Thursday, October 23, 2008

Peranti Perantis: Hasad Dengki dan Rasa Tidak Yakin

Hidup dalam dunia Melayu, aku dapati, penuh cabaran. Sebenarnya, hidup dalam dunia. Period.

Antara yang paling getir ialah perasaan hasad dengki dan rasa tidak yakin pada diri sendiri. Ini kita dapat lihat dari segi luaran dan dalaman.

Dari segi luarannya, ramai orang yang kita jumpa akan mempunyai perasaan hasad dengki dan ketidak-yakinan pada diri sendiri. Mereka ialah orang yang selalu membanding-banding, "Kereta dia lagi besar dari aku ke? Gaji dia lagi banyak ke? Bini dia rambut lagi besar ke?"

Semua persoalan yang membakar jiwa mereka ini akan menyebabkan mereka menghakimi orang lain. Kemudian mereka akan cuba:

1. Menjatuhkan orang lain.
2. Memfitnah orang lain.
3. Mentertawakan orang lain.
4. Mengambil tahu hal orang lain.
5. Sentiasa bercakap mengenai orang lain.
6. Bertepuk-sorak atas nasib malang orang lain.

Mereka akan menunggu dengan tangan bersedia untuk bertepuk sekiranya orang lain dijahanamkan atau menjahanamkan diri sendiri.

Yang taksub juga akan cuba mensabotaj orang lain agar dirinya kelihatan lebih baik. Kerana mereka yakin yang diri mereka tidak boleh diperbaiki lagi, maka mereka cuba menjahanamkan orang lain.

Tak kira sama ada kau lebih baik atau lebih buruk dari mereka, inilah apa yang mereka akan lakukan.

Ini lumrah manusia. Kau boleh menjerit kepada Tuhan, dalam hujan, sambil diiringi lagu Tamil, bertanya "Kenapaaaaa???!!! Kenapaaaaaaa????!!!! KENAPAAAAA??????!!!!!111ONEONE11ELEVENONE!!!"

Kau boleh jadi emo, kalau kau nak. Takde bezanya. Takde gunanya.

Relaks.

"Macamtulah, brader," kata Buddha.

Kalau dari segi dalaman pula, kau, sebagai manusia, tidak boleh tidak akan juga mempunyai potensi untuk mempunyai emosi yang sama. Hasad dengki. Rasa tidak yakin. Ya. Kau juga ada penyakit yang sama.

"Judge ye not, lest ye be judged," kata Jesus. Atau, "Janganlah kamu menghakimi sesama manusia, kelak kamu juga akan dihakimi."

Dalam erti kata lain, ko pun sama.

Jadi, relaks. Bertenang. Berukera dari Planet Zargus berada di mana-mana. Ini planet mereka.

Kalau kau taknak bertenang pun, cuba amati persona yang tak bertenang itu. Asingkan dari diri kau. Itu bukan diri kau yang sebenarnya. Itu ego.

Ambillah nasihat bapak aku:

"Peduli taik aku?" atau "Pedulittaik aku." Ada sabdu.

Pergi mampus sama orang lain. Ko kecoh buat apa? Lantaklah si celaka-celaka itu semua. Kalau kau bazirkan masa dengan memberi perhatian kepada hasad dengki dan rasa tidak yakin si celaka-celaka itu, sampai bila pun kau takkan ber-evolusi.

Berukera-berukera ini sentiasa perlukan perhatian, seperti manusia perlukan udara. jadi, kalau kau tak bagi diorang perhatian, dan fokus kepada benda yang kau hendak, maka kewujudan mereka akan terhakis dan apa yang kau nak akan terpacul di depan mata dengan lebih cepat.

Fokus.

Kalau kau fokus pada sesuatu benda, benda itu akan muncul.

Orang Islam kata doa. The Secret cakap Law of Attraction.

Kalau kau nak BMW, kau fokus kat kereta tu. Rasa macam kau dah dapat. rasa macam dah bawak. lama-lama, bila kau fokus, otak kau yang tak-sedar akan mula memberi input macamana nak berada dalam keadaan yang kau impikan. Kau akan dapat idea. Kau akan perasan lebih benda.

Contoh: sebelum aku kerja dekat farmasi, jadi cashier, aku tak pernah perasan pun farmasi-farmasi ni. Lepas tu, benda pertama aku perasan kat mana-mana barisan rumah kedai ialah berapa banyak farmasi dia ada.

Masa aku shopping, aku perasan perubahan teknologi dan protokol mesin juruwang dan juruwangnya sekali. AKu perasan bila si cashier tu curi duit.

Aku nak jadi jutawan. Aku fokus. Dalam masa enam bulan lepas, aku jumpa banyak cara nak jadi jutawan. Belum ada pun yang berjaya, tapi hanya masa sahaja menjadi penghalang. Takde kaitan dengan MLM, ya. Aku menyampah MLM.

Lupa la pulak pasal orang yang dengki dan tidak yakin pada diri sendiri.

Mmmm...

Pergi mampuslah diorang. Aku banyak kerja lain.

Aku nak jadi superhero. Aku nak jadi jutawan. Pedulittaik aku?