Tuesday, January 17, 2012

Siri Bercakap Dengan Ting Ting: Berak-berak Eastern Heretic



Sekembalinya aku dari Jakarta-Bandung, aku mula sakit perut. Baru lepas Kentut Tidak Terbatas, baru lega sikit.

Sebelum ini, kalau aku ke Thailand, aku akan balik bertenaga dan dipenuhi Kuasa Kitaran Asura dengan Ketenangan dan Ketenteraman Abadi. Kalau dari Indonesia pula, aku dapat rasakan jurus Alam Semesta Songsang daripada Kitab Tung Fung Pak Pai.

Aku lepak dengan orang Indonesia di Bandung dan Jakarta. Yang friendly la. Ramai yang macam cipap je muka, kalau tak dibagi duit, tapi aku paham. Kehidupan diorang susah.

Ko tau, aku tengah tunggu bas depan Pasar Baru Bandung, kena serbu dengan berpuluh orang jual beg bentuk kasut dan keychain selipar. Tu belum kira pemuzik jalanan dan yang lain.

Unjukkan tenaga yang diorang buat adalah tenaga kesesakan. Unjuran minda kekacauan. Dan aku faham, semuanya pasal tak ada duit.

Aku lepak dengan brader jual air. Dia relaks je, lepak kat tangga. Aku beli air, minum sambil isap rokok atas tangga. Aku tanya pasal Ariel Peterpan kena penjara kat Bandung.

"Udah keluar, pak," katanya.

Aku: Ariel Peterpan udah keluar? Dia buat apa sekarang?

Bandungese: Katanya ingin ditubuh band baru.

Aku: Apa jadi Peterpan?

Bandungese: Udah berpecah.

Aku tanya pasal Ahmad Dhani kena ban pasal simbol zionis. Rupanya pasal pertelingkahan Ahmad Dhani dengan pertubuhan Islam di Indonesia.

Aku: Kamu bisa aku ngobrol Bahasa Inggeris atau Bahasa Indonesia palsu? Aku nggak bisa ngobrol Bahasa Indon, cuma Bahasa Malaysia yang beritma Indonesia.

Bandungese: Nggak apa-apa, pak. Saya paham.

Blablabla, dia tanya aku pasal Malaysia.

Bandungese: Malaysia, udah makmur ya, pak?

Aku: Mmm... masih banyak yang perlu dipertingkatkan. Masalah Malaysia bukan prasarana, bukan luaran, tetapi dalaman. Orangnya suka komplen, tapi nggak mahu buat apa-apa.

Bandungese: Tapi saya lihat orang Malaysia semua intelektual.

Aku: Mungkin pendidikan kami bisa melahirkan mereka yang kelihatan intelektual. Tapi itu luaran. Dalamannya, kami masih mentah. Masih bertelingkah. Mahu gaduh-gaduh. Seperti binatang.

Bandungese: Kok mengapa sih?

Aku: Sebab diapi-apikan orang kaya. Di Malaysia, ada isu perkauman. Pasal apa? Bukan pasal orang nggak cukup makan, tetapi pasal orang kaya-kaya mahu orang miskin sentiasa bertelingkahan, supaya senang diambil duit mereka. Bedanya di Malaysia, bukan warna kulit, tetapi warna duit. Persoalannya, berapa lama orang kaya boleh menipu orang miskin dengan retorik politik tidak telus.

Bandungese: Sama aja macam di Indonesia.

Aku: Mana-mana pun sama aja. Kita sama aja.

Mamat Bandung ni, baru kahwin 4 bulan lepas. Dia tinggal sama isterinya di satu apartment kos paling rendah. Sewa RM100 sebulan. Dia jual air, cuma dapat RM100 sebulan - cukup untuk sewa sahaja. Isterinya bekerja untuk dapatkan duit bagi makanan.

Makanan, tempat tinggal, pakaian. Semasa orang di negara lain bersusah-payah untuk memenuhi keperluan asas manusia, ada rakyat Malaysia yang hanya tahu komplen dan cakap Malaysia macam sial.

Ya, ada banyak benda boleh diperbaiki, tetapi, selagi kita tak perlu jual keychain selipar untuk membayar sewa RM100 sambil bini jadi pelacur untuk dapatkan makanan, elok-eloklah bersyukur dengan apa yang ada, sambil cuba memperbaiki apa yang kurang.

Kalau tak best sangat, boleh pindah ke negara yang lebih bagus. Ramai member aku dah pindah negara lain. Relaks je. Tak bising dah pun. Kalau bising, hanya untuk bagitau aku yang diorang buat pilihan tepat meninggalkan negara, satu perbuatan yang membuatkan aku bimbang kebahagian mereka di luar sana.

Bukan bersyukur pada kerajaan Barisan Nasional, ya? Tetapi bersyukur yang kita tak perlu jual sampah-sarap atau hidup dikelilingi sampah-sarap. Hargai apa yang ada. Secara spiritual, bukan politikal.

Dan sudah-sudahlah percayakan ahli politik tu semua. Diorang nak duit, bukan nak perjuangkan hak kau atau aku. Pergilah mampus semua ahli politik.