Tuesday, December 22, 2009

Almanak Masakan Bumi dan Langit: Pendekar Lauk-Pauk



Hari tu, aku mencari masakan claypot yang terhebat di Bangsar. Setelah kecewa dengan restoran Cina yang ada juga menghidangkan babi dan katak, tetapi gagal secara menyeluruh dalam perihal masakan claypot, aku mendekati isu ini dengan penuh hati-hati.

Japl. Refresh Google news, takut Lindsay Lohan mati.

Okeh. Aku pun menjejakkan kaki ke Bangsar, Sabtu lepas. Aku cari di Lucky Garden. Kiri, kanan, semua takde. Aku tanya satu mamat ni.

Dia cakap, "Claypot jual malam saja."

Masa tu, pukul 12 tengahari. Okaylah, aku pun makan nasi ayam lipas. Nasi ayam lipas adalah nasi ayam di gerai lipas. Gerai lipas adalah gerai yang dipenuhi lipas.

Selepas makan, mesti sakit perut. Mujur aku ada pil arang yang boleh mnyerap semua toksin.

Selepas makan, dan sakit perut, aku kembali keesokan harinya, untuk mencari masakan claypot yang hebat. Pada pukul 10 malam.

Malang tidak berbau, kedai itu baru saja tutup.

Aku: Ni, bukak bila ni?

Nyonya: Cuti sampai Rabu depan. Bukak 5 petang sampai 10 malam.

Dengan hati yang patah, aku pun pergi makan nasi ayam di restoran tidak halal - Ipoh Old Town.

Nasi ayamnya telah melanggar undang-undang nasi ayam - mereka menggunakan nasi putih!

Oh, betapa aku dalam kesakitan! Kesakitan!

Aku takkan makan kat situ lagi.