Aku lepak dengan member aku sambil berniaga pastu of course keluar cerita politik.
"Apa akan jadi kalau PH menang? Mesti politicians yang dah lama terliur nak rompak duit akan rompak duit gila babi, balas dendam tak dapat duit 60 tahun."
Aku ejas duduk aku kejap sebab takut menekan bontot sangat, sebab aku masih sakit bontot walupun dah beransur pulih.
Ini rumusan jawapan aku kalau PH menang dan kat bawah, kalau BN menang.
Senario A: PH menang.
1. Kerajaan Cockblock
Kalau PH menang, sebab pakatan diorang tu rapuh, takde sapa boleh seleweng duit dengan suka hati diorang. Kalau Guan Beng nak curi 2.6 billion, sama ada Mat Sabu atau Nurul Izzah, atau Mat Sabu bergandingan tangan dengan Nurul Izzah dalam satu video, atau Mat Sabu dengan Muhyiddin akan sekat dia.
Kalau Dr M tetiba nak bunuh orang, aku yakin Wan Azizah, Kit Siang dan Guan Beng akan block dia.
So kerajaan PH ialah kerajaan yang akan block memblock kalau ada benda bangang diorang nak buat. Mamat-mamat DAP yang terliur tu, aku rasa akan dicheckkan oleh colleagues diorang from PKR, Amanah and Bersatu. Kalau Bersatu nak makan duit, yang lain akan balance dan blockkan dia.
Aku namakan struktur kerajaan ini, struktur Kerajaan Cockblock. Takde sapa akan pancut sangat aku rasa. Padan muka.
2. Ke Arah Rakyat Yang Lebih Berkuasa dan Bertanggungjawab
Tetapi PALING penting, ialah rakyat yang akan muncul selepas ini. GE14 ni, bagi aku, bukanlah peluang untuk letak kerajaan yang semua orang suka, tetapi satu percubaan untuk memperkasakan orang ramai.
Sebenarnya, tak perlu kalahkan BN pun, kalau orang ramai dah sedar kuasa diorang dan tak senang dimomokkan atau ditakutkan oleh ahli politik daripada mana-mana pihak, aku rasa semua dah menang.
Sebab musuh sebenar bukan orang parti lawan, tetapi sebenarnya ahli politik. Ahli politik yang mengambil kesempatan daripada kebodohan orang ramai untuk kaut keuntungan demi diri sendiri. Korang yang gaduh cam nak rak, tapi yang kenyangnya ahli politik.
Rakyat yang berjaya menumbangkan BN - sebuah kerajaan berumur 60 tahun - akan membuktikan kuasa rakyat ke atas ahli politik. Takkan ada lagi ahli politik akan berani buat kurang ajar suruh orang buat dua kerja, suruh makan kangkung, cuba curi duit pastu cakap ada Alab derma, dan cuba tipu level tadika. Nak tipu pun, cuba la pakai level sekolah rendah ke, kolej swasta ke.
Rakyat akan sedar kuasa yang diorang ada, dan akan gunakan kuasa itu kalau ada ahli politik cuba buat 2MDB: 2 Fat, 2 Babi.
Sesapa nak main politik perkauman? Undi dia keluar. Letak kambing pun sebagai lawan dia, undi kambing. Cuba nak curi duit? Perhambakan orang atas dasar perkauman? Jangan layan dia sampai dia nangis pastu dia boleh pergi mampus. Daddy ke, Ah Beng ke, Anwarista ke, Mahithirist ke, semua kena menjawab kepada rakyat.
Ahli Politik semua kena tabik pastu cakap, "Tuan, saya pacal yang hina nak pergi bersidang di dewan rakyat ni Tuan. Boleh kewwww?"
Rakyat: Menyalak dulu dua kali.
Ahli Politik: Ouk! Ouk!
Rakyat: ... Okay.
Aku dah lama menunggu rakyat yang bertanggungjawab pada diri diorang sendiri. Terlalu lama, orang kat Malaysia mengharapkan suatu kuasa besar untuk tolong diorang. Semua kena sedar bahawa kebanyakan benda ko kena buat sendiri, sebab ko ada kuasa untuk tentukan apa jadi kat keliling ko.
Selama ni, makan kat gerai atau restoran fastfood, ada orang bersihkan. Isap rokok, buang puntung merata ada orang bersihkan. Tertipu dengan propaganda bodoh yang McD support Israel, terlopong bila McD tak diharamkan kerajaan.
Semua benda kita terlalu harapkan kerajaan atau pihak lain untuk buat. Memang ada tanggungjawab kerajaan, antaranya menguruskan duit cukai yang kita bayar untuk sediakan pendidikan, khidmat kesihatan, keselamatan etc, tetapi sebenarnya banyak benda yang kita kena tentukan sendiri.
Aku rasa, selama ni hampir semua rakyat Malaysia takde ownership pada negara diorang sendiri sebab diorang kena tipu dengan politician. Kena tipu sampai jadi beruk. Dan aku amat rimas dikelilingi beruk.
Tak kisahlah siapa menang masa GE14 nanti, aku harap korang semua jadi orang dan tidak mudah diberukkan oleh ahli politik.
Senario B - BN Menang
Macam ni le.