Dalam kehidupan, pastinya kita akan jumpa monyet, kera, beruk, siamang gagap, kulop tunggal, mawas, orang utan, cenekoh, dan juga berukera dari Planet Zargus. Semuanya bertopengkan manusia. Walaupun kadang-kadang hanya sipi-sipi kelihatan seperti manusia.
Mereka biasanya penuh emosi dan akan menjegilkan mata, cuba untuk menakut-nakutkan kita/membuat kita marah atau berpura-pura bodoh dan tidak bersalah/menjadi mangsa.
Ini ialah sampah masyarakat. Dan antara tanggungjawab manusia ialah berdepan dengan masalah sampah-sarap yang berleluasa.
Dalam bukunya A New Earth, Eckhart Tolle jarang menulis tentang cara-cara berdepan dengan berukera dari Planet Zargus, jadi aku improvisasi sahaja di sini.
Mula-mula, jangan bereaksi kepada laungan berukera dari Planet Zargus. Kalau kita menunjukkan reaksi, maka samalah kita dengan berukera dari Planet Zargus.
Relaks. Bertenang. Berukera-berukera itu tiada kuasa untuk mengubah kita menjadi berukera seperti mereka. Kita ialah kita, berukera ialah berukera.
Biarkan apa yang kita rasa. Jangan lawan. Cuma jangan bertindak dari keadaan penuh emosi ini. Nanti jadi berukera dari Planet Zargus.
Perhatikan bahawa 'diri kita' yang beremosi itu bukan diri kita yang sebenar, tetapi adalah ego.
Dengar saja dialog-dialognya.
"Aku nak tolong dia! SAMPAI HATI dia buat macam ni kat aku! Akulah MANGSA!"
"Aku BETUL! Dia SALAH! Dia kena tahu tu!"
Ini dialog ego. Ini kata hati ego. Bukan kata hati kita. Diri kita yang sebenar jauh lagi bagus dari seorang yang 'petty', seorang yang senang berkecil hati.
Kemudian, buangkan label 'berukera dari Planet Zargus' dari minda kita. Buangkan juga label 'sampah-sarap'. Hanya lihat mereka sebagai bahan mentah yang mempunyai sifat-sifat tertentu. Undang-undang tertentu.
Kerana orang-orang yang lebih menunjukkan sikap berukera pun mungkin terjadi begitu kerana beberapa sebab. Mungkin Tuhan menghakiminya agar menjadi berukera dari Planet Zargus. Mungkin dia dipukul ketika kecil. Mungkin dia pernah jumpa orang yang muka atau tindakannya sama macam kita, dan akibatnya, dia dirogol di lubang jubur.
Manalah kita terdaya menelaah masalah dan keadaan mental orang lain? Kita bukan Professor X.
Adalah tidak adil untuk menghakimi mereka kerana hanya Tuhan yang berhak untuk menjadi hakim. Hakim-hakim perbicaraan juga hanya berhak menghakimi kesalahan, dan bukannya si tertuduh. Ya, dia mungkin menghukumnya agar masuk penjara dengan sebatan, tetapi itu tidak mengubah si tertuduh. Hanya meletakkannya di dalam penjara dengan sebatan.
Kita tidak layak menjadi hakim kepada orang lain. Faham dan resapkan.
Kemudian, tanya:
Apa yang ingin dibuat atau dibina dari 'bahan mentah' itu?
Kalau butang-butang nya ialah A dan B dan C, tekan A keluar darah, tekan B keluar taik dan keluar C keluar air milo, yang mana kita pilih?
Bergantung sama ada kita perlukan darah, taik (mungkin sebagai baja) atau air milo pasal hari panas dan air milo dengan ais amat menyegarkan, maka kita boleh membuat pilihan.
Sampah pun boleh dibuat baja atau barangan kraftangan. Tin aluminum dan botol pun boleh diguna semula.
Dan ingat, ada juga pilihan untuk tidak menekan langsung, menekan dua atau lebih butang, atau kalau dah tak boleh sangat, buangkan saja 'bahan mentah' tu. Macamlah bumi ni kekurangan sampah atau orang.
Dengan mengasingkan emosi dan penghakiman dari proses ini, maka kita akan bersedia untuk menggunakan bahan mentah tersebut sebaik-baiknya.
Kadang-kadang proses ini ada potensi untuk menyakitkan hati. Tapi ingat! Sakit hati itu dibuat sendiri. Hanya kita boleh menyakiti diri sendiri. Hanya kita yang boleh membenarkan diri kita sendiri sakit.
Buddha kata, "Ta ta ta" yang membawa maksud "Camtulah brader" lebih kurang.
Kepada yang hanya inginkan sumber dari Islam, perkataan Islam itu sendiri mengandungi jawapannya.
"Islam" membawa maksud 'surrender' atau menyerah diri. Banyak yang mengatakan ini bermakna menyerah kepada Allah.
Aku juga terjumpa satu hubungan antara konsep 'menyerah diri' dengan penulisan Eckhart Tolle.
Kalau kita berserah dan menerima bahawa macam inilah manusia, dan macam inilah berukera dari Planet Zargus, dan macam inilah 'bahan mentah' dan macam inilah dunia yang dicipta Tuhan, maka kita akan lebih bersedia untuk 'move on' dan mengambil tindakan susulan.
Ni kira konsep 'redha' la ni. Chewah.
Alternatifnya ialah duduk sambil menjerit-jerit kepada Tuhan, "Kenapa??!! Kenapa??!! KENAPAAAAAAAAAAAAAA??!!" Dengan penuh emo sekali. Yang mana satu engkau pilih?
Tindakan yang terbaik datangnya dari minda yang tenang. Tidak diganggu emosi. Tidak diracuni ego.
Datang dari keadaan ini, buah fikiran dan keputusan lebih rasional dapat dibuat. Ambillah apa-apa tindakan yang difikirkan terbaik. Untuk kesan atau akibat yang diingini.
Ini ialah cara yang aku sedang halusi dalam hidup aku. Aku tahu bahawa ia bukan sempurna, tapi dengan laluan masa dan pengalaman, aku yakin aku boleh membawanya ke tahap kesempurnaan.