Mak aku adalah tukang masak ortodoks.
Mak: Awas kung fu aku!
Aku: Wah! Bubur Nasi Teochew! Masakan Sayur Szechuan! Ayam Gulai Bugis! Paru Goreng Padang! Roti Kembung Klasik Kuantan! Puding Raja Pantai Timur!
Mak: Hmph!
Oleh sebab mak aku adalah jagoan yang digelar 'Eastern Heretic', aku bertekad untuk mempelajari seni masakan Underground Cooking Society yang mengamalkan ilmu masakan songsang.
Kesemua masakan ini ciptaan aku sendiri, melainkan dinyatakan sebaliknya. Hari ini, aku hendak perturunkan hikmat masakan Ayam Masak Syaitan. Apasal syaitan? Saja. Sekadar hiasan. Takde syaitan pun dalam masakan ni, dan ayam tu tak masak syaitan pun, tapi aku rasa syaitan pun akan terpancut kalau makan hidangan ini.
Ayuh!
Bahan-bahan:
1. Bawang merah (shallots) X 3
2. Bawang putih (garlic) X 6
3. Bawang Besar (onion) X 1 - dicincang rapi
4. Cili boh/giling (secukup rasa)
5. Belacan (50 gm) - boleh diganti dengan stok ayam, stok ikan bilis atau pes udang yang sememangnya belacan jugak. Lebih kurang la.
6. Kicap tiram
7. Daun kari X 10 helai/1 batang
8. Garam secukup rasa
9. Ayam mentah 1 kg
10. Secawan air
11. Minyak tiga sudu
12. Serai sebatang, dititik (optional)
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, merah dan besar, dalam aturan ini. Selepas naik bau (aromatic, kata omputih), masukkn cili boh dalam 5 sudu besar. Masukkan garam. Kacau. Masukkan kicap tiram, garam dan belacan. Rasa, cukup msin ke tidak. Lepas dah sebati (mesera, kata mak aku), masukkan air.
2. Lepas berbuih air, tapi tak menggelegak, masukkan ayam, serai dan daun kari. Kacau sampai masak. Perlu sentiasa kacau.
3. Hidang.
Semua resepi aku, langkah-langkahnya sikit sahaja. Bersusah-payah ketika memasak hanya untuk tukang masak kelas amatur. Hmph!
Jadi, begitulah hidangan Ayam Masak Syaitan aku. Mak aku kadang-kadang tak letak air, tapi santan, pasal dia ortodoks. Aku songsang. Jadi aku bantai letak air je. Lu apahal mat?