Thursday, July 21, 2011

Padah Tumbuh Hilang Mencuri

Aku tengah demam, jadi aku emo sikit.

Aku nak cakap yang aku tak percayakan ahli politik. Kalau kau ahli politik, tak kira la BN ke, PR ke, Zaid Ibrahim ke, NGO ke, 'liberal' palsu Malaysia ke, apalancau ke, kalau kau bergiat aktif dalam politik, aku lebih percayakan bulu bontot aku daripada aku percayakan kau.

Aku lebih percayakan setan, Syaitan, Iblis, Azazel, mahupun Lucifer, daripada aku percayakan ko.

Sejak Pak Lah melayarkan kisah Ashabul Kahfinya beberapa tahun lepas, kerajaan yang ada sekarang tampak lebih goyah.

AKu tak peduli pun. Aku bukan penyokong kerajaan, dan bukan penyokong Barisan Nasional. Pergilah mampus, ye?

namun, satu perkara yang aku LAGI MENYAMPAH daripada BN, adalah Pembangkang.

Daripada dulu lagi, Pembangkang ni, pada aku, sama macam ahli politik Kerajaan - semua tak boleh percaya, semua kaki kelentong. Dengan satu perbezaan.

Ahli politik Kerajaan sudah merasa kuasa selama lebih 50 tahun. Ahli politik Pembangkang belum merasa apa-apa kecuali kejayaan yang terhad.

Aku dapat rasakan rasa lapar mereka. Lapar, bukan untuk menolong rakyat, atau hendak menegakkan kebenaran, mahupun lapar nak makan nasi, tetapi lapar untuk kapur semua benda yang bernilai dan berharga daripada Malaysia.

Aku dapat rasakan yang mereka amat dengki dengan tuduhan mereka sendiri kepada ahli politik Kerajaan. Kenapa? Sebab kalau mereka sendiri di tempat ahli politik Kerajaan, mereka akan buat sebijik, malah mungkin lebih teruk lagi. Sebab tu mereka asyik mengeluarkan tuduhan demi tuduhan, tak kira sama ada berasas kalau tidak. Bagi aku, apa yang kita cakap pasal orang, memberikan imej kita pasal diri sendiri.

Ini semua aku rasa sahaja. AKu bukannya pengkaji politik mahupun ekonomi. Aku cuma menyatakan pandangan aku.

Ya, ahli politik Kerajaan ramai jugak yang kantoi. Mungkin lebih ramai yang belum kantoi. Aku cuma tak percaya LANGSUNG yang ahli politik Pembangkang mampu menjrnihkan keadaan Malaysia. Lagi nak kelepet ada lah.

Begitulah pendapat aku yang tengah demam ni.

Ingat - jangan percaya sesiapa pun. Diorang semua penipu.