Aku tak lama lagi takde kerja ni. Aku dah hantar surat berhenti kerja. Bulan depan last day.
Jadi, aku pun fikir, sebagai Melayu, aku kena cadangkan beberapa projek mahal kepada Kerajaan.
Antara projek yang aku usulkan, adalah menggantikan Pilihanraya Umum Malaysia ke-13 dengan Sukaneka.
Cuba fikirkan. Daripada mengadu domba, mencerca, memfitnah orang tak tentu hala, adalah lebih baik kalau ahli-ahli politik negara ini mengadakan pertandingan sukaneka yang boleh membawa kepada budaya riadah yang sihat.
Lagipun, nak buat pilihanraya, mahal. Poster la, sepanduk la, papan tanda la.
Sukaneka, berapa sangat bajetnya? Setakat Lari Dalam Guni, berapa ringgit harga guni? Lainlah kalau Lari Dalam Ghani.
Lari Bawak Telur Dalam Sudu - ini acara untuk RPK dan KJ. Pasal apa? Pasal diorang terer mengimbang. Ko pikir apa?
Tiup Belon Sampai Pecah - Karpal Singh, Hishamuddin Hussein, Najib.
Cari Gula-gula Dalam Tepung - Chua Soi Lek, Elizabeth Wong.
Lompat Katak - Zaid Ibrahim, Ibrahim Ali.
Tarik Tali - Ezam, Wan Azizah, Nurul Izzah
Kereta Berhias - Tian Chua, Zambry.
Perahu Darat - sesiapa yang terlibat dengan skandal PKFZ.
Basikal Undur - Anwar Ibrahim
Jangan bagi kontrak dekat vendor kereta yang tidak bermaruah, sudah.