Maka berakhirlah, aku harap, kisah aku dengan PTPTN yang bermula sejak aku menamatkan pengajian pada tahun 2003. Kisah aku dengan PTPTN bermula dengan maki hamun tidak terbatas. Kemudian masuk mahkamah. Akhirnya dah settle.
Aku masih fikir semua yang pinjam PTPTN wajib bayar balik supaya generasi selepas ni ada duit nak pinjam kalau pergi Universiti. Dan aku tak setuju dengan pendidikan percuma yang akan aku jelaskan di bawah.
Sebelum tu, meh aku cerita pasal kisah drama nak mampus aku dengan PTPTN.
Kisah Penuh Drama
Aku mula bekerja pada akhir tahun 2003 tetapi hanya membayar balik pinjaman PTPTN dalam beberapa kali setahun selama beberapa tahun. PTPTN mula menghantar surat ke alamat aku di kampung. Mak dan bapak aku yang ada darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis selalu panik bila ada surat kutip hutang PTPTN.
Surat itu surat firma guaman. Aku difahamkan setiap kali hantar surat mungkin ada cajnya yang dikenakan oleh firma itu. Kalau dia hantar kepada semua peminjam PTPTN, dah berapa tu? Siapa yang bayar? Masuk dalam jumlah pinjaman aku ke?
Jadi, aku telefon PTPTN suruh jangan hantar kat mak bapak aku, tapi begini jadinya:
Aku: Boleh tak jangan hantar surat kat mak bapak saya? Hantar kat saya.
PTPTN: Kami takleh berhenti hantar sebab kena telefon PTPTN pantai timur.
Aku: Bak nombor PTPTN pantai timur.
Aku call nombor yang dia bagi.
Aku: Boleh tak jangan hantar surat kat mak bapak saya? Hantar kat saya.
PTPTN: Kami takleh berhenti hantar sebab kena telefon PTPTN HQ.
Aku: Tadi saya call HQ dia cakap suruh call pejabat ni.
So gitulah beberapa kali sampailah aku dah marah, aku call PTPTN.
Aku: PTPTN ni nak kutip bayaran ke, nak hantar surat?
PTPTN: Kami takleh berhenti hantar sebab -
Aku: Camnilah. Kalau tak berenti antar surat, saya akan berenti bayar.
PTPTN: Berenti lewwww.
Aku pun berenti bayar selama lima tahun. Dapat pulak surat suruh aku naik court. Court majistret.
So aku buat dua benda:
1. Aku tengok Boston Legal tentang cara nak fight kat court.
2. Aku jumpa lawyer mahal dan mintak nasihat free.
Lawyer mahal suruh aku buat bank draft 10% jumlah pinjaman aku dan produce in court sambil cakap, "Saya memang nak bayar tapi diorang ni asyik harass mak bapak saya yang sakit di kampung ."
Berbekalkan nasihat lawyer mahal yang diberi percuma dan kemahiran Boston Legal, aku pergi mahkamah majistret.
Masuk mahkamah, aku tidak dibenarkan bercakap, sebaliknya hanya digembala seperti lembu untuk cakap ya atau tidak di depan majistret.
Bank draft yang aku bawak aku koyakkan di luar mahkamah sambil memberitahu peguam yang mewakili PTPTN yang ini semua tidak adil. Pastu aku telefon lawyer mahal cakap nasihat dia tak berguna sebab gitu jelah benda yang jadinya.
Kemudian, aku telefon PTPTN.
Aku: Okay, saya nak mula bayar bulan-bulan ni. Berapa PTPTN nak? Saya patut bayar 120++ sebulan tapi saya sanggup bayar RM500 sebulan sampai habis.
PTPTN: Kami taknak duit awak! Kami nak isytihar awak bankrupt! Kami nak sita harta benda awak. (Yang ni real ni. Almost verbatim. Aku tak buat cerita. Memang pegawai kat telefon tu cakap camni)
Aku: Kak, saya takde rumah, takde kereta. Yang saya ada cuma PC dan meja PC. Nak sita, sitalah!
Bengang dengan PTPTN, aku tak bayar lagi selama dua tahun.
Lepas tu, aku rasa aku patut bayar balik apa aku pinjam. So sebab aku ada banyak pengalaman buruk cakap dengan pegawai di telefon, aku pergi HQ PTPTN masa tu di Wisma Chase Perdana.
Elok la pulak pegawai yang handle kes aku. Siap tolong aku lagi, dan aku bayar dalam RM2,000 pastu start standing instruction dengan bank for RM300/month.
Aku tanya CIMB: "Memandangkan PTPTN ni kadang-kadang walaupun saya bayar dia buat cam saya tak bayar je, apakah kaedah bayaran bulanan yang paling banyak paper trail dalam dunia?"
CIMB menasihatkan aku buat standing instruction pakai cheque. Maksudnya setiap bulan, pada 17 hb, CIMB akan keluarkan cheque daripada akaun aku, hantar cheque tu ke PTPTN. Akan ada TIGA rekod cheque ni - kat CIMB, kat aku dan kat PTPTN. Kos? RM5 sekali keluar. AKu tak tau berapa banyak pokok aku bunuh demi memastikan ada rekod bayaran aku.
Ternyata, pilihan ini tepat sebab dalam dua tiga tahun lepas, masa baki pinjaman aku sepatutnya dalam 6-8K, aku dapat call from PTPTN.
PTPTN: Nak tukar ujrah kewwww?
Aku: Emmm... Taknak! By the way, berapa baki pinjaman saya?
PTPTN: Ada dalam 16k kot?
Aku: Aik? Kalau ikut kiraan saya, patut tinggal dalam 6-8K je. Akak jangan cakap PTPTN tak terima pulak.
PTPTN: Tak tau lewwww.
Aku pun runsing, jadi aku pergi CIMB dan mintak dia print semua rekod bayaran aku pada PTPTN selama lima tahun. Berbekalkan timbunan kertas setebal satu inci, aku ke PTPTN untuk mengesahkan baki pinjaman aku. Nak tau berapa?
RM6-8K. Seperti kiraan aku.
Aku pun hidup seperti biasa dengan kesedaran yang aku akan habis bayar PTPTN pada 2017, sampailah Najib keluar TV cakap, "Sapa bayar abis PTPTN dapat 15% diskaun! Gwiyomi!"
Aku cam, fuck yeah, bitch!
Aku pun tunggu client bayar dan kemudian pagi tadi aku call PTPTN - pertama kali dalam masa 8 tahun kot. ELOKKKK pulak dia jawab bila aku tanya baki pinjaman aku. Makcik yang kurang hajar dulu dah tak kerja kewww?
Aku pun ke Menara AmBank yang kat sebelah Menara PTPTN pastu keluarkan duit kat ATM sebab Menara PTPTN takde ATM rasanya.
Pastu aku settlekan baki pinjaman aku. Pastu aku lunch kat sebelah dengan angin bertiup kencang. Aku rasa macam baru membunuh seekor kerbau yang mengganas. Aku rasa macam baru lepas berak di banjaran pergunungan Alps. Aku rasa macam aku naik kuda di kawasan Steppes.
Kisah Tauladan
Jadi, seperti masa-masa lain aku berurusan dengan ajensi kerajaan, bercakap dengan pegawai di telefon sepatutnya dielakkan. Aku gaduh dengan PTPTN dulu pun sebab bercakap dengan orang di telefon dalam 8-13 tahun lepas. Yang sekarang ni dah okay dah.
Aku syak yang dulu, pegawai kerajaan yang jawab telefon ialah mereka yang bermasalah atau dihukum sebab apa-apa kesalahan. Sekarang ni macam dah meningkat dah kualiti manusia yang jawab telefon.
Tapi paling bagus kalau ko pergi cari sendiri orang yang handle/ada access kes kau. Aku alami benda sama kat LHDN, ASB, FINAS dan PTPTN ni ha. Gomen ni kira manual la.
Lepas jumpa dengan orang yang memang handle kes kau, cepat je penyelesaiannya. Dia bagi ko option yang ko ada, so ko pilih le apa yang sesuai.
Hada Aku Kesah
Sekang pasal bebudak bodoh duduk hisap jerebu tengah padang mintak PTPTN dihapuskan atau nak education percuma.
Kalau PTPTN dihapuskan, sapa punya duit yang hilang? Duit PTPTN datang daripada duit cukai orang yang bekerja/berniaga. Senangnya mak ko teran ko keluar puki, pastu nak suruh aku bayar ko belajar yang takde le pandai mana tu?
Pastu kalau takde PTPTN, mana bebudak ni semua yang rata-rata mak bapak takde duit nak hantar anak dia ke universiti (macam mak bapak aku) nak cekau duit?
Loan PTPTN interest dia 4%. Loan bank, dulu ada education loan dalam 6%. Sekang ni? Ambik la personal loan yang bodoh nak mampus tu, dengan interest 10% hire-purchase (10% atas jumlah asal pinjaman dan bukan baki pinjaman) pastu melingkup la ko nak bayar sampai mampus.
Pastu ada hati nak mintak education free. Negara yang education dia free cam Canada, Germany, tu semua cukai pendapatan dia berapa? 40%? Kita bayar cukai dalam 20-25%, itupun berapa kerat yang bayar?
Semua benda nak free, orang cakap bangsa subsidi marah la pulak.
"Kita tak perlukan subsidi!"
Pastu bila minyak masak dan minyak petrol/diesel punya subsidi kena tarik sikit demi sikit, meraung macam anjing kena jolok jubur.
Ya, PTPTN banyak kelemahan dia, daripada website yang kadang-kadang okay, kadang-kadang tak okay, resit bayaran yang takde nombor pinjaman, dan kelemahan gomen yang memang kita sepatutnya dah maklum.
Ya, PTPTN dulu ada orang tak faham konsep yang jaga telefon. Ya, aku pernah gaduh dengan PTPTN selama beberapa tahun.
Tapi pada akhirnya, PTPTN ialah satu benda yang baik untuk memastikan pengurangan mat rempit dan bohsia di tengah jalan. Sebab kalau berpuluh ribu budak lepas SPM atau STPM tak ke universiti atau kolej, diorang nak buat apa? Hisap kote? Rompak rumah aku?
Najib dan BN bukan PTPTN. PTPTN, sama macam PR1MA, BR1M, dan mana-mana inisiatif kerajaan, diwujudkan bukan oleh ahli politik, tetapi pengkaji dalam kementerian dan kerajaan. Orang pandai-pandai dalam MoF dan JPA yang mungkin penerima biasiswa sebab dah pandai sangat. Atau bapak dia kabel kuat. Whatever.
Ahli politik ni ambik kredit je daripada idea dan usaha penjawat kerajaan. Diorang bukan pandai pun. Aku tengok sesetengahnya mungkin terencat akal.
Dulu ramai marah MACC, pastu puji la pulak. Kimak apa? Ko patutnya pertahankan institusi kita daripada dipergunakan dan dibuli oleh ahli politik.
Kesimpulannya ialah, PTPTN ni walaupun banyak masalahnya, masih lagi langkah terbaik untuk membolehkan orang belajar kat universiti. Kalau nak improve, bukan dengan hapuskan semua hutang PTPTN tapi dengan lancarkan banyak benda yang tak lancar dalam tu. Dan bayarlah balik apa yang ko pinjam. Ko ingat ko boleh lari?