Sunday, March 19, 2017

J Revolusi, Logan, Adiwiraku dan Adakah Kita Tak Berbakat?

SPOILER ALERT! Like, GILA BABI SPOILER!

Selamat Tinggal Yang Pertama

Logan ialah filem pasal kegagalan dan kekecewaan. Dan ini filem X-Men paling best setakat ini. Filem terakhir Hugh Jackman sebagai Wolverine. 17 tahun dia bawak watak tu, dalam sembilan atau 10 filem. Ini juga ialah filem kedua terbaik Jackman, selepas The Prestige.

Logan menceritakan pasal Wolverine yang dah tua dan jadi Uber/Lyft/Grab driver, healing factor dia dah tak berfungsi dengan sempurna. Nak keluar kuku adamantium dia pun cam segan-segan je. Nak lawan penyanggak curi tayar pun payah gila.

Ini bukan Wolverine/Logan yang boleh lawan mutan-mutan terkuat dunia - ini orang tua yang hidup segan, mati tak mahu. Logan yang dah letih, macamana aku pun letih. Prof X lagi la teruk. Dia dah nyanyuk. Ada penyakit otak yang membahayakan orang sekeliling dia.

Macam anak yang taat dan soleh, Logan jaga Prof X dalam satu tangki air untuk pastikan kuasa dia tak bunuh orang.

Muncul la pulak seorang budak kecik - Laura Kinney aka X-23 - yang ada kuku dan kebolehan macam Logan, sebab dia diklon daripada darah Logan.

X-23 berjaya menggunakan kecomelan dia untuk paksa Logan bawak dia ke satu lokasi yang tertera dalam komik X-Men (X-Men wujud sebagai komik dalam dunia Logan).

Road trip ini bermula ganas dengan serangan orang jahat yang nak tangkap X-23. Scene paling aku suka ialah bila diorang nak langgar pagar pakai kereta. Pagar kawad berduri je. Kalau filem lain, kereta diorang dekat je, pagar tu dah terbang ke Uranus. Tapi dalam filem ni, sesuai dengan tema kegagalan dan kekecewaan, diorang langgar tapi tak lepas. BEST!

Semua watak orang dewasa dalam Logan mengecewakan, sebab memang tema diorang pasal kekecewaan. Wolverine yang takleh heal dan ada sakit adamantium poisoning (agaknyalah), Prof X yang nyanyuk, dan orang jahat yang juga mengecewakan semua orang.

Semua orang yang Logan jumpa dalam filem ni mati atau terseksa, sama macam komik dan cerita asal Wolverine. Kalau kau pernah baca pasal Wolverine kat Madripoor dalam komik, dia noir abis dan asyik cakap pasal sesapa yang menyayangi dia atau duduk kat keliling dia, akan terseksa atau mati.

Aku suka gila cara diorang handle X-23. Separuh cerita dia tak cakap apa, cuma stare tak puas hati pastu jerit-jerit dan kelar orang pakai kuku adamantium. Best! Dan bijak, sebab bila budak tu bercakap, suara dia memang suara budak perempuan 10 tahun - tak macho langsung.

By that point in the movie, ko dah tak peduli dah suara dia cemana sebab X-23 best.

Semua benda pasal Logan best, kecuali ending dia yang terlebih cheesy bagi aku. Bila Logan duduk lepas lawan dan nak mati, dia cakap, "Laura, Laura, Laura" - ini bukan Logan, tapi Hugh Jackman yang berlakon. Pastu X-23 cakap, "Daddy, daddy!" Fuck that shit.

Patut dia takyah cakap. Just nangis je kuat-kuat pastu baru la Logan cakap, "So that's what it feels like." Pastu mati selepas dapat rasa jadi bapak orang.

Filem ni cerita superhero kedua dalam masa 2 tahun yang stakes dia bukan pasal nak selamatkan/musnahkan dunia tapi pasal benda yang jauh lebih kecil. Filem satu lagi ialah Deadpool dan dua-dua filem ni jauh lagi best daripada KEBANYAKAN filem superhero yang asyik berlawan dengan awan jahat atau lampu yang menyala ke langit.

Aku suka sebab dia hold back dan restraint, keupayaan untuk tahu kat mana nak push dan kat mana nak hold back, bukanlah sesuatu yang ramai filmmaker paham.

Evolusi UTK Drift

Cakap pasal krisis yang memusnahkan dunia, tadi aku baru tengok J Revolusi yang mnengetengahkan plot Ultra Virus yang menjadi senjata bio yang mampu bunuh semua manusia. Hollywood pun dah mula sedar yang krisis kemusnahan dunia ni dah tak best, dan filem kita baruuu nak find out benda sama.

Judo, Skodeng, Eddie dan anggota UTK lain perlu mendapatkan virus itu kembali sambil menyelamatkan adik Judo, (watak yang dilakonkan) Fazura.

J Revolusi dipasarkan sebagai sebuah filem Malaysia yang 'tidak memalukan'. Kalau ko baca Grand Brilliance punya Twitter account, ko tengok dia retweet orang yang cakap "eh, tak malulah dengan Filem Malaysia lepas tengok J Revolusi" or something like that.

Aku fikir, "Sapa yang malu dengan filem Malaysia?" Aku tak malu pun dengan filem aku sendiri, atau filem-filem Mat Rempit atau Apa Celop Toqq atau Cinta Kura-Kura. Atau Tanda Putera, Strawberi Cinta, Bahaya Cinta atau mana-mana filem tak best yang lain.

Aku rasa 'bangga' ni bodoh sebenarnya. Dia macam satu penyakit. Satu 'virus' atau 'Ultra Virus'. Ko nak bangga dengan sapa? Dengan mat saleh? Mat saleh pun undi Trump. Mat Saleh pun buat Suicide Squad. Mat saleh pun buat Batman v Superman - filem paling anjing dalam sejarah anjing.

J Revolusi cuba menjadi sebuah filem gred B. Jenis yang kalau ko pasang TV memalam buta pastu ada cerita orang tembak-tembak, ko tengok la sebab takyah pakai otak. Masalahnya, J Revolusi kena pakai otak gila babi.

Pasal apa? Pasal dia ada banyak plot holes. Ya, semua filem ada plot holes, kecuali Babe - filem sempurna.

Contohnya Fazura betray family, UTK dan negara senang nak mampus, aku rasa. Tak strong. Ada banyak elemen macam auction scene tu setup tak betul,

Pastu ada banyak masalah dalam storytelling. Ada member aku point out, Eddie (Izara Aisyah) pakai baju siang, tapi pergi ke auction malam. So Eddie pakai baju tu lama gila la, dari tengahari sampai malam.

Member sama cakap Judo pengsan 6 bulan pastu sedar je terus orang jahat nak buat pertukaran virus dengan tebusan - part ni, member aku salah sebab Judo sedar seminggu lepas operation and 6 bulan kemudian BARULAH jadi macam dalam filem tu.

Aku nak tambah, ada orang jahat jatuh ke arah jalan, tapi mendarat atas kereta yang dah parking. Pastu ada air kat bawah kereta tu. Darah ke apa? Cemana darah boleh mengalir cepat ke bawah - nevermind.

Pastu diorang cuba buat fast-cut, multiple angle yang tak jadi. Bila gaduh je, nak tumbuk sekali, ada dalam 4 cut sesaat, semua tukar angle sampai ko tak tau apa jadi, sapa tengah buat apa, kat mana, etc.

Masa misi pertama pun, aku tak paham apa yang tengah jadi. Sapa tengah serang, kat mana, blablabla. Akibatnya, takde stakes. Audience tak tau pun penting ke tak mamat A bertumbuk dengan mamat B dan diorang kat mana.

Kalau ko tengok filem yang buat cut camni, Captain America Civil War, ko nampak dan tahu la jugak apa tengah jadi. Captain America ditolong Scarlet Witch lompat masuk bangunan, Falcon gaduh kat luar, Black Widow gaduh kat luar. Orang jahat lari, Black Widow kejar diikuti orang lain.

Action dia ko boleh follow, walaupun pakai teknik sama.

Pastu, on the other end of the spectrum, ko ada John Wick yang diinspirasikan oleh Oldboy. Action ko dah cukup power, jadi takyah cut. Ko just buat shot pan sikit je kiri ke kanan.

Scene Oh Dae Su (Oldboy) gaduh pakai tukul dengan ramai orang, camera work John Wick yang takde gerak banyak sangat.

Malah, Marvel's Agents of Shield pun siap buat long cut berapa kali dah season ni (Season 4) masa nak tunjuk action.

Dari segi action, untuk sebuah filem yang cuba ketengahkan action, J Revolusi tak best sangat.Takdelah teruk muntah darah, tapi still tak best.

Lakonan jugak tak best, secara purata. Cerita dia member aku tulis, tapi aku cakap gak la, banyak plot holes.

Despite all this, sebenarnya aku agak terhibur dengan J Revolusi, kat certain parts. Mungkin pasal sebelum aku masuk panggung, aku dah turunkan expectations aku ke tahap terendah mungkin - sampai aku rasa suicidal, baru aku pergi tengok.

Cikgu Pinang Tunggal

Kalau J Revolusi pasal nak selamatkan manusia daripada "WEAPON OF MASS DESTRUCTION!" kata salah seorang orang jahat, Adiwiraku pulak cerita pasal cikgu dan bebudak kat sekolah yang agak terpencil, cuba nak participate je choral speaking peringkat daerah.

Sekolah tu memang dicop sekolah loser dan cikgu dia pun jenis sukarelawan Teach for Malaysia.

Adiwiraku - title ni tak best langsung - ada sumber cerita yang amat AMAT rich. Cerita dia kaya dan subur dengan benda-benda best macam kisah pelajar kat kawasan tu - jenis benda orang bandar tak paham sangat dan amat bagus untuk diorang tengok.

Cerita pasal cikgu memang bagus dan senang nak cari benda menarik nak ketengahkan. So dari segi cerita, Adiwiraku memang takde masalah langsung. Based on ini sahaja, korang pergilah tengok filem ni sebab cerita memang ada dan cerita dia rich.

Malangnya, penceritaan dia tak best. Awal-awal cerita dah start narration yang dictate semua benda dan bukan dalam cara yang charming atau kelakar macam Jean-Pierre Jeunet atau Wes Anderson.

Ada babak yang best masa awal-awal tu, contoh bila ada bebudak maki hamun kiri dan kanan. Tapi narration aku rasa salah letak terus.

Show, don't tell. Diorang tell gila babi, so rugi sikit kat situ.

Pastu, pasal fokus. Dah ada cerita yang best, yang rich, so director and writer kena decide apa yang dia nak letak dalam filem. Ko takleh letak semua sekali sebab nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran.

So masalah dia ialah cuba nak buat banyak sangat benda pada satu masa. And ada babak yang sengaja nak perah air mata yang aku fikir tak perlu sebab kalau ko relax je pun orang nangis.

Aku nangis gak tengok filem ni, tapi bila dia cuba nak buat aku nangis, aku stop nangis.

Aku sarankan kalau ada sesapa nak berlakon atau berangan dia pelakon, silalah tengok Adiwiraku sebab bebudak yang bawak watak diri sendiri memang best nak mampus. Kalau korang pelakon takleh bawak watak real macam bebudak tu bawak watak diri diorang sendiri (admittedly lagi senang la) baik korang toksah berlakon.

Kesimpulan

Aku penat. Aku penat macam Logan penat. Dan aku nak cakap yang tema Logan pasal kekecewaan dan kegagalan amat sesuai untuk apa yang aku rasa sekarang.

Aku mula fikir, adakah industri filem Malaysia tak keluarkan filem-filem best sebab memang kita ni tak berbakat nak hasilkan filem best?

Tak cukup berfikir kat sesetengah tempat, terlebih-lebih kat tempat lain. Takde taste.

Aku rasa ya. Takde bukti yang menunjukkan kita berbakat.

Directing tak best. Acting cam haram. Writing pun ke laut. Semua tak best.

So, sekarang ada dua benda je filmmakers boleh buat - stop buat filem dan berhenti membanjirkan pasaran dengan filem tak best.

Atau embrace our own mediocrity. Tak reti la aku nak cakap dalam BM. Redha kot?

Tapi, ya. Aku memang penat.

Sebab tu aku akan hilang kejap next week.

Balik kang, corporate job aku suspend 2 bulan and aku nak tulis skrip filem suka-suka.