannya."
- Wong Kei-Ying, bapa Wong Fei Hong, Drunken Master II
Kesakitan ini, kegilaan nafsu serakah untuk menitiskan darah dan melahap hati manusia yang lain seperti Hindun dan Hamzah berasal dari kita yang bukan kita - ego.
Ego ialah suara hati yang senantiasa cuba meyakinkan kita bahawa kita sentiasa diserang, bahawa semua orang berniat jahat, bahawa kita harus menjahanamkan orang lain demi memajukan diri sendiri, yang kita harus melukakan orang lain agar kita tidak bisa terluka.
Rasa rendah diri yang dimanifestasi dengan menjatuhkan orang lain berasal dari bisikan si ego.
Hasilnya samalah seperti bercakap dengan Syaitan.
Orang Melayu ramai yang mengidap AIDS - penyakit Aku Ingin Dilihat Super, seperti yang dijelaskan dalam Malay Dilemma keluaran Gila-Gila oleh kartunis Long.
Ini berasal daripada bisikan ego.
Sesetengah kita ketagih melakukan apa sahaja agar KELIHATAN super. Kelihatan lebih daripada orang lain. Dianggap lebih daripada orang lain.
Perasaan ini amat kuat sehinggakan ia menular ke setiap pelusuk amalan dan nurani kita.
Semua perkara yang kita buat kadang-kadang dipengaruhi dengan kuat oleh perasaan ingin dilihat super.
Semasa memberitahu berita kepada kawan kita yang tidak tahu, ada yang mungkin, untuk sekelip mata, berasa LEBIH daripada orang itu. Kerana pada ketika kita memberitahu itu, kita kononnya LEBIH hebat, LEBIH berpengetahuan dan LEBIH SUPER daripada kawan kita itu.
Semasa membuli rakan sekolah, atau menoron bontotnya, atau memukul mukanya, kita berasa besar untuk seketika kerana pada masa itu, kita berasa LEBIH daripada orang lain.
Kita mengikuti sesetengah amalan atau ajaran atau falsafah, maka kita pun menyangka kita LEBIH daripada orang lain.
Perasaan lebih yang kembang itu adalah perasaan ego yang kembang.
Ya, ego itu sendiri kembang. Dan kerana ego senantiasa ketagih untuk kembang, maka si ego akan melakukan apa sahaja agar dapat kembang.
Macam penagih dadah.
Semua perkara dijadikan pertandingan dalam lumba lari sendirian infiniti. Awek sapa ada tetek lagi besar? Gaji siapa lagi besar? Kereta sapa lagi best? Kulit sapa lagi putih? Dahi sapa lagi licin? Sapa sembahyang lagi banyak? Siapa lebih Islamik? Siapa lebih liberal?
Hasilnya?
Kesedihan akibat kebahagiaan yang tidak kekal. Kerana yang dikejar tak dapat. Pasal apa yang dikejar itu bukan sesuatu yang dapat dicapai.
Apa yang kau kejar sebenarnya?
Menjadi lebih baik daripada ORANG LAIN?
Dalam komik Pedang Setiawan, ada dinyatakan bahawa:
Di sebalik awan yang tinggi, ada lagi awan yang lebih tinggi.
Walaupun didaki sampai ke puncak, apa yang kau dapat di atas gunung hanyalah angin yang sejuk sampai ke tulang.
Ego senantiasa menyuruh kita agar bermusuhan dengan orang lain, kerana satu-satunya cara ego boleh kekal ialah dengan mewujudkan konflik atau drama di mana dia mendapat dua perkara yang maha penting baginya:
1. mendefinisikan dirinya sebagai lain daripada orang lain, maka terpisah daripada dunia.
2. menjadi hero atau heroin dalam kisah delusional angan-angan yang direka sendiri.
Identiti sebegini mengukuhkan kewujudan si ego, dan dia akan menjadi lebih kuat, jelas dan kembang.
Salah satu sebab ego kita, yang selalu mewakilkan diri kita yang sebenar, sukar mencapai kebahagiaan adalah kerana tumpuan kepada Ingin KELIHATAN SUper. Ingin disanjung.
Oleh siapa? Oleh orang lain.
Maka, Tuhan mereka adalah orang lain. Tuhan mereka adalah Makcik Bedah Mulut Jubur, jiran kawasan perumahan yang suka mengumpat. Tuhan mereka adalah pandangan Makcik Senah Pantat Bernanah.
Pandangan orang lain sentiasa berubah. Maka selama-lamanyalah mereka akan terlompat daripada kaki kiri ke kaki kanan, demi memenuhi kehendak hati pandangan orang lain.
Akan Bersambung...