Tuesday, May 1, 2018

Nota Sakit Bontot

Lebih sebulan lepas, aku kena sakit otot bahagian punggung dan belakang. Tak serius, tapi sakit nak mampus. Dua hari pertama, aku tak boleh berjalan. Sekarang pulak, aku tengah sibuk dengan kerja walaupun berjalan pakai tongkat.

Jadi aku tak boleh menyibuk kumpul maklumat pasal Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14). Apa yang aku tau amat terbatas, dan aku rasa beberapa senario yang mungkin terjadi, sama ada susah nak tercapai atau akan bawa banyak masalah.

Anyway, aku terjaga malam sebab tetiba rasa nak menulis, so aku nak consider empat kemungkinan PRU-14:

1. BN menang besar
2. BN menang tipis
3. PH menang tipis
4. PH menang besar

Ini berdasarkan lancapan je, and aku takde langsung maklumat bocor daripada mana-mana kem. So ini basically ialah hentam keromo. Jangan percaya sangat.

1. BN menang besar

Kebarangkalian: Mungkin 20%

Agak susah BN nak menang besar sebab skandal banyak sangat, kebangkitan kemarahan rakyat, kenaikan kos sara hidup, janji PRU-13 Dicapati, kegagalan penerangan kepada rakyat, kegagalan menjawab naratif pembangkang, dan ketiadaan penerangan berkesan.

Aku tak tau sapa yang handle strategi BN sekarang, tapi taktik keanak-anakan dan jenis mesej yang dikeluarkan ialah jenis yang kita jangkakan daripada pembangkang zaman akhir dekad dahulu. Lemah. Amat lemah dan membayangkan seolah-olah kem BN dalam ketakutan yang amat.

Mungkin ini apa yang jadi bila Najib cakap dia tak perlukan orang pandai, tapi orang yang setia. Ya lah, orang pandai bahaya, nanti dia tau ko kelentong apa. Orang setia yang bodoh kerja dia goreng nasi dengan ridsect je.

Tapi penurunan kualiti strategi BN menghampakan aku.

Contohnya, diorang pergi maki Dr M dekat TV, kerat poster Dr M, halang Dr Siti Hasmah hadir ke anugerah buku yang sebenarnya tidaklah significant sangat dalam politik negara, dan senario media sosial yang lebih macam anjing menyalak bukit.

Walaupun semua ini, termasuk tindakan SPR mengharamkan imej Dr M di sesetengah tempat, mengundi hari Rabu dan sebagainya akan dikatakan sebagai tindakan pihak yang BUKAN BN, tetapi rakyat - pengundi - akan melihatnya sebagai berasal daripada BN. Apa-apa yang jadi, BN akan dipertanggungjawabkan.

Ini bukan perbuatan orang yang yakin menang. Walaupun kalau nak menang, selepas persempadanan semula, BN hanya perlukan minimumnya kurang 20% undian di kawasan-kawasan kecil atau mengambil peluang kawasan strategik yang dulunya majoriti tipis dan sudah disertakan pengundi kawasan lain.

Aftermath:

Sebenarnya, kalau BN menang besar, negara akan aman. Dengan semua undang-undang lama dan baru, mereka boleh memburu semua yang menentang mereka dengan pelbagai cara.

Parti Agama Islam Se-Malaysia (PAIS-M) juga tiada modal untuk menjual 'servis' dan kerusi mereka kepada BN, dan hudud tak akan jadi.

Malaysia akan menjadi macam negara yang aman, tetapi dikawal dengan pemerintahan kuku besi. Politician BN akan lebih takut kehilangan kuasa, sebab takut dibicarakan atau dipenjarakan, maka kalau ada majoriti 2/3, kita akan dapat lihat pelbagai persembahan sarkas. GST mungkin naik, harga minyak mungkin naik, projek mega dengan China akan keluar suratkhabar yang akan diguanakan untuk bungkus nasi lemak takde ikan bilis sebab ikan bilis mahal.

Adakah Malaysia akan menjadi lebih makmur? Kita mungkin takkan tahu sebab lepas tu mungkin tak boleh komplen apa-apa sebab nanti kena tangkap.

2. BN menang tipis

Kebarangkalian: Mungkin 50%

Ini bagi aku ialah yang paling mungkin berlaku.

Ada dua senario. Satu, BN menang tapi kurang 133 kerusi - kurang daripada PRU-13 sebelum ini, tapi majoriti mudah, jadi tak perlukan kerusi PAIS-M.

BN kalah negeri Pulau Pinang, Selangor, Johor, Sabah, Perak dan Kelantan (PAIS-M) akibat rakyat mahu 'mengajar' BN, tetapi tak sanggup undi Kerajaan Persekutuan lain.

Senario kedua ialah: BN menang 110 kerusi - kurang dua kerusi untuk membentuk kerajaan. PAIS-M datang, offer 5 kerusi, tapi nak sesuatu - hudud.

Ni mungkin hudud main-main, sebab bagi aku PAIS-M sekarang bertuhankan Ringgit Malaysia. Apa pun, cadangan macam punch card untuk sembahyang Jumaat, semua perempuan kena bertudung kalau tak kena pancung, stuff like that akan jalan. Pawagam asing untuk lelaki dan perempuan bujang dan yang berkeluarga, supermarket line asing-asing, bukak hari lain untuk berlainan jantina.

Apa-apa lah, untuk menyenangkan hati penyokong PAIS-M supaya pemimpin diorang sekarang boleh terus berkuasa. Oh, dan Hadi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Aftermath:

Chaos. Kemarahan yang aku detect sekarang akan berterusan, sekurang-kurangnya di kalangan sesetengah orang. Aku fikir akan ada banyak perarakan yang annoying, bagi aku.

Rusuhan? Kalau kau tanya aku tiga bulan lepas, aku akan cakap orang Malaysia ni malas. Sekarang? Dunno?

Dengan taktik tadika anjing yang amat annoying digunakan oleh jentera yang semakin digerakkan oleh lebih ramai orang bodoh, akan menimbulkan perasaan marah yang tidak berkesudahan.

Pada masa yang sama, prestasi yang menurun mungkin akan digunakan sebagai alasan politicians BN sendiri untuk menumbangkan Najib dan menaikkan diri sendiri. Aku tengok masa kempen ni, Najib sorang je lebih. Yang lain mana? Macam menjauhkan diri daripada Najib, just in case dia kalah.


3. PH menang tipis

Kebarangkalian: Mungkin 40%

Kalau betul ada peralihan undi orang Melayu kepada PH, maka BN akan kalah. Walaupun PH sebahagian besarnya incompetent sebab selama 10 tahun aku tak nampak pun usaha berkesan untuk pujuk orang luar bandar.

Aku selalu tuduh PH ni pemalas sebab nak lepak kat bandar je, dan sebab orang duk maki BN kat Twitter dan Facebook, diorang mungkin ingat orang suka sangat diorang tu.

KALAU PH menang, memang bukan sebab rakyat suka sangat PH, tapi pasal dah menyampah dengan BN. Ada la yang sokong DAP, PKR dan ada peminat die-hard Dr M. Tapi majoritinya akan undi PH sebab dah tak tahan dengan Najib and gang punya bullshit pasal 1MDB, cerita masukkan duit RM2.6 billion ke akaun sendiri, dan taktik-taktik tadika anjing menjelang PRU-14.

Aftermath:

Chaos. Ada dua benda buruk yang MUNGKIN jadi. Satu, BN yang kalah cuba buat rusuhan untuk activate Emergency.

Keduanya, kerajaan yang dibentuk akan hadapi hari-hari kusut macam mana nak ambik alih apa yang sedia ada.

Cakap apa nak buat dalam 100 hari memanglah senang. Aku boleh cakap, kalau aku memerintah, dalam 100 hari pertama, aku akan ukir muka Eisaya Hosuwan kat bulan.

Ada banyak structure dan protokol yang ada, dan orang berkuasa dalam kerajaan yang diletakkan oleh politicians. Geng Dr M dengan Muhyiddin maybe boleh lead the way untuk handle structure ni, tapi memang akan ada banyak benda keliru masa transition ni.

Aku pikir pun pening, tapi aku rasa ada at least 2 minggu bila rakyat Malaysia rasa best dan mula peluk satu sama lain sebab gembira, dah tumbangkan BN.

Of course, diorang tak ramai pikir kerja menimbun yang ada lepas tu. Nak siasat 1MDB, nak deal dengan AG, BNM, etc. Nak lantik orang itu, ini.

Aku cuma rasa hal ni semua akan settle down lepas dua sesi parlimen kerajaan baru, so maybe after 6 bulan atau setahun.

4. PH menang besar

Kebarangkalian: 10%

Aku letak je 10%.

Aftermath:

Hari esoknya, Najib dah fly ke negara yang takde extradition treaty dengan Malaysia. Anak cucu kita akan tengok dia kat channel TV dokumentari pada masa hadapan.