Thursday, September 6, 2012

Emo Mengejut

* This post was mysteriously taken down last night, either by God, a hacker or a ghost. A mystery to me.

Aku terbaca pasal Imam vs Imam dan skandal perselisihan orang yang tinggi ilmu agama. Agama yang dimaksudkan, agama Islam.

Aku awalnya malas nak cakap langsung pasal hal imam vs imam ni, pasal bukan perniagaan aku - none of my business, dan aku rasa firasat aku betul. Nanti aku dicop sebagai anti-agama ke, Ayah Pin ke, apa ke.

Aku cuma nak cakap, aku pun pernah kena kelentong dengan orang jenis beragama ni. Adalah bodoh dan cetek untuk  melabelkan semua orang beragama kaki kelentong pasal satu pengalaman buruk aku. Tapi hakikatnya yang mengelentong tu memang kuat ilmu agamanya.

Aku memang percaya mereka yang mengikut agamanya secara betul-betul takkan melakukan kemusnahan kat muka bumi ini, manakala mereka yang sesat seperti aku, memang kewujudan kami hanya untuk bersukaria dan menonton filem lucah.

Sebab itu, sebagai contoh, orang yang selalu aku panggil kemas rumah aku, penganut agama Hindu yang warak kepada agamanya. Dia pergi ke India untuk membuat hijrah ke Sungai Ganges bersama keluarga, dan sentiasa datang dengan penuh cahaya keimanan pada wajahnya. Walaupun hidup susah, dia tenang sahaja dan tidak pernah gila secara tiba-tiba.

Walaupun aku selalu tinggal duit kat ruang tamu, sampai wallet aku pun kat situ, dia tak pernah ambik walaupun sepuluh sen.

Sebab itu, aku sering memberikannya kunci rumah aku dan dia pun mengemas rumah dengan penuh ikhlas dan tekun.

Di kampung aku pulak, antara kontraktor yang aku suka panggil ialah seorang ateis yang juga warak kepada agamanya. Dia memang tidak percayakan Tuhan, dan aku gelarkan dia Ateis Jati.

Demi menggantikan pegangan agama, Ateis Jati mengamalkan kod moral dan etika yang unggul serta mudah. "Buat jahat kepada orang, dan orang - mungkin bukan orang yang sama - akan buat jahat kepada kita."

Senang gila nak kerja dengan dia.

Mereka ini aku percaya sebab aku faham proses fikiran mereka, aku rasa. Masalah dengan mamat ilmu agama tinggi yang kelentong aku tu, aku tak paham.

Bukankah dalam Islam, Tuhan melarang kita menafikan hak orang lain? Tuhan melarang kita menganiaya orang lain? Kan? Aku bukanlah belajar Al-Quran sangat sebab bila aku nak baca tafsir, semua beruk suruh aku berhenti sebab takut aku sesat, katanya. KATANYA.

Takkanlah seluruh Al-Quran tu cerita lucah laki-bini? Bila boleh main, bila boleh kongkek, liwat tu best ke idak? Apa ke jadah, buku apa kau baca?

Mereka yang berselindung di sebalik topeng keagamaan - terutamanya, tetapi tidak terhad kepada, agama Islam - dan membuat justifikasi serong untuk menjahanamkan orang lain demi kepentingan diri sendiri, pada aku, memburukkan agama itu sendiri.

Aku dulu marah dan geram dengan diorang ni, tapi lepas lama-lama, aku dah tak peduli. Pergilah mampus. Masuklah kau dalam neraka untuk orang munafik.

Neraka Wil untuk mereka yang bersembahyang (tapi kelentong baik punya).

Apa-apa hal pun, betullah kata-kata pelacur Siam di sebuah lorong gelap, sambil makan nasi goreng babi, minum bir.

Dia cakap kat aku, dalam loghat Bahasa Inggeris yang susah nak paham, "Amir, syurga dan neraka, ketentuan Tuhan, bukan hal urusan kita. Kerja kita, tanggungjawab kita, hanyalah menjalani hidup yang terbaik yang kita mampu."

Aku mendapat kecerahan yang lebih daripada seorang pelacur Siam yang makan babi, daripada mereka yang bertopengkan Islam.