Ya adik-adik, abang Terung datang lagi dengan: Hidangan Tak Boleh Nak Cakap.
Kat depan Abang Terung ada beberapa buah buku:
1. Cerpen-Cerpen Pak Sako
2. Sejarah Tanah Melayu 1400-1959
3. Maugham's Malaysian Stories, with an introduction by Anthony Burgess
4. Mei 13, Sa-belum dan Sa-lepas
5. Faridah Hanom
Semua buku ini dibawa oleh seorang sahabat yang dikasihi.
Pasal aku memang meminta contoh prosa dan dialog beberapa zaman yang tertentu. Minggu depan, aku harus mengejar pensyarah universiti pula, untuk mendapatkan contoh yang lebih terang.
Lebih penting lagi, aku sendiri harus membuka ruangan bunga-bunga dalam penulisan aku, demi menjana satu lagi karya yang bakal dicemburui ramai.
Hidup Abang Terung, memang macam ni la ye, adik-adik?