Aku masih teringat kata-kata Cikgu Ansai.
Sebenarnya, kata-kata Cikgu Ansai semasa dia membaca surat dari murid kesayangannya yang telah lepas belajar ke Amerika.
"Saya ingat, apabila saya menghirup udara di sini, saya akan dapat melompat dengan lebih tinggi," Cikgu Ansai membaca surat tersebut. Penuh hiba.
Cikgu Ansai sebenarnya ialah jurulatih bola keranjang dalam siri komik SlamDunk. Rupanya macam Colonel Sanders.
Dia menasihatkan anak didiknya agar duduk di Jepun dan memperkuatkan kemahiran bermain bola keranjang, kerana tiada siapa yang akan membantunya di Amerika Syarikat.
"Siapa yang melatihnya cara balingan setiap hari?" Tanya Cikgu Ansai.
"Siapa yang mengawal makanannya?"
"Siapa yang menyuruhnya agar membuat latih tubi?"
Setiap kali aku mendapat tawaran untuk ke luar negara, aku teringat surat Cikgu Ansai.
Adakah aku berpendapat kalau aku pergi ke negara X, aku akan dapat ber Y dengan lebih bagus?
Kerana semua itu datang dari dalam, bukan dari angin negara lain. Kecuali Honduras, yang anginnya nipis. Honduras, kan? Ala, pasukan bolasepak Amerika Selatan yang Brazil pun susah nak kalahkan tu. Pasal main atas gunung.
Aku masih ingat surat Cikgu Ansai.
Tapi, bakat genius seperti aku pastinya akan berkembang di luar sana. Akulah bakat! BAKAT!