Thursday, May 15, 2008

Semusim di Syurga: Syurga Nan Ado

Semua tak paham. Pasal diorang bodoh. Nak buat macamana? Yang aku dok menghabiskan masa dengan orang bodoh buat apa?

Masa-masa aku tertekan atau ditekan, aku fikir balik pasal go-go girl kat Thailand. Diorang semua tak paham bila aku cakap yang aku boleh relate dengan go-go girls kat sana.

"So you went to the papaya farm?" tanya sorang minah yang takkan dalam seribu tahun pun dibenarkan jadi go-go girl melainkan untuk menjadi hukuman Tuhan pada manusia.

"Tak geli ke, lubang yang dijolok oleh beribu-ribu konek?" tanya seorang lagi.

Lantaklah. Perempuan memang tak suka perempuan lain, lebih-lebih lagi kalau dia seksi, atau lawa sikit. Setakat dahi licin sikit, memang kena tikam punya lah dengan perempuan lain. Itu belum go-go girl lagi. Nak buat camana. Jeles.

Aku kenal beberapa go-go girl atau senang cakap la, pedagang pantat atau pelacur. Kat Thailand.

Macam-macam cerita aku dapat.

Aku lepak dengan seorang ni, dia pernah kahwin, lepas tu laki dia jadi gay. Lepas tu pergi pukul dia. Lepas tu, pergi bawak lari anak diorang - dua budak lelaki.

Bila dia telefon anak-anak dia, laki dia jawab lepas tu maki dia. Lepas tu terus letak telefon. Dah 5 tahun tak dapat bercakap dengan anak dia.

Masa dia lepak dengan aku, dia mabuk. Lepas tu asyik tanya aku:

Go Go Girl: You not boxing lady me? (Ko tak pukul aku, kan, wahai Sang Elektron?)

Me: No, no, no. That's not my thing. (Akulah jaguh di air gemuruh.)

Lepas tu dia mabuk gila, start nangis.

Sorang lagi minah, aku masuk kelab dia, lepas tu boyfriend dia masuk. Dia ada cakap kat aku, masa kitorang sembang-sembang, dia ada 3 boyfriend kat Malaysia. Seorang kat Sweden, sorang kat Switzerland, sorang kat England. Kiranya dia ni UEFA Champions League la. Lebih kurang. ATaupun Club World Cup.

Mamat Switzerland tu datang ari tu. Dia start emo. Tuduh dia macam-macam. Maki dia macam-macam. Pakai bahasa Jerman.

Ko tau apa dia cakap? Dia maki hamun minah tu, cakap dia tak setia.

Pukimak betul! Dah kerja dia pelacur. Tu kerja dia la, bangsat! Ko nak apa lagi? Setakat 2,000 Euro ko bayar setiap empat bulan, ko ingat itu boleh maintain kerbau dia ke?

Aku dengan bouncer kelab yang kurus keding macam cicak kubing pergi handle. AKu cuma bawak perempuan tu keluar je la. Malas nak makan penampar Switzerland. Macam la sebest coklat dia.

Jadi aku bayar barfine, aku bawak dia keluar, aku dengar cerita dia. Belanja dia makan green curry chicken. Pasal aku nak makan. Dia mesti dah nak muntah makan makanan Siam.

Dia ibu tunggal. Anak dia gemuk, asyik nak makan McDonalds' je hari-hari. Dia dapat dalam RM13,000 sebulan, jadi go-go girl. Tapi dia pilih bulu. Dia racist. Mengaku. Taknak keluar dengan orang India atau sesapa yang berkulit hitam.

Go Go Girl 2: Too big for me!

Hmph.

Aku pergi Bali, aku jumpa jugak sex worker. Aku tanya dia, kenapa jadi pelacur?

Pelacur: Pasal nak duit.

Aku: Best ke kerja ni?

Pelacur: Om ada pekerjaan?

Dia panggil aku Om, pasal aku nampak tua.

Aku: Ada.

P: Bagus ke kerjanya?

A: Kadang-kadang bagus, kadang-kadang rasa seperti ingin masukkan zakar ke dalam dubur lepas tu menari-nari atas kubur sendiri.

P: Sama.

A: Jadi, ingin masukkan zakar dalam dubur?

P: Hahaha. Kadang-kadang.

A: Dulu kerjanya apa, ya?

P: Tanam padi.

A: Ada orang paksa jadi...

P: Nggak. Saya mahu sendiri.

A: Kenapa?

P: Om kerja untuk apa, ya?

A: Duit.

P: Sama.

Masa itulah aku mula paham yang aku pun tak ada bezanya dengan pelacur. Semua orang pun tak ada beza dengan pelacur. Selagi kau buat kerja yang kau tak suka demi mencari sesuap nasi, ko samalah dengan pelacur.

Tak kiralah pelacur seni ke, pelacur PR ke, pelacur pengurusan ke, pelacur perhatian ke. Semua orang adalah pelacur.

Bezanya, aku jauh lebih bernasib baik dari pelacur-pelacur yang aku jumpa. Aku tak pernah kena pukul dengan laki. Aku tak pernah kena maki dengan orang Switzerland. Dan aku tak pernah tanam padi. Tanam jagung ada la. Bapak aku paksa.

Jadi, walau macam mana pun aku rasa macam nak masukkan zakar dalam lubang jubur sendiri, lepas tu nari-nari bogel atas kubur, aku fikir balik pada pelacur-pelacur yang aku kenal, dan aku akan hela nafas lega.

Tapi gaji RM13,000 woo!