Monday, December 20, 2010

AIDS

Benda ni beberapa kali meresahkan aku.

Baru-baru ini, aku duduk dengan seorang wartawan yang aku hormati. Dia bercerita tentang salah satu artikel terakhirnya. Atau mungkin artikel mutakhir. Aku kurang jelas sama ada itu artikel dia yang penghabisan, atau cuma salah satu artikelnya yang terbaru.

Dia pergi dan menulis tentang sebaran penyakit AIDS dan kuman HIV di Kuantan.

"Apa yang baling aku bengang," dia kata, dalam Bahasa Inggeris, "adalah apabila menulis berkenaan AIDS dan HIV, aku sedar yang aku menulis untuk mereka yang sudah tahu."

Dia menulis untuk akhbar Inggeris, macam aku juga. Masalahnya, menurut wartawan tersebut, pembaca akhbar Inggeris rata-rata sudah tahu bahaya AIDS dan HIV. Mereka secara umumnya lebih berpendidikan.

Yalah, boleh cakap dan baca omputih. Takkan tak pergi sekolah kan?

Namun, dia menulis tentang mereka yang duduk di luar bandar. Terdedah kepada bahaya kebosanan dan penyalahgunaan dadah, perkongsian jarum suntikan dan praktis beromen tanpa kondom. Mereka ini kurang pelajaran dan kurang maklumat. Mereka juga terdedah kepada ancaman sentimen masyarakat sekeliling mereka yang menganggap apa saja musibah - termasuk, dan mungkin terutamanya AIDS dan HIV - adalah tanda hukuman Tuhan.

Kononnya memang patut pun mereka yang terkena apa saja perkara buruk itu, sebab mereka jahat atau tidak sembahyang. Mereka beromen kat bontot. Mereka hisap dadah. Mereka dilahirkan kepada ibu bapa yang menghidap AIDS.

Kawan aku itu menulis tentang bagaimana dalam satu komuniti, generasi muda sudah hilang kerana mati akibat AIDS. Maka, budak-budak dijaga oleh orang tua. Mayat ibu bapa mereka dihantar balik oleh pihak hospital dalam beg plastik.

Masalah AIDS juga sering dipinggirkan oleh beberapa pihak kerana ingin mewujudkan ilusi yang 'semuanya Ok', dimanifestasi dalam bentuk kata-kata oleh Perdana Menteri sebelum ini.

Semuanya Ok, Pak Lah?

Aku datang dari kawasan luar bandar. Aku duduk tepi paya. Ada orang kampung aku menghidap dan ada yang mati disebabkan AIDS.

Kalau ikutkan statistik yang dikongsi oleh seorang lagi wartawan yang aku hormati, kadar kelahiran anak luar nikah lebih tinggi di kawasan luar bandar berbanding kawasan bandar.

Tapi, semuanya ok, kan?

Penagih dadah hardcore lagi ramai di kawasan luar bandar. Yang kat bandar ni tak cukup hebat. Selagi tak hidu taik ayam cair, tak hardcore la. Belakang sekolah aku dulu banyak jarum suntik. Mujur aku jenis cengengeng jugak masa aku kecik dulu. Kalau tak, aku main je jarum-jarum tu semua.

Kisah AIDS di Malaysia lebih memberi kesan kepada mereka yang tidak tahu berkenaan AIDS dan HIV. Mereka tak banyak artikel-artikel dalam suratkhabar yang mereka baca yang menyebarkan maklumat berguna pasal penyakit ini. Bukan tak ada. Tak banyak. Lebih-lebih lagi, sesetengahnya tak reti membaca pun.

Kempen kesedaran AIDS dan HIV memang ada dibuat, juga termasuk di kawasan luar bandar, cuma aku rasa tak cukup.

Aku rasa, menjadi fardu kifayah (chewah!) orang bandar untuk pergi dan mendidik serta menyebarkan maklumat tentang AIDS dan HIV kepada orang kampung masing-masing.

Hentikanlah sikap buruk yang suka mengatakan yang nasib malang menimpa seseorang sebab Tuhan tak suka dia, dan lebih sukakan kau. Kau ingat Tuhan tu, Maha Loser macam kau ke?

Beb, bisul ari-ari pun boleh dapat dengan duduk kat tandas je. Kau tak tau macam mana mamat atau minah tu kena AIDS. Kena rogol dengan beruk ke, kena itu ke, ini ke. Dan AIDS tak dapat merebak walaupun kau pergi comolot dengan penghidap.

Entahlah. Malaysia ni, memang susah. Penagih dadah pun kena halau dengan Tok Imam. Apa punya support system yang ada? Dahlah penagih, jadi sampah mayarakat pulak tu.

Tapi, apa aku nak kisah? Masalah aku pun banyak. Baik aku pentingkan diri sendiri. Jaga puki sendiri je.

"Buat apa tu, Amir?"

"Jaga puki, nek."