Novel-novel Melayu yang aku pernah baca semuanya penuh babak mengelamun.
Tak sampai dua mukasurat, ada saja orang mengelamun.
Merpati Putih Terbang Lagi - Khadijah Hashim. Buku yang aku jumpa dalam bilik kakak aku. Dah takde kulit.
Pasal sorang mamat ni yang cuba tolong orang Melayu kat Kampung Simpang Empat. AKu ingat adik dia nama Agus. Macam burger je nama, aku ingat masa tu.
Gerhana di Hati - Adam Kadir. Aku baca buku ni pasal ADUN tempat aku yang tulis. Hahaha. Adam A Kadir.
Tapi, aku memang suka. Pasal watak utama, Rawi, meninggalkan bapaknya yang tak pernah menghargainya untuk belajar di Amerika Syarikat.
Kelapa Nan Sebatang. Antologi cerpen dan mungkin puisi kot? Aku budak sains. Bukan budak sains sosial. Aku tak sosial, dan aku tak sial.
Yang aku ingat ialah pantun dalam cerpen Gulai Rawo.
Gulai Lomak masakan Rawo,
Tumbuk lado segonggam godang;
Kok awok raso penganen kito,
Indakkan lupo jalan nan datang
Cerita pasal gulai ikan, tapi jugak pasal asal-usul dan nostalgia
Indakkan lupo jalan nan datang.
Bagi aku, maksudnya, jangan lupa asal-usul la. Bukan pasal jangan lupa nak datang rumah pasal nak makan ikan. Apahal lu mat?
Asal-usul.
Moyang aku, sorang datang dari Pattani. Cikgu agama. Hahaha. Arab campur Siam. Kira bila aku pergi Siam, seribu pedang pulang ke asal la. Yang seorang lagi, dari Indonesia. Orang Bugis bangsawan. Bangsawan, beb.
Datuk belah bapak aku datang dari Guangzhou. Kot?
Nama Cina aku ialah Fong. Tapi tulisan dia iras perkataan untuk kuda, yang kalau dalam bahasa Kantonis sepatutnya 'ma'.
Apa-apa hal pun, kalau aku diberi nama Cina, aku nak pilih Fong Sai Yuk kot.
Keluarga belah mak aku kebanyakkannya cikgu. Sebab diorang pentingkan pelajaran. Mak aku antara satu-satunya anak perempuan dalam puak dia yang pergi sampai sekolah menengah.
Bapak aku cikgu. Tapi keluarga dia kebanyakannya pomen kereta.
Kalau kat Kuantan, nak repair air-cond, pergi kat sepupu aku. Nak repair enjin, pergi kat seorang pakcik aku. Nak buat badan kereta dan cat, ada seorang lagi.
Kira kalau diorang bergabung, boleh pasang kereta lengkap la.
Keluarga aku sekarang - separuh jadi cikgu. Lepas bapak aku bersara, kakak dengan abang aku masuk Jabatan Pendidikan. Diorang ambik ijazah masa kerja.
Keluarga aku tak pernah kaya, walaupun Tun Razak ialah sepupu datuk aku. Bermakna aku anak sedara dua pupu Najib. Patut dah jutawan dah ni. Hahaha.
Aku tanya ahli keluarga aku, "Camana nak contact Najib?"
"Kau nak buat apa jumpa dia?"
"Nak jadi jutawan."
"Fuck you! Money can't buy everything. Money can't buy me."
Dah, kena 'fuck you'.
Ni masalah keluarga aku. Dulu, datuk aku dengan Tun Razak berjuang untuk kemerdekaan sama-sama.
Masa dia nak ke KL, dia jumpa dulu datuk aku. Ajak dia join sekali. Datuk aku taknak. Pasal dia lebih suka menjaga kebun durian dia.
Aku macam, "What the fuck?!"
Masa Tun Razak nak buat Penyata Razak, dia jumpa datuk aku lagi. Ajak dia sekali lagi. Datuk aku masih taknak.
ARRGGGHHHH!!!
Kalau tak, aku dah boleh menjual ke-Melayu-an aku untuk duit berjuta-juta. Politik wang, yo! Aku boleh jual Malaysia kat orang Singapura.
Aish. Kena la membanting tulang kalau nak jadi jutawan. Pukimak betul la.
Datuk aku boleh berbahasa Arab, dan Bahasa Inggeris. Dia selalu nak ajar aku, tapi aku lebih minat tengok TV masa tu. Ksatria Baja Hitam, yo!
Keluarga nenek aku pulak dulu merupakan pemilik tanah yang berjaya. Masa zaman sebelum perang, diorang bela lembu. Ratus-ratus ekor.
Masa Jepun datang, dan omputih blah lepas takut tengok orang Jepun naik basikal, makanan takde.
Jadi diorang tolong orang dengan jual lembu-lembu tu kat orang kampung. Pasal duit takde, dan duit pokok pisang nilainya macam 4 juta untuk sepuluh sen, ada yang bayar pakai tanah.
Jadi lepas perang, dari jadi pemilik lembu, jadi pemilik tanah.
Entah kemana dah tanah-tanahnya tu. Biasalah, Melayu.
Bapak aku sakit lagi baru-baru ni. Tapi dia memang macam tu. Doktor pernah cakap dia takkan hidup lama, masa umur dia 40++.
Sekarang dah nak masuk 70. Hidup je lagi. Ok je.
Tapi lepas dia kena diagnosis tu, dia sembahyang tak tinggal. Tak tidur malam. Minum kopi macam air. Lepas Subuh baru dia tidur.
Aku nak balik la, Raya Haji ni.
Nak ambik cuti seminggu. Kepala aku pun macam nak meletup. Aku nak tidur. Bangun tengahari atau petang. Makan. Pastu tidur balik.
Ada banyak lagi benda yang aku kena perjuangkan. Chewah! Yang aku pilih untuk perjuangkan. Humangai. Pasal kalau bukan aku, sapa lagi?
Biar aku digelar syaitan. Fuh! Namun akan aku perah kelapa menjadi santan.
Ni kalau tak dapat Sasterawan Negara, tak tau la.