Thursday, July 29, 2010

Kisah Pertapaan: Askar Jerman yang Penyedih

Buat pertama kali dalam masa berbulan-bulan, aku tidur pukul lapan malam.

Aku bangun pukul lima pagi. Semua ajakan member-member nak bergembira, mabuk-mabuk berpoya-poya aku dah terlepas. Amoi Cina tanya pasal aku pun... Aku terlepas.

Aku tak sedar pun, aku penat sampai macam ni.

Semalam, aku tengok wayang. Inception. Ramai orang cakap best nak mampus. Bagi aku, biasa je. Filem yang bagus, tapi bukan best nak mampus.

Tengok dekat Gardens. Pasal aku suka Premiere Class. Lepas tu, aku beli komik Detektif Conan. Punyalah lama nak tunggu edisi terbaru. Dah tiga bulan dah.

Detektif Conan pun agak bosan sekarang. Aku dah baca 68 isu dah. Jadi, aku dah boleh agak kesudahan misteri dan ceritanya.

Tidak dinafikan, aku memang pandai. Dan kacak. Cuma ada beberapa orang je yang aku pernah jumpa, yang jauh lagi pandai daripada aku.

Masalah, kalau dah pandai sangat ni, adalah aku cepat ketagih masalah. Rutin tak menenangkan aku langsung. Menunggu itu, bagi aku, satu seksa macam kena rodok besi panas kat bontot.

Aku masih belum dapat menguasai sepenuhnya Hikmat Sabar Membunuh Dewa.

Bagi aku, dunia bergerak terlalu perlahan. Masa aku lahir pun, aku dah rasa macam dah umur 40. Tanpa kebijaksanaan orang umur 40.

Aku memang jiwa orang tua. Benda-benda orang muda ni aku tak suka sangat. Aku baca komik pun, macam baca kitab suci agama ortodoks.

Aku tak sedar pun, aku penat sampai macam ni. Elok jugak aku tidur sampai 9 jam tadi. Biasa 3 jam sahaja. Dah berbulan aku penuhkan hari-hari cuti aku dengan kerja yang menimbun. Takde kerja, cari kerja. Otak aku perlukan bebanan sentiasa.

Setakat masalah remeh harian di pejabat, aku dah bosan. Semua aku dah tau jalan penyelesaian. Sememangnya dah tak ada cabaran. Aku cuma perlu menunggu, dan itu kadang-kadang membuatkan aku buntu.

Aku bertapa sebenarnya, bukan untuk memerlahankan otak aku yang tak dapat berfungsi dalam dunia yang terlalu perlahan.

Otak aku satu bebanan yang hebat. Tapi otak aku, bukanlah aku. Perasaan dan fikiran aku, bukanlah aku.

Itu aku tahu. Itu aku faham. Cuma aku bercuti untuk memisahkan dan menggabungkan semula semuanya.

Aku akan kembali, harapnya dalam pemahaman yang lebih mendalam.