Pukul 2.48 pagi. AKu masih menulis. Senak pinggang dan belakang aku diubat dengan Tiger Balm - salap yang diperbuat daripada batu rimau (muahahaha).
Aku menulis skrip filem paling susah pernah aku tulis. Setiap babaknya, rasa macam nak keluarkan sebiji batu karang. Kalau filem macam MySpy, aku dah boleh habiskan tiga atau empat, dalam masa aku baru separuh abis tulis skrip filem ni.
Dulu, masa aku mula menulis skrip, aku terbaca yang filem ini, medium kerjasama. Collaborative medium, cakap mat salleh. Maksudnya, tiada siapa pun yang memikul tanggungjawab tunggal untuk hasil akhir. Semuanya, kerjasama pihak terlibat, termasuk mamat key grip yang jaga lampu dan caterer yang mungkin ipar atau sedara penerbit, cari duit lebih sikit dengan rezeki yang halal.
Kalau kau tak boleh tahan, maka jangan tulis skrip. Pergi tulis iklan. Tulis iklan lagi lumayan bayarannya, daripada tulis filem.
Ya, ada banyak caranya nak tulis filem ni, ikut suka hati siapa yang mengepala projek ini atau siapa bayar akun duit. Aku, hanya mahu mempraktiskan kreativiti aku dalam lingkungan batasan yang ada.
Kalau ikutkan hati, aku dah bawak cerita ni ke laut. Main dengan kias-kias sampai kau mampus. Shot suka ati bapak aku. Tapi, tanggungjawab aku, aku dibayar untuk menyelesaikan beberapa masalah production ni. Jadi, itulah apa aku akan buat.
Nanti, satu hari, kalau aku jadi director, memang aku takde kasi chan punya. Semua suka ati tok nenek moyang aku la.