Apa yang aku jarang jumpa di Malaysia ialah kejujuran.
Semua nak berpura-pura. Nak KELIHATAN baik atau bagus.
Bagus ke?
Semasa aku muda-muda dulu, ramai perempuan aku liwat, eh, lawat - banyak perempuan yang aku lawat obses dan gilakan imej.
Ramai orang yang aku kenal pentingkan imej dan kepalsuan dari kebenaran dan hakikat.
Itu lumrah manusia. Dan itu yang buat aku menyampah. Aku tidak akan menghalang sesiapa untuk mengejar yang batil - chewah!
Kerana aku fikir itu hak masing-masing. Bukan tempat aku untuk menghalang.
Cuma, aku tak akan bergerak ke arah itu. Terima kasih sajalah.
Bukanlah hendak mendabik dada atau mengatakan aku lebih bagus dari orang lain.
Cuma, aku nak ucapkan terima kasih, tetapi aku tidak akan berkongsi kehidupan sebegitu.
Tahniah la kepada mereka yang sukakan hidup sebegitu.
Moga kau masuk syurga. Moga kau bahagia.
Aku ni dah banyak dosa. Mungkin masuk neraka. Tak payah lah nak tambah jadi munafik la pulak. Dahlah tak cool pulak tu.
Aku juga ingin meletak jawatan dari menghakimi orang lain.
Dah lama aku buat. Dan aku dah penat.
Selepas lama benar aku berfikir, aku memutuskan satu-satunya perkara yang ingin aku pertahankan ialah hak untuk memilih.
Aku dulu fikir yang Melayu perlukan ialah seseorang untuk mengubah mereka dan cara hidup mereka.
Dengan angkuh, aku mengkatalog semua kesalahan mereka di mata aku.
Mungkin aku betul, tapi bukan hak aku. Kalau kau nak beromen sampai dapat 24 anak pun, lantak ko lah. Kalau ko tak mampu tanggung keluarga kau lepas tu anak kau jadi penagih dadah, tukang urut yang bagi blowjob, bukannya aku billionaire nak pergi hapuskan kemiskinan.
Kalau aku billionaire, ya, ko kena dengar cakap aku pasal aku akan bersihkan negara ni. Pasal aku superhero.
Namun, selepas beberapa pertembungan dengan orang putih dan orang bukan Islam, aku dapati apa yang Melayu perlukan ialah ruang untuk berkembang. Ruang untuk berevolusi.
Yang jenis membiak, akan terus membiak. Macam virus. Yang gatal nak kahwin akan terus gatal nak kahwin. Lepas satu, jadi dua. Lepas dua, tiga dan lepas tu empat, plus-plus.
Aku percaya yang mungkin ada satu dari 24 anak tu yang bagus otaknya, macam aku. Necessity is the father of invention. Kalau dah susah, sampai satu hari, Melayu-melayu kena fikir sendiri cara nak naikkan diri sendiri dan orang lain. KALAU diorang pilih sendiri.
Yang jadi Melayu bagus, Melayu pandai, akan membiak jua dan harapnya ada lebih banyak orang pandai kat sini.
Yang diperlukan ialah sumbangan dan kerjasama orang Melayu untuk memastikan mereka mendapat peluang yang sepatutnya. Bantuan untuk mengekalkan kebebasan mereka untuk mengamalkan cara hidup yang mereka mahu. Agama yang mereka mahu. Aku sememangnya tidak bersetuju dengan apa-apa jenis kawalan atau batasan yang diletakkan atas mereka.
Aku percaya yang kalau mereka nak buat, mereka akan buat. Kalau taknak, sampai mati pun taknak.
Orang asing, kerjanya nak merodok pemahaman mereka dan falsafah kehidupan mereka ke atas orang lain.
Berlambak mamat-mamat dan minah-minah Western countries yang asyik duk preach kat aku pasal freedom of speech dan freedom of expression.
AKu setuju freedom of speech dan freedom of expression. Kau taulah aku. Kalau tak mencarut, tak best.
Tapi aku tak suka double standards. Aku tak suka keluhuran yang ditunjukkan sebenarnya topeng untuk hipokrisi yang lebih besar.
Sistem di Amerika bukan sempurna. Aku berpendapat, lebih baik dari Malaysia dari beberapa segi. Tapi apa yang berjaya in the States tak semestinya akan berjaya di sini. Lain padang, lain belalang.
Freedom kejadahnya kalau freedom hanya untuk sesetengah orang dan bukan untuk semua?
Ooo. Attack Pak Lah, takpe. Attack Anwar takleh? Attack Teresa Kok takleh? Butuh la. Utusan Malaysia siar artikel untuk mempertahankan kebebasan beragama (agama Islam) kau kutuk. Suara Keadilan? Harakah? Malaysia Today?
Yang menyedihkan, kalau hanya difokus pada unsur fitnah artikel tu takpe. Tak boleh jugak, pasal masa Malaysia Today, Harakah atau Suara Keadilan pun ada keluarkan artikel yang biased, berat sebelah dan mungkin langsung tiada nilai kewartawanan.
Apasal tak bising pun? Kutuk Pak Lah, Najib, KJ, Dr M macam nak rak. Orang tak kecoh pun.
Aku ingat lagi Mahazalim. Aku ingat lagi Babychedet. Takde pun orang tua tu saman. Relaks je.
Ni kutuk Anwar sikit, "Owh, anjing kerajaan!" Cuit Hindraf, "Racist!"
Jap. Kalau unsur fitnah artikel je takpe. Kau lawan la kat mahkamah. Bagus jugak. Yang tak bestnya ialah apabila keseluruhan suratkhabar menjadi sasaran. Dan sesiapa yang menyokong akan dilabel macam-macam.
Macam kalau sorang - SORANG - Eskimo bunuh anjing laut ko, ko saman semua orang Eskimo 10 billion. Pound Sterling.
Patutnya, ikut aku la, make an example, but a moral example. Tak perlu saman sampai berjuta-juta. Itu tradisi omputih. Sikit-sikit, saman. Sikit-sikit, saman. Kopi panas pun saman. Gemuk sebab suka melantak McDonald's pun nak saman. Mendabik dada kata negara paling bebas dalam dunia, semua sama rata, tapi perkauman tetap wujud. Kompeni-kompeni besar masih jatuh takleh bangun. Aku taknak hidup dalam dunia yang macam itu.
Saman Utusan, tapi untuk kos, atau untuk RM1. Kalau kau menang, kau betul. Yay.
Selective freedom. Atau kata orang Melayu, 'freedom kepala hotak kau.'
Kita pun sama, apabila kita menjadi orang asing kepada orang lain. Kita pun buat banyak salah.
Ini tidak seharusnya berlaku.
Aku mengimpikan masa depan yang semua perkara baik dibuat dengan sukarela. Tak perlu aku jadi superhero. Tak perlu aku jadi jutawan atau billionaire. AKu duk rumah beromen pun takpe.
Yang penting ialah kebebasan untuk masyarakat berkembang dengan kepesatan yang mereka ingini. Ruang yang mereka pilih sendiri.
Sebab Dr M pun tak boleh nak tukar mindset Melayu lepas 22 tahun. Dia dah buat lebih dari yang patut - memberikan ruang dan kebebasan untuk masyarakat Malaysia berkembang dengan sendiri. Ke arah arah sendiri. Atas pilihan sendiri. Tak kiralah nak jatuh ke nak bangun ke.
Itulah kebebasan yang sejati.