Aku dah dapat over 80% card dalam game Yugi Power of Chaos ni.
Kemenangan dah hampir pasti 90%. Pasal lawan komputer. Senang nak duga.
Tapi Jinzo (Android Psycho Shocker) tak dapat lagi. Ni 90% tanpa Jinzo ni. Kalau ada, mau tak 99%. Yang 1% tu pasal kalau dia dapat Exodia lepas dua turn kot.
Jadi semalam, aku dah bosan, jadi aku try cheat semua kad. Aku edit registry dan hasilnya...SEMUA kad yang aku menang hilang!
Hahahahaha.
Cheat ialah satu-satunya cara untuk menghentikan ketagihan.
Dulu, aku main CM. Adala dalam lima tahun. Dah sampai musim 2017 ke hapa ntah. Aku bawak West Brom menang Champions League. Pakai pemain Swedish dan Greek. Dan Julius Aghahowa - 4 kali Fifa World Player of the year.
Peter Madsen, Kim Kallstrom, Bo Nielsen, Per Nilsson - beli 200K je, dapat jadi Defender of the year.
Paul Dillon - lagi power dari Maldini.
Taktik? Christmas Tree. Pasal midfield power, letak 5 orang. Tapi 2 sebenarnya attacking midfielder.
Keeper? Keeper Greek yang susah nak eja.
Sampai satu tahap, aku ada cukup untuk buat 3 team yang mampu menang Champions League. Manakala Italy bawah kendalian aku dah dua kali menang World Cup, dua kali Euro.
Lepas tu, bila start last World Cup, punyalah ramai penyokong Itali. Aku panggil diorang ni 'Penyokong Itali Tiba-tiba'. Apahal? Dulu sokong Man U. Pastu alih-alih Itali? Apa kaitannya?
Lantak ko la.
Menyampah dengan game tu, aku start balik. Pakai editor. Masukkan Malaysia dalam Euro. Malaysia menang Euro dan World Cup. Menang Euro tak tahan tu. Aku keluarkan Portugal dari EU, masukkan Malaysia. Hahahaha. Mau tak mati Porto dengan Sporting Lisbon.
Pemain aku kat Blackburn Rovers semuanya orang Malaysia. Memandangkan pemain Malaysia tak cukup 14 orang, aku tukar Pablo Aimar dengan Ronaldinho jadi Malaysian.
Muahahaha!
AKu main SUper Robot Wars series. Lepas menang tiga kali dari mula sampai habis, aku cheat. Hack masuk bazaar, beli Turn X Gundam. Taktik lepas tu ialah hantar Turn X kat tengah-tengah musuh, lepas tu tengok dia belasah semua orang sampai mati. Dah bosan, beb, apa nak buat?
Pastu, yang bestnya, aku hack tukar experience. Ambik AMuro, letak dalam Turn X, buat lap keliling map, pasal dah laju sangat dan SP dia 230++. Letak Donkey Bun, sekali pusingan boleh jalan dalam 10 kali. Hahahaha.
TAK PERNAH kena serang walau sekali pun. Tak pernah hit. Mustahil. Aku letak le sebelah bos ke, apa ke. Pernah, geram, aku letak depan V2 Assault Buster Gundam, pasti kena, tembak pakai map weapon. Damage? Critical! 15 HP. Dari 30,000++.
Bodoh betul! Muahahaha.
Jagged Alliance 2? Aku dah menang dua kali, dari mula sampai habis. Jadi aku try taktik menyelinap di belakang musuh dan cuba bunuh bos - Deidranna - secara senyap-senyap. Kantoi!
Jadi aku cheat, buat watak ciptaan aku maximum stat. Dia pernah miss tembak dua kali je dalam game. Itu pun, pasal aku paksa dia pakai shotgun. Hahahaha.
Aku main game lama, Uncharted Waters 2 New Horizons, cheat supaya dapat duit banyak tak ingat. Kasi watak masuk Islam, lepas tu bawak dia travel keliling dunia. AKu punya trade route ialah dari Lisbon ke Goa, Melaka, Nagasaki, pergi ke South America dan balik ke Lisbon. Trade emas dan perak.
Lepas aku keliling dunia dalam lebih 20 kali, aku dah bosan. Cari la pulak Mystical Weapons. Pastu bosan, aku buat lima fleet.
Satu fleet Tekkosen SAHAJA (metal-plated). Satu fleet, Full-Rigged Ship SAHAJA. Satu fleet, Spanish Galleon SAHAJA. Tapi yang paling best masih lagi yang pakai Venetian Galleas, walaupun hull dia pakai Oak sahaja, tak pakai besi macam kapal Jepun (yang tak wujud sebenarnya). Venetian Galleas patutnya tak boleh bawak jauh-jauh sangat, tapi aku bawak selamba je keliling dunia. Bawak la Barge sebijik dua, pasal nak berniaga.
Game ni banyak mengajar aku pasal perkapalan zaman dulu, dan pelabuhan-pelabuhan yang wujud. Aku cross-reference pakai wikipedia, pasal maklumat dia tak tepat sangat.
Bosan, aku pergi lagi old school. Aku pergi main Gemfire. Dah freeware, babe.
Lepas aku dah menang sebulan (satu malam boleh menang satu game) atau 30 kali dari mula sampai habis, aku cheat. Duit dan makanan, kemudiannya askar tak terbatas.
Dulu, aku pakai Game Master untuk ubah nilai dalam game. Sekarang, aku pakai Gamewiz, pasal ada sesetengah game, dia simpan nilai hexadecimal. Base-16. Gamemaster susah sikit. Gamewiz boleh cari nilai base-16.
Aku cheat pasal kalau tak, aku akan main semua game ni sampai hari ni. Mana ada masa, beb. Kerja banyak ni. Walaupun takde kerja opis. Hehehe.