Wah wah wah. Kecohnya kat Perak. Banyak sangat benda, jadi aku buatkan dalam bentuk isu-isu bernombor, ya.
1. Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin
Menteri Besar yang kalah, tak mau berhenti jadi Menteri Besar. Sayangkan sangat kereta Toyota Camry, agaknya. Toyota Camry je tu. Belum Volkswagen Touareg lagi. Takpun, nak bagi tanah kat pihak tertentu. Taknak cakap freehold, tapi nak kasi leasehold 999 tahun.
Daripada ko bagi 999 tahun kat orang tu, baik kau bagi 65 juta tahun, bodoh. Atau cakap je la freehold. Kau jual negeri ko sendiri.
Aku rasa malu dengan apa yang Nizar buat. Malu dan kasihan. Sedap sangat ke jadi MB? Bila tidur, nyenyak ke? Berak pun best kat tandas MB?
Kalau dah kalah, orang dah suruh blah, apa kau nak rogol ke apa, jawatan tu?
Patutnya, Nizar turun dengan anggunnya. Relaks je. Takde kecoh-kecoh ni semua. Cakap je, sambil bagi balik kunci kat Sultan, "Pinggan tak retak, nasi tak dingin. Orang tak hendak, aku pun tak HINGIN." Habis cerita.
Ni tak. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.
2. Raja adil raja disembah?
Dulu, masa Sultan buat keputusan yang menyebelahi ko, dia raja adil. Bila dia buat keputusan yang tidak menyebelahi ko, dia raja zalim? Raja bodoh?
Apa, ko ingat Sultan tu referee bola ke apa? Ko ingat ko Alex Ferguson ke?
Bukan nak sokong BN la, tapi dulu, takde pun orang BN buat rusuhan, demonstrasi, baling batu kat kereta raja. Pasal raja tak ikut telunjuk diorang. Takdepun kat youtube?
3. Lompat si Katak Lompat
Dulu, Anwar nak tubuhkan Kerajaan Malaysia dengan menggunakan kuasa lompatan ahli Parlimen.
Tipu je, drama queen tu. Tak pernah jadi pun, sampai sekarang. Biasala. Penipu.
Sekarang, bila ADUN lompat, marah la pulak. Apa, MP boleh lompat, ADUN tak boleh? Lompat ke sini boleh, lompat ke sana haram? Takde moral?
Apa punya logik daa. Ideologi hiPoKRit apa ko pakai, bahlul?
4. Berkorban Apa Saja, Orang Lain, Kanak-kanak dan Wanita
Ni yang paling aku menyampah. Demi mengukuhkan agenda politik masing-masing, dan mempertahankan 'hak istimewa' orang tu untuk dapat tanah, ko sanggup gadaikan pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang baring kat tengah jalan, baling batu kat kereta raja.
Ini pentingkan diri sendiri namanya. Kalau ini perjuangan kau UNTUK rakyat, kau lah pergi baring sendiri. Kau la pergi baling batu sendiri. Kau suruh orang lain buat apa? Takde batu ke? Apa dah habis batu kat ahli politik hiPokRit Perak?
Kena pakai batu orang lain?
Kesian la pakcik-makcik tu. Diorang bukannya digaji, malah mungkin akan rugi, berkorban UNTUK ko. Ini pentingkan diri sendiri namanya.
Aku taknak tengok ada pakcik kena hukum gantung. Makcik kena gas pemedih mata. Perasan Rakyat mungkin nak, pasal takdepun yang suruh pakcik-makcik tu cool down.
5. Jangan Main Belakang
Anwar kena tikam di belakang dek Karpal Singh. Aku tak tau dia suka ke tidak.
Sebenarnya, aku dah lama tau benda ni. Aku separuh Cina, separuh Melayu. Pendirian aku neutral. Jadi oleh sebab aku neutral, ada la orang yang ingat aku akan menyebelahi diorang.
Mentang-mentang la aku neutral, aku sokong ko la ye? Angkuhnya.
Khabar Angin Ahmar mengatakan rancangan sesetengah orang di Perasan Rakyat ialah menjadikan Anwar PM, lepas tu jatuhkan dia dan naikkan diorang pulak jadi kepala. Pasal Anwar ni senang sangat nak dijatuhkan.
Jadi kecoh kat Perak, diorang dah menggelabah. Aku rasa, ada yang fikir tak boleh jadi PM, Anwar ni. Jadi, baik dia jadi Ketua Umum, dari Anwar. Maka cubalah dijatuhkan Anwar sekarang jugak.
6. Siakap Senohong, Gelama Ikan Duri
Dulu, cakap 16 September. Pastu, 24. Pastu, Krismas. Tahun Baru. Tahun Baru Cina. Hari Wilayah. Thaipusam.
Ni, ko nak takeover kerajaan ke, kau nak tunjukkan yang Malaysia ni banyak hari perayaan? Banyak cuti, jadi tak payah kerja?
Tu satu.
Lepas tu, "Saya terima apa sahaja keputusan Sultan."
Sehari kemudian, "Saya akan berjuang sampai ke titisan darah terakhir!" Mohon derhaka.
Aik? Sudah tukar ka?
Ko menang, takde sapa cakap apa-apa. Ko kalah, punyalah bising sampai aku nak melancap pun sangkut. Bughit mak kau.
7. Ke Mana Tumpahnya Kuah...
Korang ingat, Perasan Rakyat tu best sangat ke?
Mula-mula sekali, kebanyakan ahlinya adalah bekas BN. Jadi, kalau kau menyampah sangat kat BN, kat UMNO, sedarlah yang Perasan Rakyat tu kebanyakannya reject-reject dari BN.
Ko tak suka makan nasi lemak Gerai Mak Limah. Ko pergi makan Warung Yap, yang mana nasi lemaknya ialah apa yang tak habis dijual di Gerai Mak Limah, atau yang salah masak. Pastu ko komplen. Demonstrasi sana sini. Menangis. "Nasi Lemak Yap sama macam Mak Limah!"
Ko ni sunat ke tidak?
Ko makanlah kangkang si Yap tu. Makan puas-puas.
8. Demi Masa, eh, Bila Masa
Bila masa Perasan Rakyat tu bercakap bagi pihak aku?
Kecoh, "Oooh! Rakyat menuntut itu, menuntut ini!"
AKu tak tuntut pun? Habis aku bukan rakyat ke? Kalau kau dan member-member sekeliling sahaja yang tuntut, bukan rakyat lah tu. Tu kau dan member-member kau.
Pergilah tuntut. Takde sapa nak halang. Tapi toksahlah cakap bagi pihak aku. Bukan ko sorang je ada hak. Aku pun ada. AKu pun ada konek jugak. Ada batu jugak. Takde kecoh pun? Berlagak ada la. Kecoh takde.
9. Kesimpulannya
Sudah-sudahlah tu, pakcik, makcik. Tak payahlah kita ni nak berkorban demi meletakkan sesetengah orang di atas. Diorang tu ahli politik. Kebanyakkannya jadi ahli politik pasal tak boleh buat benda lain.
Nak kerja, pemalas. Nak belajar, bodoh. Jadilah ahli politik. Yang kita nak pertahankan diorang tu buat apa? Kalau dah hebat sangat, diorang boleh pertahankan diri sendiri. Jauh lebih hebat daripada kita ni pun.
Tak kira lah, BN ke, Perasan Rakyat ke. Tak payahlah nak cabar raja-raja Melayu, kalau memang itu dah hak dia untuk tentukan siapa memerintah.
Duduk je kat rumah, tengok TV. Kalau tak suka, bila ada pilihanraya esok, undi sesuka hati. Lagi bagus, kalau ada benda tak kena di hati, buat je sendiri. Nizar tu takkan datang rumah gali parit, makcik.
Anwar takkan datang, jaga burung puyuh atau tunggu derian, pakcik. Diorang bukan waris Nabi. Bukan Anak Tuhan. Bukan Tuhan, mahupun dewa. Diorang manusia, sama macam kita, yang ada cacat-celanya. Takde super-power boleh terbang ke, ada kuasa minda atau mandat dari Tuhan.
Mandat mereka, kita yang bagi. Mandat kita. Kalau dah sombong sangat, kepala raja dia nak lekuk (apatah lagi kepala rakyat?), buat apa kita nak berkorban untuk mereka? Sokong, sokonglah. Jangan sampai tergadai nyawa dan maruah diri. Chewah. Maruah siut. Dari aku, orang yang takde maruah.
Satu benda je aku nak cakap, sebenarnya:
BUGHIT MAK KAU.