Sang Elektron adalah watak komik terjemahan Pendekar Laut kegemaran aku.
Kenapa?
Pasal pada satu jangkamasa, Sang Elektron telah berlawan dengan hampir semua watak dalam Pendekar Laut, di sebuah padang di Afrika. Kecuali Pendekar Laut, Raja Singa dan Jerung Raksasa, Sang Elektron telah mencabar kesemua watak yang lain.
Ini termasuk bekas rakan seperjuangannya seperti Break Dream dan yang lain. Yang telah dibrainwash.
Kenapa? Pasal integriti. Sang Elektron tidak mahu berpura-pura yang Sindiket Blue Dream adalah sindiket yang baik, malah adalah sebuah pertubuhan yang berulat di tengah-tengahnya, akibat cita-cita hitam Thien Wu dan anaknya Blue Dream.
Malah, Sang Elektron, Raja Ubur-ubur dan yang lain telah diculik datipada ibu bapa mereka dan dipasang alat kawalan Dreammaker semata-mata mahu mengawal ingatan mereka.
Malah, Orga pernah meninggalkan Sindiket Blue Dream tetapi disembunyikan fakta itu oleh semua orang, termasuk Orga sendiri.
"Ya, memang aku boleh berpura-pura tiada apa yang berlaku," kata Sang Elektron. "Tapi, adakah aku manusia lagi kalau aku berbuat begitu?"
Jadi, Sang Elektron melawan Sindiket Blue Dream. Dia hampir berjaya menghapuskan Sindiket itu, kalau bukan campurtangan si hipokrit Orga. Ini merupakan titik tolak kebencian aku pada Orga dan Hitomi. Kuat, tapi tak berakal dan tidak berhati perut.
Sang Elektron satu-satunya watak jaguh handalan yang memberi impak besar kepada aku, semasa aku muda. Dia tahu dia akan mati, tapi adakah dia berganjak daripada pendiriannya? Keupayaannya jauh lebih rendah daripada Orga, mahupun Blue Dream. Adakah dia mengalah?
Tidak sama sekali. Kenapa?
"Sebab aku, Sang Elektron, hebat! Hebat! Hebat!"