Thursday, September 25, 2008

Taip Pakai Blackberry

Chuck Pahlaniuk, si gay, pernah menulis, "Only when you have lost everything are you free to do anything."

Aku bencikan negara ni pasal aku tau apa yang negara ni boleh buat. Tapi tak buat.

Tupac pernah berkata, "I rap about how bad it is so that some day, some one might come and clean it up."

Aku memikul falsafah ini dalam hati, memikirkan bahawa tanggungjawab terletak pada bahu generasi berikutnya.

Jika aku mahukan tenaga alternatif, aku fikir yang aku perlu tunggu budak baru lahir buat.

Kalau aku mahukan negara ini berdiri atas kaki sendiri, berdaulat, mampu bersaing dengan robot keluaran negara lain, aku perlu buat filem yang akan membantu memberi inspirasi kepada bebudak sekolah.

Mungkin mereka akan buat 50 tahun lagi.

Sambil itu, Dr M, berumur lebih 80 tahun, meneruskan bakti dan jasanya mengubah negara.

Aku berasa lebih selamat dengan adanya orang seperti Dr M.

Dan aku musykil, selfishly, berapa banyak lagi yang mampu dia berikan. Dan berapa lama lagi dia mampu membanting tulang?

Aku fikir yang kalau aku inginkan apa-apa kemajuan, aku perlu buat sendiri.

Kalau nak diharapkan orang lain, sampai bila pun aku tulis kat blog aje.

Persetankan politik dan ahli politik. Pergi mampus sama mereka. Peduli taik aku?

Aku akan buat apa yang aku mampu. Pasal aku superhero. Aku akan heret negara ni ke abad ke-21, sama ada dia suka atau tidak.

Apa yang aku rugi? Kalau aku tak heret pun, aku masih macam ni jugak. Masih cool dan macho jugak.

Masih kacak dan sasa jugak.

Kalau aku gagal pun, sekurang-kurangnya aku dah buat apa yang boleh, dan tidak hanya duduk dan maki orang tak tentu pasal, perasan diri sendiri betul.

Untung sabut, timbul. Untung batu tenggelam. Aku masih tetap aku.

Tetap seksi.

(Taip pakai Blackberry)