Tadi, aku naik teksi ke bandar.
Semasa dalam teksi, aku berborak dengan brader teksi tu.
Aku: Bang, ada dengar pasal Ustaz Asri kena tangkap?
Brader Teksi: Ada. MP PAS pun ada dengar ceramah dia, kan?
Aku: Err...Dr Lo Lo kan? MP Titiwangsa. Dia PAS ke? Saya ingat PKR.
BT: MP Setiawangsa. Dia PAS.
Aku: Tak, dia Titiwangsa. Tapi PAS, ya? Dia pun ada dengarnya menjenguk syarahan Ustaz Asri ni.
BT: Apa salah ustad tu?
Aku: Diorang cakap, dia takde tauliah nak cakap pasal Islam, walaupun dia bekas mufti. Dia lulusan universiti kat Jordan dalam Bahasa Arab dan Syariah, tapi JAIS cakap, mana ada pengkhususan macam tu. Tuduh dia kelentong. Dia cakap, diorang yang kelentong, siap tunjuk sijil dia lagi, ada cakap pasal syariah.
BT: Teruk ke Ustaz tu?
Aku: Manalah saya tahu, bang. Sembahyang Raya pun saya tak pergi, inikan pulak syarahan agama. Tapi...
BT: Tapi apa?
Aku: Saya ada jugak tengok Ustaz ni kat YouTube. Dia memang ada tak sependapat dengan Majlis fatwa dan beberapa mufti lain. Contohnya, kes nak tukar agama. Dia cakap, kalau dah hati dah masuk agama lain, buat apa nak ditahan dia nak ubah IC dia?
BT: Haaa...bahaya ni.
Aku: Bahaya?
BT: Tak boleh bagi orang tukar agama.
Aku: Ok, tapi kalau dia dah tukar? Lantaklah IC dia nak tukar sekali. Hati dia dah murtad, biar la dia.
BT: Eh, tak boleh. Nanti, kalau murtad, hukuman dia kena bunuh. Ko baca balik Al Quran. Dalam Al Quran cakap kena bunuh.
Aku: Abang baca Al-Quran ke? Ada jumpa ayat mana cakap kena bunuh?
BT: Kau baca balik! Kau baca balik! Ko tengok, generasi ko lah yang porak-perandakan dunia sekarang. Dulu, zaman abang dulu, mana ada perempuan isap rokok kat tempat awam.
Aku: Diorang isap rokok secara tersembunyi je ke? Tapi...abang ada baca Al-Quran?
BT: Generasi ko memang hancur.
Dah makin hangat sikit. Aku malas nak cucuk lagi, nanti kena halau keluar teksi la pulak.
BT: Ustaz Asri tak patut cakap macam tu.
Aku: Abis, nak cakap macamana?
BT: Kita kena pastikan takde siapa yang berani tinggalkan agama Islam. Nanti bila orang bukan Islam tengok, apa pulak dia cakap?
Aku: Kalau dia tengok kita bunuh orang, apa pulak dia cakap?
BT: Kita ni, orang Islam! Blablablabla Yahudi! Bla blabla musuh-musuh Islam! Blablabla kahwin empat! Blablabla PIS!
Aku dah tak dengar apa dah. Blablabla je. Aku rasa, aku dah ganggu sikit mamat ni. Bukan niat aku. Jadi aku diam je lah.
Sekejap lagi nak sampai, aku pun cakap je:
Aku: Tapi, abang, saya rasa kita tak patut cakap pasal Islam.
BT: Apa pasal pulak? Kota negara demokrasi, kebebasan untuk bercakap ada dalam perlembagaan.
Aku: Perlembagaan mat salleh ada la bang. Kita mana ada kebebasan yang dijamin.
BT: Kau bagitau aku apa pasal tak boleh cakap pasal Islam?
Aku: Pasal kita kan tak bertauliah. Kalau mufti pun takleh cakap, kita ni lagilah. Ginilah. Apa kata kita cakap pasal Buddhism? Nak?
Teksi pun sampai. Aku bayar tambang, dan berambus ke dalam dingin angin malam. AKu tengok brader tu pot pet pot pet lagi. Amende tah dia cakap sorang-sorang. Pedulittaik aku?