Wednesday, August 26, 2009

Masukan Melayu Murahan: Karma Kamal Abu Bakar

Ada minah ni tanya aku pasal sama ada aku percaya karma atau tidak.

"Sebagai konsep, ya. Sebagai agama? Tidak."

Bila aku tengok balik benda yang aku dah buat, yang baik, yang buruk, yang lucah, tidak boleh tidak aku dapat simpulkan yang aku seorang yang amat bernasib baik.

Aku ada mata yang manja, ada tangan yang berbakat - walaupun takleh main gitar - ada kaki yang seksi, ada konek yang kuat, jubur yang harum.

Setiap perkara buruk yang pernah terjadi, akhirnya ada hikmahnya. Aku terlepas peluang nak ke luar negeri, luar negeri kena landa taufan ekonomi.

Naluri aku sememangnya dekat kepada kebinatangan, pasal dapat meramalkan tsunami yang bakal melanda mana-mana. Dan mana-mana tempat atau projek yang aku kerja, akan jadi bagus.

Bukan pasal aku talisman macam Roy Keane. Macam Alessandro del Piero. Walaupun Alessandro del Piero adalah nama aku ketika menari bogel dengan tiang krom.

Pasal benda unik yang aku bawa - hati yang suci. Chewah!

AKulah Semangat Alaf ke-21, macam Jenny Quantum dalam komik The Authority. Akulah conscience, atau kesedaran untuk dunia. Kata ego aku.

Biar apa pun orang cakap, niat aku tetap ikhlas. Dan aku takdenye nak menempel ambik hak orang lain. Walaupun kekufuran aku setebal kek lapis Sarawak, tapi aku takde nak menganiaya orang lain.

Bukan pasal nak mengejar syurga, pasal aku rasa kebanyakan kawan-kawan aku masuk neraka. Hahaha.

Karma. Aku percaya yang kalau aku buat baik, baik balasnya. Kalau aku buat jahat, kejap je.

Orang buat jahat kat aku? Pedulittaik aku nak jaga tepi kain orang-orang bodoh camtu? Esok dah pergi mampus dah. Kita hidup ni tak lama. Kalau ikut perspektif ahli astronomi yang cool gila pastu selalu high, betul-betul tak signifikan langsung.

Memang le. Dia teropong bintang. Juta-juta tahun punya kira. Apalah sangat 60 tahun? Apalah sangat 29 tahun?

Esok ko dah mati dah. Ikut cakap bapak aku, "Orang jahat, lama-lama dia mati."

Kah kah kah.

Orang buat baik kat aku? Aku takkan lupa. Pasal aku tau betapa susahnya nak buat baik.

Aku bukan orang baik. Aku orang lucah. Konek aku jugak yang penting. Pasal itu aku pergi Siam, untuk menuntut ilmu Rahib-Jalang Shabda-Oud.

Kalau dibiarkan, aku bakal seperti sesetengah lelaki lain yang dikuasai konek. Konek aku dahlah kuat, hensem pulak tu. Kalau dibiarkan, aku sondol je semua. Macam kerbau. Bukan Kerbau Anak Sungkir. Kerbau Anak Sungkir tu coursemate aku. Dia pandai. Jangan pandang tak ada mata. Mamat IT yang hebat.

Bukan Kerbau, ya. kerbau. Ngooooaaahh!

EMpat tahun aku bertapa dengan Rahib-Jalang. Banyak yang aku dapat. ANtaranya, seks hanya bernilai RM50. Kalau kau sanggup tinggalkan semuanya hanya kerana RM50, maka kau ialah 'Melayu murah jua'.

Rahib-Jalang Shabda-Oud juga mengajar spiritualiti. Kerohanian. Syurga dan neraka itu penentuan Tuhan. Bukan hak kau, bukan hak JAWI, bukan hak JLA-IS. Bukan hak orang PIS. Bukan juga hak kacang pis. Bukan hak air kencing.

Syurga dan neraka ditentukan Tuhan. Jadi, apahal aku nak kecoh? Cuma hidup sebaik yang mungkin. Sekadar termampu.

Selagi aku tak jadi penipu, perompak, perogol, pemukul bini, pelampau agama, penyibuk, pembunuh, penulis buku sajak, pencacai tua pengangkut najis, aku tak bimbang apa-apa.

Tengok AKAB - Ahmad Kamal Abu Bakar. Dia relaks je. Entah berapa benda dah kena kat batang hidung dan batang...errr...tanak jadi homo-erotik la pulak. Banyak benda la. Hidup je lagi.

Bapak aku yang dah kena empat kali strok pun lepak je isap rokok empat kotak sehari.

"Orang jahat, lama-lama dia mati."

Bapak aku idup lagi. Untuk sekarang. Dan itu yang perlu aku hadapi masa ini. Orang tua tu, dia bukan ada sesapa lagi dah. Tapi degil macam gila. Nak berdikari. Digagahkan jugak tebang pokok. Bertongkat, pergi tebang pokok. Angkat kayu, bakar sampah. Susun pasu.

Aku rasa, kalau aku tak mati, tua nanti aku jadi macam tu. Aku pun degil macam dia. Kalau ada benda yang tampak mustahil, aku akan pergi jahanamkan kemustahilan tu.

Apa aku boleh rugi? Paling banyak pun, aku gagal. So? Dah berapa kali aku hadapi kegagalan? Bukan kat sekolah la, pasal aku kat sekolah aku skor. Fail add maths masa form four ada la. SPM dapat C4. Pastu aku letupkan Altantuya. Oops! Kantoi! Syyyy!

Aku tengok senior-senior kerja aku. Diorang selalu cakap, "Aku, Amir, dah pissed-offkan ramai gila orang. Idup je lagi?" "Aku, AMir, dah banyak kali gagal dalam benda yang aku buat. Banyak jugak aku berjaya. Last-last? Aku tua. Hahaha."

"Amir, aku, tak pakai gambir Sarawak. Tak best. AKu pakai tanduk rusa."

Erm...aku tak pakai tanduk rusa. AKu natural je.

Anyway, point aku ialah...errmm...buatlah apa-apa pun. Baik, buruk, lucah. Esok, kita mati. Kubur lain-lain, beb.