Friday, June 28, 2013

Hikmat Sukaria: Jurus Bersukaria Di Ladang

Previously, on Amir Hafizi...

Beberapa minggu lepas, aku duduk dengan krew Kil dan membincangkan benda-benda melancap. Redza Minhat mencadangkan industri perfileman Malaysia perlukan pemikiran niaga yang mampu menaikkan industri daripada tahap industri desa ke tahap kecil dan sederhana.

End Flashback

Tadi aku pergi minum dengan seorang tokoh Internet. Sebagai Tokoh Korporat, aku memenuhi kehendak khalayak dengan melawat kawasan dan berbincang pasal industri kreatif Malaysia.

Antara perkara yang dibincangkan ialah konsep harta intelek yang dipasarkan di pawagam, kaca TV, halaman buku dan lain-lain sebagai loss leaders dan keuntungan sebenar diangkut daripada sumber lapisan kedua dan ketiga.

Sebagai contoh: Angry Birds dan Upin dan Ipin. Kos setiap game baru Angry Birds tidak dapat dikaut balik dengan hanya menjual permainan video itu. Tidak. Rovio mengaut untung daripada perlesenan barangan cenderahati seperti bantal, kemeja T, seluar dalam, cadar dan lain-lain.

Upin dan Ipin tidak membuat banyak untung daripada siri animasi mereka, tetapi berjaya menokok pulangan berjumlah RM17 juta hasil jualan barangan sebegitu.

Pada tahun 2003, aku ada menulis rencana perihal industri anime. Kebanyakan atau semua siri anime Jepun tidak untung, tetapi nilai industri barangan hobi anime melebihi USD 3.1 billion. Ini angka pada tahun 2003. Sepuluh tahun kemudian, adakah keadaannya berbeza?

Sebab aku tidak lagi bekerja di suratkhabar, aku dah malas nak cari angka sebenar. Namun, memandangkan salah satu siri anime paling popular Jepun hari ini - Fairy Tail - disebarkan di Internet secara percuma (PERCUMA!) oleh pembikinnya selepas tayangan di TV, aku fikir industri anime di sana masih sama - kau tidak mendapat pulangan laba keuntungan daripada hanya menjual pengisian, tetapi menjana pendapatan daripada jualan barangan.

Aku panggil ini lapisan kedua atau lapisan ketiga, ikut mood.

Jadi, kalau kita ambil dua filem popular dalam masa beberapa tahun yang lepas, Ombak Rindu dan KL Gangster - bagaimana ingin menoreh ke dalam lapisan pendapatan kedua ini?

Maya Karin boleh pakai tudung ada bonjot tepi atau ada tanduk, dan tudung itu kemudiannya dijual oleh penerbit sebagai 'Tudung Ombak Rindu' semasa Perhimpunan Agung UMNO. KL Gangster boleh menjual pelekat motor untuk Mat Rempit di Dataran Merdeka dan kedai-kedai rempit, juga di zoo.

Bagaimana dengan Bunohan? Rock Oo dan Kil? Sarung tinju Bunohan? Teh Hijau Zahiril Adzim? Spek Pekin? Pick gitar Rock Oo? Salun Rambut Rock Oo? Baju pejabat Kil (untuk pemuda berjiwa bunuh diri)?

Masih ingat minuman Sudi? KRUCola?



Aku juga ada terlibat dalam satu projek yang ingin menjual cenderahati daripada siri TV tersebut, namun sampai sekarang aku masih belum nampak jualan barangan itu berlangsung.

Menjual barangan dalam lapisan kedua juga ada masalah - sudahlah separuh mati menjual karya, kau nak jual baju pulak?

Ini cabarannya, namun, adakah wujud nilai dalam idea ini? Aku tak pasti sama ada ingin menjual idea ini ataupun memperlekehkannya.

Dan industri hiburan Malaysia perlukan idea baru untuk kekal hidup.

Kalau dilihat daripada kutipan tiket, rata-rata filem Malaysia mendapat tamparan padu maut daripada khalayak. Tidak kiralah sama ada filem rempit, filem seram mahupun filem pandai. Hampir semua tak laku.

Yang menariknya, kalau dikaji graf kutipan filem tak kira filem tempatan atau asing, polanya meningkat. Kutipan panggung pada tahun 2006 ialah RM235 juta. Kutipan tahun 2012 ialah RM608 juta. Namun, filem cereka tempatan dah tak balik modal, sejak 2012 (aku takda data sebelum 2010). Tahun lepas, jumlah kos produksi dilaporkan di laman web Finas berjumlah RM123 juta untuk 76 filem. Kutipan? RM97 juta. RUGI!

Ini menunjukkan yang orang Malaysia tahun lepas dah bolayan dengan filem tempatan. Nak salahkan diorang? Nak jadi BN cybertroopers?

Aku belek The Malay Mail Online yang baru. Laman web hiburannya memaparkan laporan artis  antarabangsa dan aku terhibur dengan berita Justin Bieber jiwang dengan pelayan Hooters. Kalau 10 tahun lepas, mana-mana portal hiburan yang tidak memaparkan liputan kahwin-gaduh-cerai artis tempatan tampak layu dan sugul.

Liputan hiburan di Malaysia, kalau tak cerita pasal industri kat sini, memang berangan dan macam pukimak. Tapi itu 10 tahun yang lepas. Masa dah berubah. Walaupun laman web The Malay Mail Online yang baru dan tampak kemas ini banyak memaparkan liputan berita daripada 'wire' antarabangsa, aku tak kisah sangat, pasal aku pun dah lama malas nak layan berita tempatan kecuali terpaksa, pasal kerja aku.

Lebih-lebih lagi pasal berita artis tempatan - satu benda yang aku kerjakan dulu macam orang gila. Bagaimana agaknya penerimaan anak-anak muda, sama ada rempit atau non-rempit?

Kalau hijabster pun, asyik dengan K-Pop. Pasal apa? Pasal K-Pop boleh bukak baju tanpa kena gam. Artis antarabangsa memaparkan seks selamat sebab mereka kebanyakannya bukan Islam, walhal artis sini, minum arak malah bukak baju pun jadi isu. Rambut panjang jadi isu. Camana nak menarik minat rempit, kalau takleh tunjuk tetek?

Yang masih menyokong industri hiburan tempatan ialah mat dan minah rempit, kaum pondan, budak-budak kecik. Mak bapak sibuk beromen je kerjanya. Mana lah nak tengok filem tempatan.

Bagi benda free nak lah. Konsert free, ramai. Mintak beli, ada la beberapa kerat.

Akhirnya, semua ini akan menyumbang kepada kemelesetan industri filem dan akhirnya hiburan negara. Alaa, macam 90an dulu. Siapa nak buat filem, kalau filem asyik rugi? Baik main pelacur. Dapat gak pancut. Pelaburan balik modal.

Entahlah.

Nak sokong, tak kena dengan jiwa. Nak kutuk, kesian. Industri hiburan yang dikatakan bernilai RM20 billion. Berapa nilainya sekarang? Berapa nilainya tahun depan?