Saturday, August 1, 2009

Gerakan Bebaskan Mas Selamat: Pasal Aku Fashionable

Hapuskan ISA!

Semasa aku menaip masukan ini, sepuluh billion rakyat Malaysia telah turun ke Dataran Merdeka untuk membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri, atau nama timang-timangannya, ISA.

Sebagai Presiden dan Setiausaha Alat Sulit Gerakan Bebaskan Mas Selamat, aku bertepuk tampar dengan diri sendiri, kerana sukar untuk percaya yang rakyat Malaysia memang amat mencintai Mas Selamat. Ingatkan aku sorang saja. Yang fashionable (pasal aku liberal palsu).

Marilah kita bebaskan Mas Selamat yang bak Ruben 'Hurricane' Carter, merengkok dalam tahanan kejam ISA.

Faraj telah menyinsing, bangunlah wahai bangsaku! Mari kita sama-sama bebaskan Mas Selamat yang dituduh pengganas dan juga ancaman kepada semua!

Lepaskan dia, kemudian kasi dia tiket satu perjalanan ke Singapura.

Mas Selamat pun berhak diselamatkan dari keganasan ISA!

Bebaskan Mas Selamat!

Bebaskan Mas Selamat!

Bebaskan Mas Selamat!

TAKBIRRRRR-ratul ihram!!! (dah sembahyang Isyak ke?).