Sunday, March 15, 2009

Little House on the Swamp

Aku baru bangun tidur. Balik dari Kuantan, aku tidur kejap pasal nak sambung buat kerja. Ada sikit lagi, nak habiskan malam ni jugak.

Bapak aku nampak sihat je. Lagi kuat dari dulu. Siap ketam kayu, pakai ketam eletrik. Dia nak tanam anggur.

"Cuaca kita panas. Nanti kecik kang buahnya. Tanah kita, tanah laterit. Dekat paya. Nanti buah dia rasa masam. Rasa payau," aku cakap dekat dia.

"Pedulittaik aku?" kata bapak aku.

Duk bercakap pasal politik dengan dia. Orang tua suka la benda-benda macam ni. Dia hardcore UMNO, jadi aku pun sokong pembangkang. Hahahaha.

Malam kedua, semua ahli keluarga aku ada sekali. Keluarga aku banyak yang jadi cikgu. Sekarang semua dah masuk Jabatan Pendidikan dah.

Ini antara dialog yang aku dengar masa lepak dengan diorang:

"Bodoh! Ko tau tak, bodoh orang yang membantah PPSMI tu!"

"PPSMI, it's not to check the grammar. If the students wrote 'one banana plus two banana is same same three banana, ouk ouk ouk', that is correct. We don't check the grammar. We check the maths. And the science."

"Nak bagi pendedahan lebih pada istilah Bahasa Inggeris dan Bahasa Inggeris sendiri. Bukannnya ajar dalam bahasa tu, hilang Bahasa Malaysia."

"Kalau tulis karangan BM, pastu pakai 'so', 'maybe', tu sapa salah?"

"Cikgu BM la! Sapa suruh ajar tak betul?"

"What I don't understand is, if we still use terms like invertebrate and vertebrate, dikotiledon and monokotiledon, EVEN in Bahasa Malaysia, then what difference would it make if they had to learn it in English? It's still a bloody fucking foreign language!"

"The fuck is pengkamiran? Even if there is a Malay word for a particular term, it must be so arcane and archaic that it might as well be a foreign language. Idiots."

"Esok nak makan apa ni?"

"This actually has nothing to do with language status. But everything to do with prepping them up for the world out there. These idiots got it wrong. WRONG!"

"Goreng ayam garam kunyit dah le. Sayur sawi. Sambal belacan."

"Memang nak buat hok tu la."

"The excellent ones will still excel. The less-excellent will still be less-excellent. It was not designed to give one an edge over another. It was designed to give everyone an edge. Fairly."

"Even in BM, they would still be learning a foreign language. Latin terms. English terms. What's the big fucking deal?"

"Ko tau diorang cakap apa kat KL? Diorang cakap orang kampung bodoh, tak reti BI. Aku cakap la, aku orang kampung, besar dekat paya lagi. Pukimak diorang la. Condescending cam pukimak."

"Aku dulu, ulor kelabu tu, aku bunuh je. Bodoh ulor tu. AKu dulu main je dengan ulor ijaa."

"Ko jaga-jaga ulor ijaa. Ada ulor kapok. Viper."

"Ulor kapok, kepala dia lain. Ulor ijaa tu ulor bodoh. Ulor daun. AKu bunuh gak dulu."

"Abis tu, sampai bila orang kampung nak terus tak reti BI?"

"Yang aku takut, ulor katam tebu."

"Hok tu, 2 minit boleh mati tu, kalau kena racun."

"Pasal tu la aku takut."

"Weh, ko tau? Orang kampung punya score lagi tinggi dari orang bandar punya. Pergi mampus la, cakap pakai emosi. Takde fakta. Beruk mat yeh."

"Masa kitorang panggil 10 tahun dulu, diorang ni semua senyap je. Sekarang ni lah nak jadi hero."

"Why didn't they say anything?"

"Pasal diorang takutkan Mahathir."

"Leeeeeeeeeeeeeeeeeer."

Kesimpulan yang aku dapat ialah PPSMI okay. Langkah GiMP untuk membantah agak tersilap kerana:

1. Lambat sangat.
2. Telah secara sengaja atau tidak, membuka peluang kepada parti politik atau individu yang mewakili parti politik untuk mencemarkan agenda mereka.
3. Membuat demonstrasi jalanan yang sukar dikawal dan mampu mencetuskan keganasan yang tidak perlu. Kalau perlu, tidak mengapa juga. Ini tidak.
4. Menganggap orang kampung bodoh dan perlu dipimpin seperti orang tidak berupaya. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya? Kalau tidak berusaha sekarang, kelak bila belajar di universiti atau bekerja di luar sana bagaimana? Di kilang, manakan diberi kamus rujukan, memberitahu yang perintang itu resistor, dan perengkoh paip itu pipe wrench. Dan sprocket itu entah aku tak tau. Aku panggil sprocket je. Gelendongan ke, gelandul ke, gandul ke mandul ke hapa ntah.
5. Tidak memikirkan keseimbangan peluang yang bakal dinikmati oleh mereka yang tidak berasal dari keluarga yang tidak pandai berbahasa Inggeris, dibandingkan dengan mereka yang sememangnya diasuh oleh ibubapa yang pandai berbahasa Inggeris. Daripada segi istilah.
6. Agenda yang kabur kerana ada pihak yang melaungkan kedaulatan Bahasa Malaysia, dan ada yang melaungkan tiada kena-mengena dengan kadaulatan Bahasa Malaysia, tetapi berkenaan kebolehan kognitif dan daya pembelajaran pelajar-pelajar sekarang.

Aku sebenarnya, pedulittaik. Bukannya aku ada anak. Dan tak hingin mengambil peperiksaan SPM mahupun PMR lagi sekali. Tapi isu ini dihadapi oleh keluarga aku, yang kebanyakkannya cikgu. Dan aku nak panaskan otak sebelum aku menulis lagi.