Tuesday, March 17, 2009

Kesedihan Tidak Terperi, Kegeraman Terbuku di Hati

Dulu aku baca komik-komik terjemahan dari Hong Kong.

Pedang Setiawan, Pendekar Laut, Raja Rimba, Wira Tunggal, Alam Perwira etc.

Ada beberapa perkara yang aku tak boleh lupakan dalam komik-komik terjemahan ini.

Antaranya:

1. Sepandai-pandai ahli kung fu melompat

Dalam Lingkaran Terkunci, tak silap aku, ada satu watak yang jatuh dalam lubang, dan terjumpa kitab hikmat dan juga beruk-beruk yang tahu berkungfu.

Rupa-rupanya, berpuluh tahun yang lepas, ada seorang ahli kung fu yang power nak mampus. Paling power dalam dunia. Boleh lawan seribu orang sendirian. Boleh berdiri atas daun buluh.

Lepas tu, jatuh lubang, patah kaki.

Aku gelak macam nak mampus.

Power gila, tapi jatuh lubang, patah kaki?

Dia lah yang menulis kitab hikmat tu dan mengajar beruk berkung fu, akhirnya dijumpai oleh watak utama tadi.

2. Hikmat Memetik Bintang

Hikmat paling power dalam Lingkaran Terkunci. Asal usul hikmat ini ialah ada seorang pendita yang bertapa atas bukit, sambil menikmati keindahan malam.

Tiba-tiba, dia lapar. Lalu terus dia memetik bintang lepas tu MAKAN.

Makan, beb! Makan bintang!

Lepas tu, perut dia keluar bucu-bucu tajam. Pasal bintang yang dia makan tu, ada segi macam bintang yang dilukis dek budak sekolah.

3. Dialog paling tiba-tiba dalam dunia

Mungkin prihatin kepada cadangan pembacanya, komik Pendekar Laut pernah cuba menggunakan bahasa slanga dalam terbitannya.

Hasilnya adalah Penjejak Neraka - satu watak berusia 40-an yang suka bercakap seolah-olah umurnya 17.

Tengah sedap-sedap berlawan, Penjejak Neraka telah berkata:

"Cayalah!"

Sekolah asrama aku gamat selama tiga minggu pasal ayat yang paling tiba-tiba dalam dunia.

4. Watak sepandang layang

Ada beberapa watak dalam komik yang hanya muncul dalam satu isu, satu mukasurat mahupun satu panel sahaja.

Antaranya: Sirius Tamak (Senjata Misteri - satu mukasurat), Pedang Sakti (Pendekar Laut - satu isu), Lanun Cemeh (Parang Gila - dua panel), Tom, Pemandu Kereta Lily (Raja Rimba - setengah isu)

5. Sang Elektron Lawan Semua Orang

Sang Elektron ialah watak kegemaran aku. Pasal dia lawan SEMUA watak dalam komik Pendekar Laut, serentak.

Sang Elektron merupakan asas asal templat untuk watak aku di Internet.

Menggunakan Emo-Fu beliau, Sang Elektron hampir berjaya membunuh SEMUA watak lain, kalau tidak disebabkan Orga - si bodoh.

6. Watak Paling Dibenci

Hitomi dan Orga (bukan patutnya Orca ke?). Paling kuat pada satu masa, tapi bodoh nak mampus.

7. Kejadian Gay Kesukaan Cheepork

Dalam Wira Tunggal, ada satu watak lelaki (Penelan Langit ke hapa entah) yang minat kat Tornado - juga seorang lelaki. Gila gay!

Tapi Cheepork suka. Nampak sangat dia gay.

8. Nama-Nama Hikmat Pedang Salji

Selain Jalan Syurga Tidak Terbatas (Juara Wira), nama-nama jurus paling aku suka adalah nama-nama jurus Hikmat Pedang Salji.

1. Kesejukan Sepandang Layang

- tetak pakai imej pedang yang menjadi besar - untuk melawan ramai orang sekaligus.

2. Terbentuk Ais Tiga Kaki

- jurus pertahanan

3. Entah

4. Entah

5. Teratai Merah Terlantar Di Luar Pagar

- Jurus yang paling ganas, dicipta oleh Yan Wang (bapak Lip Fung/Nie Feng/Penjejak Badai) setelah mendapat tahu bininya memasukkan konek Po Jun ke dalam dubur.

6. Blablabla Buah Pic

- Jurus yang lembut pada zahirnya, tetapi amat berat.

7. Entah

8. Entah

9. Sejuk Mata Pedang, Dingin Hati

- Kalau ikut gambar, takde pedang pun. Pakai sarung je. Tak pernah ditunjukkan pasal power sangat.

Hikmat Pedang Tanpa Nama pun ok jugak.

Ada jurus ni:

Kesedihan Tidak Terperi

Yang dijawab dengan jurus Pedang Fajar: Kegeraman Terbuku di Hati. Pasal Penjejak Awan (Gong Bo Wan/Bong Go Wan/Bo Gong Wan) emo, dia boleh buat jurus Kesedihan Tidak Terperi. Pedang Fajar tak boleh, pasal dia punk. Jadi dia pun buatlah jurus Kegeraman Terbuku di Hati. Pasal dia geram.

Jurus yang aku boleh praktikkan dalam dunia sebenar ialah Monyet Mencuri Buah Pic.

Cara-cara: Kau tangkap telur orang, pastu ko picit sampai dia mampus.

Itulah jurus Monyet Mencuri Buah Pic.

Oklah. Dah pukul 5.40 pagi. AKu nak tidur. Esok ada meeting. Hehehe.