Aku ni, dengar banyak cerita dalam beberapa tahun ni, apabila jenis orang yang pandai agama sikit, bukak kompeni, semua nampak Islamik, sampai nama pun nak bahasa Arab and serba lengkap perasa, perisa dan bumbu penyedap syurganya lah. Serba sempurna panji-panji Islamiahnya.
Dan kemudian, aku dengar, daripada rakan-rakan, yang mereka inilah penganiaya besar. Mereka inilah penipu besar, dan tiadalah yang lebih kejam, zalim dan menganiaya melainkan mereka ini yang bertopengkan keagamaan.
Dengan bertopengkan keagamaan, mereka dikatakan mencuri hak pekerja mereka. Mereka mencuri dan makan yang haram. Bila ditanya, mereka salahkan undang-undang.
"Aku tak salah, sebab undang-undang membenarkan aku buat begini."
Kalau macam tu, aku pergi culik anak kau, bawak lari ke US, bunuh dia, pastu claim aku gila dan lepas hukuman mahkamah kat sana, kira takpalah, pasal ada undang-undang yang benarkan?
Ini bukan benda baru, dan bukan satu sahaja kisah yang aku dengar. Aku pun tak boleh nak buat apa, kecuali jadikan kisah sempadan.
Ramai manusia kat luar sana, kebanyakannya jahat-jahat belaka. Tak kiralah topeng apa dia pakai. Islam ke, Kristian ke, hip-hop ke, apa lancau ke. Semua orang jahat, sampai dibuktikan baik.
Aku cuma boleh bagi jaminan yang kalau kau cuba nak jahanamkan aku, aku akan mendedikasikan keseluruhan hayat aku untuk membalas dendam. Tanpa belas, tanpa benci. Cuma kesejukan sepandang layang.