Friday, November 20, 2009

Masihkah Kau Ingat

Aku terperanjat bila ada orang Malaysia yang tak tau pasal Nurul Huda Abdullah.

Puteri Renang Negara. Puteri Emas Negara, kata Hasbullah Awang.

Hasbullah: Itu dia-h! Puteri Emas Negara, Nurul Huda Abdullah, merangkul satu lagi pingat emas sambil pencabar terdekatnya hanya mampu terkapai-kapai di situ.

Macamlah perenang lain tu tengah mati lemas.

Ini pula, Hasbullah Awang mengulas lumba basikal Le Tour de Langkawi.

Hasbullah: Pok amai-amai, belalang kupu-kupu; keluarnya ramai-ramai, baliknya satu-satu.

Aku terperanjat bila ada orang cakap, Nurul Huda tu orang Singapura. Aku pun dah nyanyuk, gamaknya.

Aku lebih terperanjat kalau ada yang boleh lupa Hasbullah Awang mengulas.

Ataupun Farid Ismeth Emir membaca Dunia Jam 10.

Farid: IRAQ DISERANG LAGI! AMERIKA MENGEBOM KILANG SUSU!

Tiap-tiap hari, IRAQ DISERANG LAGI! Pasal masa tu, Perang Teluk.

Dan beberapa kata-kata hikmatnya.

Farid: Sedaraaaaa...senyumlah, kerana senyuman itu...satu sedekah.

Juga, beberapa pengulas sukan di TV3, pada masa TV3 mendapat siaran Liga Bolasepak Sepanyol.

Pengulas: Nombor 17 memberi bola kepada nombor 10. Dia menendang dan tersasar...dan GOL!

Aku nak tidur pun terperanjat. Nombor 10 (Pablo Aimar) memang power.

Tapi, sebelum gol tu, rasa macam tengok golf.

Hasbullah Awang jugak best.

Hasbullah: Bola tanggung! Aaaa-aaahh! JUMPING SMASH! Keluar pula di bucu gelanggang. Jumping smash yang dilakukan ternyata terlalu berbisa untuk diambil Gunawan dan Budi Santoso. Namun takdir telah menentukan, bulu tangkis jatuh di luar gelanggang. Penjaga garisan nampaknya memberikan mata kepada pasangan Indonesia.

Hasbullah: Mari kita lihat sama ada CHEAH SOON KIT dan soo beng kiang mampu menambah mata yang dimenangi untuk Malaysia oleh pemain badminton marathon negara - Foo. Kok. Keong. Ayuh, mari kita saksikan.

Hasbullah: Marseille ada Bakayoko, dan Chelsea ada Babayaro.

Aku dok nunggu la, apa dia nak cakap pasal Ibrahima Bakayoko dengan Celestine Babayaro, tapi tu je. Dua-dua orang Afrika, dua-dua nama start dengan huruf 'B'.

Ingat dia nak cakap diorang ni biras atau ipar ke apa.

Ada lagi, tapi aku pun dah lupa.

Pengulas TV3: Bodo menjaringkan gol pada minit kelapan belas. Penyerang Bodo, XXX, menanduk bola masuk dari hantaran YYY.

Zainal Abidin Rawop?

Zainal: Piyapong Pue-On memberikan bola kepada Attapol Buspakom!Diaaaaaa mencari Zainal Abidin Hassan!Dollah Salleh berlari ke dalam kotak penalti!Zainal Abidin Hassan diasak pemain Sarawak John Kerbau!Berrrrrpusing-pusing di situ!Bola melambung tinggiiiii, dihantar kepada Dollah Salleeeeh!Dollah Saleh meREMbat! Terkena tiang gol...dan diselamatkan oleh penjaga gol pasukan Sarawak. Satu percubaan yang menarik dan demonstrasi berkesan one-touch football daripada pasukan Pahang.