Pergi mampus sama politik dan polemik. Hisaplah lubang jubur aku beramai-ramai.
Aku nak cakap pasal orang Melayu yang suka melalak pasal martabat bangsa la, maruah la, apalancau la, tapi lepas tu membangkrapkan diri sendiri dengan belanja tak tentu hala.
Ko tau kenapa milikan ekuiti Melayu KURANG daripada 15% kat Malaysia ni? Bukan pasal bangsa lain, ya, tolong sikit. Ini semua pasal orang Melayu, ada duit, beli sport rim. Taruk turbo kat kereta Kancil. Kahwin mengalahkan Sultan Brunei, semua main buat pinjaman peribadi. Melayu main skim piramid, kena tipu, pastu menangis, melolong, salahkan kerajaan.
Ahli politik isap darah dan isap bulu pantat dah satu hal, tapi aku nak cakap pasal orang Melayu suka buat benda bodoh sampai tak berduit.
1. Kera di hutan pakai sport rim, anak di buaian pergi mampus
Bai, aku tau la anak tu 'anugerah Tuhan', tapi anak ko, bukanlah skim insurans di masa tua. Anak ko tu, tanggungjawab. Maknanya, kalau nak didefinisikan secara jelas, kau bertanggungjawab bagi makan, pakai, dan persekolahan pada dia, sampai sekurang-kurangnya umur 18 tahun.
Masa umur 18 tahun, aku rasa kau wajib bagi dia pilihan untuk pergi universiti. Kalau tak pun, sekolah vokasional ke, apa ke.
Ko beranak ramai-ramai ni, mampu ke nak bayar yuran?
Ko tau tak yuran universiti tu berapa? Ko jangan harap PTPTN yang kau sendiri lambat nak bayar tu. Muahahaha.
Masuk universiti, yuran SAHAJA, dah lebih kurang RM21,000 SEKARANG. Hari ini. Kalau ko beranak sekarang, berapa yurannya, 18 tahun lagi? AKu bajet, dalam 200,000 DENGAN subsidi kerajaan. Kalau takde, maka kosnya boleh meningkat sampai setengah juta.
Nak belajar luar negeri? Bolehhhh. Ko ada RM3 juta?
Kalau takde duit, toksah beranak ramai-ramai. Menyusahkan orang, tau tak?
2. Mencurah duit, mempamer gigi
Mat, aku tau, aku faham, suka hati nenek ko lah, ko nak pakai spek itam dalam shopping mall. Tapi, apahal? Lawa sangat ke ko ni? Boleh jadi model?
ANak ko terbalik terpukang kat rumah, kau habis stailo nak mampus la, usha awek kat Midvalley?
Kereta ko, huish! Sport rimmmm! Rim 17" tu, beb! Kereta apa? Myvi/Kancil/Viva je, tapi berlagak macam stretch Hummer limo.
Kalau bangsa Melayu ni tak habiskan duit beli sport rim dengan benda-benda bodoh yang lain, aku rasa banyak benda boleh buat. Macam berniaga ke, invest ke, apa ke.
3. Masalah peribadi
Ini, adalah musuh aku sejak dulu. Pinjaman peribadi dengan kadar faedah jenis sewa-beli (macam beli kereta, pokok dia tak kurang-kurang, sampai la ko bayar abis) adalah antara benda paling popular di kalangan orang Melayu, dan antara jenis pinjaman paling Syaitonnnn sekali. Lebih keji dan kejam daripada apa yang lain.
Ko pinjam RM30,000, kena faedah 10%, selama 10 tahun. Ko tau tak berapa ko kena bayar? RM60,000, dalam masa 10 tahun. Gila double tu, siut! Ko bangang ke apa, nak bayar banyak tu?
Pokok ko, RM30K, tak berubah tau. Untuk 5 tahun pertama, ko bayar faedah SAHAJA.
4. Kad kredit
Ni satu lagi. AKu pun dah kena dulu. Gila, mat, 18% interest tu! Sekali ko lambat bayar, satu mata ditolak. Ko tau tak, kalau ko bayar awal pun, dia ada caj?
Ko nak berbelanja lebih-lebih buat apa? Ko perlu ke, barang-barang tu? Ko nak berlagak kat sapa? Ramai cakap aku sombong, angkuh dan bongkak. Habis, berlagak tu apa?
5. Kereta melampaui batasan manusia
Ko kalau takde duit, tak payah la beli kereta besar-besar. Ko nak tunjuk kat sapa, bro? Kalau pergi sembahyang Jumaat pakai Toyota Camry, dapat pahala lebih ke? Pasal tu ke BEKAS MB Perak mati-mati taknak lepas Toyota Camry dia? Belum Lexus lagi, beb.
Aku... yalah, bukan duit aku. Bukan tempat aku untuk bersyarah suruh kau beli apa, itu ini. Duit ko. Lantak ko lah nak berbelanja camana pun.
AKu cuma memesan. Mengingatkan ko dan jugak diri aku sendiri. Aku takleh cakap apa-apa hal agama, pasal aku orang biasa je. Takde super power boleh terbang atau menyumpah orang. Aku takleh tembak laser ikut lubang jubur aku.
Beringat-ingatlah semasa berbelanja. Pinjam-meminjam ni, banyak risikonya. Macam beromen tak pakai kondom. Silap haribulan, ko mampus! Hargailah rezeki yang ko dapat. Kalau tak tahu, tanya. Jangan jadi bodoh sombong. Dahlah bodoh, sombong nak mampus. Matilah kau kena hempap dek jubur taik orang lain.