Thursday, September 6, 2012

Bagaimana Berak Dengan Bergaya

Sebagai seorang pengamal gizi serat tinggi, aku ada mencuba pelbagai jenis makanan serat tinggi. Makanan serat tinggi menurunkan kolesterol dan lemak dalam darah serta usus, menolong penghadaman, membantu pelawasan, menyenangkan berak dan menurunkan berat badan.

Di sini, aku senaraikan pengalaman aku dengan benda-benda tu:

1. Pisang

Pisang ada banyak serat, juga tinggi kandungan gulanya. Masalahnya, kalau gula masuk dalam badan, boleh jadi gemuk, atau mengakibatkan pengeluaran insulin berlebihan yang menyebabkan gula disimpan sebagai lemak.

Tidak dinasihatkan makan pisang berlebihan, terutama untuk yang nak kuruskan badan.

2. Oats

Makanan ruji serat tinggi terhebat dunia. Boleh gantikan nasi atau roti, makan sebagai bubur dengan lauk. Sesungguhnya makanan serat tinggi paling hebat yang boleh diamalkan setiap hari.

3. Psyllium Husk

Dedak psyllium ini adalah makanan serat tinggi paling hebat di dunia. Tiada yang setarafnya. Rasanya macam makan oats hancur yang senang bertukar menjadi gel.

Psyllium husk dimakan dengan mencampurkan dua sudu dengan air - apa-apa jenis air pun boleh. Kacau cepat -cepat dan minum serta-merta, sebelum bertukar menjadi gel. Lepas tu minum 2 gelas air. Dijamin berak dengan bergaya.

4. Rolled oats

Hati-hati, ya. Rolled oats perlu direndam selama dua jam hingga semalaman, baru boleh makan. Memang rolled oats boleh dimakan begitu sahaja, tetapi nanti berak keras dan mungkin sakit jubur taik. Kejadian taik berdarah pun mungkin berlaku, sebab rolled oats yang keras boleh melukakan usus.

Kandungan seratnya jauh lebih hebat daripada oats biasa dan memungkinkan berak yang tak kurang bergayanya.

5. Buah-buahan

Buah-buah semua banyak serat, tetapi perhatikan kandungan gulanya. Aku suka pear, epal dan oren. Durian pun ada serat, tapi juga tinggi kandungan gula dan lemak.

6. Sayur-sayuran

Apa saja jumlah sayur kau makan sekarang, gandakan. Kandungan serat yang hebat, juga sumber vitamin dan mineral.

Sayur juga mencegah water retention, dan badan manusia, lebih kurang 70% air, jadi berat banyak dipengaruhi kandungan air yang ada.

Makan makanan berserat tinggi dan beraklah dengan bergaya, menghasilkan taik yang sihat!