Semasa aku menulis, aku perlukan sesuatu untuk merehatkan otak.
Permainan pilihan aku ialah Yugi-Oh! Power of Chaos.
Sebab satu perlawanan paling lama pun, 10 minit.
Aku pernah kalahkan Joey pakai 2 pusingan aje.
Bagi yang tak tau, Yugi-Oh ialah permainan kad macam Magic the Gathering, tapi lagi best.
Magic ni elitis sikit. Yugi lebih proletariat. Lebih marhaen.
Kau main kad dengan satu dek, 40-52 kad. Battlefield ada 5 slot untuk kad raksasa dan lima untuk perangkap atau magic.
Dulu, aku letak 52 kad dalam dek aku. Pastu semua monster kuat-kuat.
Susah nak menang.
Sekarang tak lagi.
Aku pakai 43 kad. Itupun pasal aku takde Jinzo.
Kalau aku ada Jinzo, aku boleh buang semua kad perangkap aku. Kecuali Call of the Haunted.
Sekarang ni, aku terpaksa pakai strategi lain pasal takde Jinzo.
Aku letak tiga bijik Kinetic Soldier dalam dek. Pastu kad perangkap DNA Surgery dan Gravity Bind.
Kinetic Soldier, bila berlawan dengan kad raksasa jenis 'Warrior' akan meningkatkan kuasa serangan dan pertahanan sebanyak 2000 mata. Menjadikan serangannya 3350 dan pertahanannya 3800.
DNA Surgery menukarkan semua kad raksasa dalam permainan menjadi 'Warrior' manakala kad Gravity Bind menghalang semua kad tahap 4 bintang dan ke atas dari menyerang.
Menjadikan Kinetic Soldier tiga beradik kad raksasa paling berkuasa di dalam permainan.
Blue-Eyed White Dragon pun kalah. Black Skull Dragon pun mati.
Ditambah pula dengan kad perangkap Fairy Box yang ada 50 peratus peluang untuk menurunkan kuasa serangan pihak lawan kepada 0.
Dan kad penambah kuasa United We Stand yang menambah 800 kepada serangan dan pertahanan raksasa yang dipilih untuk setiap kad raksasa yang terbuka, di sebelah pemain.
Dan Mage Power yang menambah 500 kepada raksasa terpilih untuk setiap kad dalam slot perangkap/magic.
Penambahan kuasa maksimum ialah 800X5 + 500X5 = 6500.
Tambah pulak dengan kuasa serangan Kinetic Soldier apabila berlawan kad jenis 'Warrior' ialah 3350 + 6500 = 9850.
Nyawa asal pemain cumalah 8000. Hehehe.
Kalau ada Jinzo, aku tak perlu risaukan kad Perangkap langsung.
Dan kalau aku pakai Jinzo dan menggunakan taktik kad penambahan kuasa magik, aku rasa aku boleh naikkan kuasa serangannya sampai melebihi 10000.
Kad 7 Completed boleh menambah 700. Kad gambar kapak tu, tambah 1000. Kad United We Stand, tambah maksimum 4000. Kad Mage Power tambah maksimum 2500. Kad pedang kristal hitam tu tambah 500.
Pastu, kad Overlimiter yang menggandakan kuasa serangan raksasa berjenis mesin untuk satu pusingan (lepas tu, kad mesin semua musnah). Jinzo raksasa jenis mesin. Hehehe.
Aku rasa, secara teori, aku mungkin boleh tingkatkan kuasa serangan Jinzo yang meneutralkan semua kad perangkap, kepada 18000. Mungkin lebih. Untuk sekali serangan.
Kalau aku pakai Fairy Meteor Crush, yang mengenakan perbezaan antara kuasa serangan dan pertahanan sebagai life damage, walaupun dalam keadaan bertahan. Takde kad raksasa dalam permainan ni yang mampu menghalang aku dari menang dengan satu serangan. Mahupun bertahan macam orang gila.
Kecuali...kad Exploding Orb ke hapa ntah nama dia.
Kau serang kad gambar bola mata mesin ni, dia akan batalkan serangan kau lepas tu equipkan diri sendiri pada raksasa tu.
Lepas satu pusingan, dia letupkan raksasa kau dan kenakan kuasa serangan raksasa tu pada kau.
Ini salah satu kelemahan taktik ni. Lagi satu, memandangkan taktik yang aku suka pakai menggunakan banyak kad magik, aku tak banyak kad yang boleh meneutralkan magik.
Jinzo masih terdedah kepada Raigeki, Dark Hole, Change of Heart dan kad-kad magic yang lain.
Satu-satunya pertahanan melawan kad magik yang berkesan ialah Imperial Order, namun ini adalah satu kad perangkap yang dineutralkan oleh Jinzo sendiri.
Kad Magic Disruptor ke hapa entah juga sebuah kad perangkap. Anti Raigeki, juga kad perangkap.
Satu-satunya pertahanan sementara yang ada pada aku ialah Cold Wave, sekeping kad magic yang menghalang kad magik dan perangkap selama dua pusingan.
Dengan kad tukaran sebanyak 15 keping, aku nak buat dua jenis kombinasi dek.
Satu dengan Jinzo sebagai watak utama. Satu lagi, dek yang menggunakan Kinetic Soldier tiga beradik sebagai penyerang pilihan.
Aku teringin nak melawan dek fusion. Pasal aku nak serang Black Skull Dragon pakai Kinetic Soldier.
Aku nak jugak lawan kombo Last Warrior from a Distant Planet (Zombyra the Dark+ Maryukotai) pasal aku pernah kalah sekali dulu.
Kalau setakat dek exodia, Card Destruction, Spirit Release dan Kycoo the Ghost Destroyer dah mencukupi.
Juga, Dimensional Warrior untuk meneutralkan kombinasi ultimate defence Spear Cretin dua beradik.
Geek! Hehehe.