Selepas puas bergelak ketawa dengan retorik politik klise di Twitter, aku duduk sebentar sambil menghisap rokok.
Aku memerhatikan perkembangan politik Malaysia secara senyap. Aku bukan orang politik. Aku orang paya.
Baru-baru ni, ada cerita penulis blog ternama Sakmongkol masuk DAP. Rupanya dia dulu ADUN Pekan. Masa yang sama, RPK hentam Anwar.
Baru-baru ini jugak, ada kisah Anwar nak namakan pengganti. Baguslah. Aku rasa PR akan lebih kukuh tanpa Anwar. Calon terbaik? Bagi aku, Baru Bian.
Baru Bian amat popular, dan mampu menukar arus di Sabah dan Sarawak - kawasan kelemahan pembangkang, kalau ikut analisis RPK.
Kalau Baru Bian calon PM Pakatan Rakyat, aku fikir barulah ada keseronokan pilihanraya umum nanti. Hahaha.
Kuasa kedua-dua BN dan PR harus dikekang. Sebagai seorang yang True Neutral sejati, aku pedulittaik sapa menang, sapa kalah. Bukan aku dapat duit pun. Hidup aku sama aje.
Kalau aku menyampah sangat duduk Malaysia, aku pindah negara lain. Menyalak, melolong ke hulu ke hilir, buang masa je.
Pergilah mampus.