Identiti kita ni, boleh dijual beli. Dengan wang ringgit.
AKu duk nengok orang yang habis mat salleh gila babi. Mat salleh pun tak mat salleh macam dia. Tapi, bila menulis (dalam Bahasa Mat Salleh), mengaku Melayu.
Bagi aku, takde hal. Pasal Melayu ni banyak Cawangan UMNO nya. Banyak Bahagian UMNO nya. Tak kurang jugak, Melayu ni ramai orang PIS-M yang menerakakan orang.
Kalau ke-Melayu-an tu boleh dicecairkan, aku punya Melayu aku rasa cuma 25ml je kot? Selebihnya, komik. Pasal aku baca komik.
Tapi, dengan 25 ml Melayu aku ni pun, aku heran.
Aku duk bercakap pasal cerita-cerita dongeng dan cerita rakyat orang Melayu dengan orang yang aku fikir Melayu. Diorang tak tau, siut!
Kuda Hijau
Petir dan Guruh
Sang Kancil
Lebai Malang
Pak Pandir pun diorang tak tau camana.
Aku baca himpunan kisah Pak Pandir kat perpustakaan sekolah. Pak Pandir ni, nampak je bodoh-bodoh alang. Tapi, dia ni boleh rekacipta tali-pinggang terbang. Camana? Dengan melekatkan banyak gila burung kat situ, burung kena getah burung, sampai dia boleh terbang.
Jatuh kat laman istana, kahwin dengan puteri Raja. Puteri Raja tu lah Mak Andeh, kalau korang nak tau. Rasa aku la. Tak pun, Mak Andeh marah kat dia, tarik telinga sampai balik.
Cerita Pak Pandir ni aku ingat masa tu, sama dengan cerita HG Wells, pasal sorang mamat yang naik belon, sampai ke bulan. Man in the Moon ke hapa ntah.
Aku sorang je ke yang ingat cerita-cerita ni?
Cerita pasal Kuda Hijau. Seorang putera raja disumpah menjadi kuda hijau, terbang lari dengan adik dia.
Pastu, dapat kerajaan negeri lain. Pasal saktinya Kuda Hijau tu. Macam Perseus dan Pegasus. Korang tak ingat ke? Tak pernah baca?
Cerita pasal Petir dan Guruh. Petir anak si Guruh. Petir ni macam Human Torch. Kerja dia duk bakar rumah orang. Pas tu, mak dia marah dengan kuasa sonic scream. Macam Banshee.
Raja Kayangan tak puas hati pasal diorang asyik buat kacau, dihantarnya duduk atas awan.
Pastu, Petir yang nakal masih sambar rumah orang dari atas awan. Mak dia, Guruh, pergi marah kat dia. Maka terjadilah fenomena guruh. Pastu mak dia nangis la pulak, maka hujan pun turun.
Serius tak pernah baca? Apa yang korang baca? Mona Gersang? Azi Iparku?
Hang Nadim, tau? Hang Nadim?
Arwah datuk aku suka nak bercerita kat aku pasal Abu Nawas - watak trickster dalam sastera Arab yang diMelayukan. Habis Jungian Archetype lah. Biasanya, aku tak nak dengar. Pasal kat sekolah aku dah baca berpuluh-puluh kisah Abu Nawas.
Hikayat Seri Rama dan Sita Dewi. Bukan Ramayana. Ni hok versi Asia Tenggara punya. Hanuman rupa-rupanya anak Seri Rama dan Sita Dewi masa diorang kena sumpah jadi ungka putih. Pastu beromen.
Hanuman versi ni jauh lagi terrer. Dia boleh letak tujuh gunung atas ekor, pastu baling kat Rakshasha. Atas ekor je tu. Gunung, beb.
Ungka ko tau apa, kan? Cenekoh. Mawas. Beruk. Beruk tau? Beruk? Haaa. Yang duduk buat Superman atas motor malam-malam tu, beruk la tu.
Ko tau tak napuh tu apa? Macam kijang la. Dalam hikayat tu, Ravana bertukar jadi napuh putih, pasal nak suruh Seri Rama dan Laksamana kejar.
Gergasang? Gergasang? Korang tak pernah baca pasal Gergasang ke?
Aku pelik bila benda-benda yang aku baca masa aku muda-muda dulu, dan cerita-cerita rakyat yang aku dengar banyak yang orang lain tak pernah dengar. Apa mak bapak korang buat? Beromen je ke?
Bapak aku, suka cerita aku pasal Tarzan. Tarzan duduk dalam telinga gajah putih. Dia cakar taik telinga gajah, pastu bakar. Pastu, dia masak Maggi Ayam kat dalam telinga gajah.
Cerita rakyat kontemporari. Post-modernist.
Ada banyak lagi cerita yang aku dah lupa tajuknya. Tak kurang yang aku dengar dan baca, mungkin dicedok dari tradisi lisan negara lain.
Macam cerita sorang mamat yang belajar ilmu. Dia kena rompak, tapi pasal dia takde wallet (yelah, zaman purba) perompak nak bunuh dia.
Jadi dia buat deal. Dia ada satu ilmu yang dia boleh buat sekali dalam masa tujuh tahun. Ilmunya ialah memanggil turun hujan batu permata.
Jadi dia buatlah. Pastu dia blah. Yang si perompak empat ekor ni pun sukalah. Maka mereka mengumpul batu permata tersebut. Diorang duduk dalam gua. Pastu mula berbunuh-bunuhan pasal tamakkan batu permata. Sampai semua orang mati. Habis.
Cerita ni aku jumpa balik dalam himpunan kisah-kisah seribu satu malam. 1001 Arabian Nights. Sastera Parsi.
Lepas tu, ada kisah pasal empat orang adik-beradik. Anak orang kaya yang dah nak mampus. Orang kaya tu cakap, sebelum kiok, yang dia jadi kaya pasal dia pergi ke satu tempat dan bawak balik batu, air dan pasir. Bila sampai ke rumah, batu jadi berlian, air jadi mutiara dan pasir jadi emas.
Jadi empat ekor anaknya pun pergilah ke tempat tersebut.
Yang sulung ambik batu sahaja, pasal berlian paling mahal. Yang kedua bodoh, jadi dia penuhkan karung dia dengan air. Yang ketiga tamakkan emas, pasal dia rasa harga emas takkan turun, dan takut kalau berlian tu, berlian Sierra Leone. Yang paling muda, ambik sikit dari semua jenis benda.
Masa nak balik - balik asing-asing tau? - ada seorang kerdil menahan setiap seorang, meminta sedikit apa yang diorang ada, sebagai balasan dia menolong mengangkat karung diorang.
Semua taknak, lepas tu mati, kecuali yang muda, walaupun dia kena pow empat kali. AKhirnya, dia sorang je kaya.
Cerita ni sebenarnya diadaptasi dari kisah-kisah rakyat himpunan Hans Christien Andersen. Dari Eropah tu, beb.
Banyak lagi. Dan ya, tak tau pasal kisah-kisah ni, tak mengurangkan keMelayuan kau. Tapi, aku musykil, kenapa orang Melayu tak ingat tradisi oral mereka sendiri. Dan lebih suka membaca Haruki Murakami, serta Salman Rushdie.