Monday, July 6, 2009

ELARTI:GA - Sebuah Ulasan Gonzo Yang Bukan Ulasan

Ruhayat X seorang yang mengingatkan aku pada pelukis-pelukis, seniman dan filasuf serta pemfalsampah CM. Mereka yang banyak berkarya pada zaman 80an dulu. Kot?

Aku tak tau sama ada mereka wujud atau tidak, tetapi aku syak yang ada satu kabal penulis Bahasa Malaysia pada dekad 80an. Mereka menulis pasal kedai mamak, roti canai dan maggi goreng. Tulis zine underground. Tulis cerpen pasal naik bas. Pasal takde duit. Tulis sajak, tulis lagu. Macam dalam filem Kembara Seniman Jalanan. Imuda pernah bagi daging burger je kot? Zaman Seniman.

Bagi aku, Ruhayat X retro. Brand yang retro.

Aku pertama kali mendengar atau membaca nama Ruhayat X daripada Zedeck Siew. Zedeck Siew cukup merembes dengan penulisan Ruhayat X, atau nama sebenarnya, XXXX Ruhayat. Amri Ruhayat kot?

Zedeck Siew: Merembes air mak!

Satu benda aku tak puas hati. Tau la retro, brader. Tapi janganlah sampai binding pun pakai spiral kejadahnya? Ni kalau aku pindah bebila kang, aku bet RM10 (jumlah sama yang aku beli buku ni), yang ELARTI:GA akan sama ada musnah, hilang atau tercucuk kat lubang jubur aku.

Punyalah kecik buku ni!

Tapi, dalamnya ramai orang. Bukan macam LRT, tapi macam Bas Mini, kalau apa aku baca dalam Gila-Gila dulu betul la.

Ada sajak, ada artikel, ada 'rebiu'. 'Rebiu' ni kira macam 'rebat' la. Pasal taknak pakai 'diskaun', 'potongan' atau 'aku-bagi-balik-duit'. Aku paling menyampah dengan perkataan 'rebat'. Pasal walaupun patutnya menggantikan 'rebate', tapi takut tersasul dengan 'rebutt' atau 'membontoti semula' (tanya Anwar).

Berlainan dengan New Malaysian Essays 2(NME 2), ELARTI:GA masih segar kandungannya, walaupun formula lama.

Maksud aku, NME 2 menghidangkan susun halaman yang baik dan rekaan grafik yang menarik, serta penulisan bermutu tinggi susu awal lembu, tetapi isi kandungannya agak lemau. Topik yang sudah biat telinga aku dengar dijeluak keluar oleh sesetengah manusia.

ELARTI:GA lebih sebuah zine daripada buku atau majalah. Malah, gaya penulisan pun lebih kurang. Entah macam mana, kesegaran kandungannya masih okay.

Cuma, tiada siapa akan mengambil serius buku ini, kerana buku ini sendiri tidak mengambil serius akan kewujudannya. Ini ada baik dan buruknya.

Baiknya, buku ini akan popular dan senang didampingi gadis-gadis yang mahukan pengembaraan dengan mereka yang pengotor tetapi banyak membaca buku. Harganya yang rendah walaupun tidak berpatutan juga memungkinkan buku ini senang dimiliki oleh semua inteligentsia anak orang kaya yang suka mendabik dada kononnya miskin, walhal mabuk setiap hari.

Buruknya, buku ini lama-lama akan tersendal kat lubang jubur aku je, pasal binding tak best.

Yang penting: KANDUNGAN!

Pergi mampus sama kulit. Isinya yang lagi mahal. Cuba tengok karipap. Kelongsong karipap hanyalah tepung gandum dengan mentega yang digoreng. Isinya pula, adalah campuran daging, rempah, kentang (aku cuma makan karipap inti ubi kentang pasal aku tak suka jenis yang lain. Jenis yang inti ubi lain tu karipap ciplak. Karipap download. Karipap bittorent. Karipap Jonas Brothers.) yang digoreng dua kali.

Kandungan dah bagus. Kalau bindingnya terer, aku letak kat rak buku Billy aku. Kat para ketiga, bawah komik-komik oleh dewa-dewa penulisan Neil Gaiman dan Alan Moore. Sebaris dengan si gay Chuck Palahniuk. Dan buku pinjam (daripada Sharon Bakar) Anne Proulx serta Martin Amis.

Ni puji ni.

Penulisannya segar. Topiknya tiada halangan mental atau diskriminasi. Satu usaha yang lebih demokratik, walaupun masih one-sided, daripada NME 2.

Banyak cakap pasal indie - satu gerakan muzik yang aku tak pernah terlibat dengan. Sama macam aku tak pernah tengok Titanic dan aku tak pernah ada Facebook. Akulah Jejaka UMNO tegar yang menentang kolonoskopi Amerika.

ELARTI:GA melaungkan perasaan kesal bagaimana muzik indie sudah di-arus-perdana-kan. Dikelilingi dan diminati peminat Twilight dan Jonas Brothers, indie berada di takuk paling hina dalam sejarah manusia. Hahaha. Mangsa kejayaan sendiri.

AKu tak pernah indie. Zaman bebudak punk dulu, alternatif la, grunge la, aku dengar lagu iklan je. Takpun, lagu tema siri TV. Siap hafal lirik, beb. Aku ateis muzik. Tak pernah menyembah Tuhan Batu. Tak pernah hisap konek gangster hip hop.

Hahahaha. Indie dah mainstream. Rasakan! Rasakan! Padan muka! Ambiklah peminat-peminat Jonas Brothers tu, dan sumbat kat dalam lubang jubur taik! Muahahahaha!

Aku dah menang!

Akhir kata, belilah ELARTI: GA, demi mencapai Wawasan 2020. Bak kata pepatah, gulai lomak masakan Rawo, tumbuk lado segonggam godang...eh itu pantun. Apa-apa lah.

Gulai lomak masakan Rawo
Tumbuk lado segonggam godang
Kok awok raso penganen kito
Indakkan lupo jalan nan datang.

Dah, aku nak berak.