Bandung punya kisah dan lagenda sendiri. Yang paling masyhur dan aku ingat daripada pemandu pelancong adalah kisah Sangkuriang.
Pada mulanya, ada seorang dewi kayangan yang dihukum ke bumi sebagai seekor babi betina - Wayung. Wayung dahaga, kemudian pergi minum air kencing raja, lantas bunting. Babi betina itu melahirkan seorang manusia bernama Dayang Sumbi yang sangat cantik.
Dayang Sumbi entah macamana (pasal masa ni aku terlelap sekejap), duduk di istana, tetapi lebih sukakan kehidupan kampung. Jadi dia pindah ke kampung ditemani seekor anjing - Tumang.
Semasa di kampung, Dayang Sumbi ramai orang nak usha pasal dia lawa. Walaupun mak dia babi. Dayang Sumbi memutuskan untuk mencampak jarumnya dan sesiapa yang bawak balik jarumnya, dia akan kahwin.
Jarumnya dibawa oleh Tumang dan Dayang Sumbi - anak babi - harus kahwin sama anjing. Tumang pun sebenarnya seperti Wayung - juga indera kayangan yang disumpah menjadi anjing.
Apapun, Dayang Sumbi melahirkan Sangkuriang. Kemudian, dia minta Sangkuriang pergi memburu babi sebab ingin dimakan hatinya.
Sangkuriang dan Tumang ternampak Wayung dan Sangkuriang mengarah Tumang membunuh Wayung. Tumang tak mahu sebab anjing itu tahu babi tersebut adalah ibu mertuanya.
Lalu Sangkuriang yang tak tahu menahu neneknya babi dan bapaknya anjing, membunuh Tumang dan memberi hati Tumang untuk dimakan Dayang Sumbi.
Selepas Dayang Sumbi sedar yang suaminya, Tumang, dibunuh anaknya Sangkuriang, dia memukul kepala anaknya dan dihalau keluar.
Beberapa tahun kemudian, Sangkuriang kembali daripada kembara dan sudah jadi hero yang hebat. Dia terserempak ibunya - Dayang Sumbi - yang masih kelihatan cantik lalu pergi dating dengan mak sendiri.
Semasa tengah dating kat dalam hutan, Dayang Sumbi membelai kepala Sangkuriang. Nampak parutnya dan bertanya. "Engko ni Sangkuriang ke?"
Dah kantol yang Diorang anak beranak, tapi Sangkuriang masih nak kahwin dengan emak dia sendiri. Lalu Dayang Sumbi suruh Sangkuriang buat perahu dan beberapa perkara lagi macam sekat sungai la, apa la, sebelum ayam berkokok.
Sangkuriang power bab construction, jadi dia dah nak siap kerja-kerjanya, semangat habis pasal nak kahwin mak sendiri.
Dayang Sumbi pun sabotaj dengan membakar hutan dan menyebabkan ayam hutan berkokok sebelum masanya.
Sangkuriang bengang, lalu menyepak perahu sampai terbalik, jadi gunung Tangkuban Perahu. Hasil kerjanya yang lain maka jadi Bandung dan kawasan sekeliling.
Cerita ini biasa habis di sini, tapi kalau dengar versi orang Sunda, ada sambungannya.
Sangkuriang masih nak kahwin mak sendiri, lalu dikejarnya Dayang Sumbi masuk hutan. Dayang Sumbi bertukar jadi pokok jaksi dan Sangkuriang, frust, menghilang.
Sampai hari ini, kalau orang Sunda jumpa pokok jaksi dalam hutan, diorang ambik daun dia buat ubat kecantikan.
Begitulah kisah Sangkuriang.
Aku pergi tidur.