Sunday, June 12, 2011

Semusim di Syurga: Syaitan Diberi Bunga

Aku rasa, jiran aku jarang balik rumah diebabkan aku.

Pasal kadang-kadang, malam-malam, aku sama ada akan menangis teresak-esak ataupun tergelak mengilai-ngilai.

Aku menangis sebab menonton So You Think You Can Dance, dan aku tergelak dek mengenangkan nasib aku yang ganjil, dan janggal, mungkin harus dipanggil dengan perkataan baru: 'ganjal' dan dimasukkan dalam Kamus Dewan Edisi kelima kelak.

Beberapa bulan yang lepas, tahun lepas lagi, semasa aku memutuskan untuk berkelana atas jalan pedang (aku nak berhenti kerja, buat freelance, tapi aku dramakan sikit), aku memang terasa agak gundah gulana.

Sama ada iya atau tidak, aku dapat rasakan beberapa rakan karib aku semakin menolak aku jauh, mungkin sebab aku bakal bukan lagi editor yang cool, (tetapi mungkin pasal ketiak aku hitam atau pasal mereka dah ada awek atau mungkin mereka sibuk).

Aku juga dapat rasakan anjing-anjing yang menyalak di sempadan kesedaran aku - mereka yang bertopeng-topeng dan bermuka-muka - aku dapat rasakan mereka semakin menghampiri aku, dengan gelak ketawa dibuat-dibuat semakin sedia mentertawakan aku, sekiranya aku jatuh terduduk atas punggung, makan sampah di tepi jalan, atau menghisap konek mereka demi sesudu protein.

Mereka ini wujud. AKu pernah bersemuka dengan mereka. Bercakap dengan mereka. Makan bersama mereka.

Satu perkara saja - Tuhan itu kaya. Dan aku katakan itu bukan dengan kebencian atau kepahitan hati. Aku katakan dengan penuh insaf. Takdelah aku nak pergi ganti sembahyang Jumaat yang aku terlepas, atau puasa berapa tahun aku dah hutang. Maaf, aku tak sealim itu.

Apa yang aku belajar, dalam menangani anjing, adalah menerima kewujudan mereka seadanya.

Aku cuma tahu mengangkat bahu, tersenyum sambil menyembunyikan kesan kotoran tar dan nikotin gigi aku, dan berjalan secara tegak di atas jalan pedang.

Dua tiga bulan lepas, aku sakit. Bronchitis. AKu batuk berdarah dan batuk keluar nanah. Darah, rasanya macam besi berkarat. Kahak bertar, rasanya masin. Nanah, pahit.

Aku batukkan keluar nanah yang berketul-ketul. Warna kuning-hijau atau hijau-kuning; warna jelapang padi.

Aku menanggung derita bronchitis sudah 4-5 tahun. Masa aku kena kali ini, pusingan ini, aku memang rasa lain. Dan dengan menggunakan pemahaman aku pada ego, kendiri dan lumrah serta fitrah manusia, aku berhenti menghisap rokok - sesuatu yang aku fikir aku takkan buat.

Ini adalah sesuatu yang amat mengesankan dalam kehidupan aku. Sebelum ini, banyak perkara dan benda berlegar di sekeliling rokok.

AKu menghisap 3 kotak sehari. RM30 sehari. RM900++ sebulan. Biasanya lebih RM1,000.

Dulu, aku ada insomnia. Sampai ke pagi, pukul 6 atau pukul 7, aku masih tak boleh tidur, dilayan dek rokok.

Sekarang, lepas berhenti, aku letak kepala kat bantal je, aku terlelap.

berhenti merokok juga membolehkan aku makan di tempat-tempat berhawa dingin. Ada air cond, kata orang kampung aku. Dengan suhu Malaysia meningkat sebab orang PIS-M banyak buat dosa, maka sesuailah aku berhenti merokok pada masa sekarang.

Sudah lebih dua bulan, aku tak merokok, rasa aku. Pada aku, dah macam 20 tahun. Hahaha.

Keinginan, ketagihan, datang hanya untuk 1-2 minit selepas makan dan beberapa aktiviti lain. Kalau aku dapat bersabar dan menguraikan ketagihan itu menggunakan Lepasan Arhat, maka aku selamat.

Macam-macam benda jadi. Semasa aku sakit, aku bimbang pasal aku tak kerja. AKu pergi Hospital Pantai, bimbang kalau deadline lebur, hancur-luluh dan aku tak dapat payment.

Lepas baik je, semua deadline dah naik tocang, Job mula datang dan aku jadi macam watak anime yang kena lebih stress.

...

Apa pun, aku sebenarnya menulis entry ni, pasal aku nak bagitau yang dalam kesibukan aku membunuh dewa dua-tiga bulan ni, lepas berhentim kerja kat The Malay Mail, dalam aku jatuh sakit, batuk macam orang gila, dalam aku berenti merokok, dan dalam aku menjalankan banyak kerja baru yang bakal jadi apa, aku pun tak tahu, aku nak cakap sesuatu.

Aku dah ada awek yang melepasi kadar tiga minggu. Bukan berita baru, bukan berita penting. Dialah yang bagi buku-buku ni.

Buku-buku yang aku nak pergi baca sekarang.

Sebenarnya ingat nak posting jiwang, sebab nak berlatih untuk satu projek ni, tapi bukan malam ni kot. Esok masih ada.