Cikgu Thiruviam atau Mr T ialah cikgu Ekonomi Asas yang juga ialah penjaga kelas aku di SDAR.
Ekonomi Asas ialah matapelajaran yang senang dan menarik. Salah satu matapelajaran yang aku dapat A masa SPM.
Dia juga suka membeli batu permata dari India. Inilah ceritanya:
Mr T: Saya balik dari India, saya simpan batu permata dalam beg saya. Passport, IC, duit lebih. Lepas tu, masa saya nak dapatkan balik beg saya di Lapangan Terbang, beg saya takde! Saya tunggu sampai dua jam. Dah hilang!
Tarmizi: Apa perasaan cikgu?
Mr T: Bangga.
Selepas aku berambus dari SDAR, aku terdengar Mr T telah membuka kedai barang kemas dan batu permata, tetapi telah dirompak pada minggu pertama ia dibuka.
Kalau aku jumpa Mr T, aku takkan tanya dia "Apa perasaan cikgu?" Walaupun aku tau dia bangga.