Monday, September 15, 2008

Bumi Baru - Ulasan Buku 'A New Earth' oleh Eckhart Tolle

Sebelum aku sambung buat kerja aku semalam, aku nak membuat ulasan buku A New Earth karya Eckhart Tolle.

Aku tak pernah baca ulasan dalam Bahasa Melayu dan aku rasa rugi kalau tak dikongsi bersama. Memandangkan orang Melayu tak baca buku, dan kalau baca pun, buku politik atau novel picisan, aku rasa kalau dia translate pun buku ni, tak ramai yang baca.

Aku ternampak buku ni dalam Oprah Winfrey Show. Ya, aku sering menonton Oprah. Sejak membacanya, aku kerap memberikan buku ini sebagai hadiah untuk kawan-kawan.

Secara dasarnya, A New Earth mendedahkan bagaimana manusia selama ini dibelenggu ego yang menjadi punca hampir semua kesengsaraan.

Budaya aku, kami, kitorang, awak, engkau. Ini semua ego.

Mari kita ambil contoh paling mudah - keinginan untuk diiktiraf sebagai berada di pihak yang benar.

"Aku sokong pembangkang, jadi aku betul." "Aku tak makan babi, jadi aku betul. Orang lain semua salah." "Eleh, mamat tu cakap macam tu kat aku. Dia? Sama je!"

Ego ialah sebahagian diri kita yang menginginkan 'lebih' dari orang. Lebih kaya. Lebih kurus. Lebih berjaya. Lebih pandai. Lebih BETUL. Lebih terseksa. Dan macam-macam lebih lagi.

Biasanya, ini semua dikaitkan dengan emosi. Bila ada perasaan sahaja yang disekalikan dengan mana-mana pemikiran ini, maka ianya berasal dari ego.

Sering dicelarukan dengan fakta.

Contoh:

Fakta: AKU ada seribu. Ali ada seratus. AKU ada 900 lebih dari Ali.

Ego: Aku lagi kaya dari ALi,siut. Bestnya akuuuuu. Mulianya akuuuuuu.

Contoh:

Fakta: Ada dua orang yang nak hisap konek AKU. Ada seorang sahaja yang nak hisap konek dia.

Ego: AKU lagi lawa dari dia, siuttt. Bestnya akuuuuu. Mulianya akuuuuuu.

Contoh:

Fakta: AKU ada kereta Mercedes berharga 400K. Dia ada kereta Kancil, bayar 400 sebulan.

Ego: Dengan adanya kereta Mercedes ni, akulah manusia paling berjaya dalam dunia. Jenama Mercedes ini akan membuatkan semua orang memandang aku sebagai manusia paling mulia dalam dunia. AKu lebih bagus dari dia.

Fakta: AKU baca A New Earth/Tengok filem Batman/Beromen dengan perempuan itu. Dia tidak.

Ego: Aku jauh lebih dari dia. Akulah manusia paling best dalam dunia dan mereka-mereka hanyalah anjing kurap yang hidup atas ihsan aku.

Fakta: AKu sembahyang. Aku puasa. AKu naik haji (free, pasal ada orang bayar). Dia tidak.

Ego: Bestnya akuuuuu. Aku masuk syurga. Dia masuk neraka. AKu menang!

Cuba fikirkan - betul ke? Hehehehe.

Adakah pandangan orang, duit atau kereta Mercedes dapat membuatkan sesiapa menjadi lebih agung dan mulia?

Ambik contoh aku la senang. Aku sering dipuji dan juga dikeji. Apabila dipuji, adakah aku menjadi manusia yang lebih? Adakah aku menjadi hebat nak mampus pasal orang puji aku? Dengki dekat aku? Fikir aku hebat?

Dan apabila aku dikeji, adakah itu membuatkan aku menjadi hina?

Jika orang memikirkan aku betul, adakah itu menjadikan aku betul? Jika mereka fikir aku salah, adakah itu membuatkan aku salah?

Adakah pujian atau hinaan itu, setuju atau tidak, adakah ini menukar aku? Menambah atau mengurangkan aku dalam apa jua segi?

Untuk menjawab soalan ini, kita perlu lihat balik, siapakah aku?

A New Earth membezakan 'aku' yang terperangkap dalam emosi, yang menginginkan menjadi lebih - ego - dengan kesedaran tenang yang sebenarnya ialah diri yang hakiki.

Ego takkan hilang dengan hanya melawan ego. Sebaliknya, apabila kita melawan ego, ego menjadi lebih besar kerana apa yang diinginkan ego lebih dari segalanya ialah perhatian dan pengesahan kewujudan.

Cuma perhatikan diri anda yang terasa, yang terguris hati, yang tangkap leleh, yang nak bunuh diri, dan bezakannya dengan diri sendiri yang memerhati. Kesedaran itulah diri kita yang sebenarnya, bukan ego.

Ego dan Kesedaran tidak mampu wujud pada masa yang sama. Lebih banyak perhatian kepada kesedaran, lebih kecil ego.

Kata A New Earth.

Itu serba-sedikit falsampah A New Earth.

Kalau dari segi praktikalnya, ada tiga cerita dalam buku ini yang ingin aku kongsi:

1. Sami Zen bernama Hakuin.

Hakuin terkenal dengan kewarakannya.

Satu hari, dia dituduh berzina dengan anak jirannya yang bawah umur.

Apabila dia dituduh, dia hanya berkata, "Kembaaaaaaaang cipap aku mendengarnya.". Erm. Sebenarnya, dia caka, "Is that so?" atau "Iya ke?"

Reputasinya jahanam dan dia dipulaukan.

Apabila budak itu lahir, dia dipaksa menjaga bayi tersebut.

Kau tau apa dia kata?

"Kembaaaaaang cipap aku mendengarnya."

Dan dia jaga budak tu.

Lepas budak tu besar, perempuan tu mengaku yang sebenarnya bukan Hakuin yang romen dia, tapi ada seorang tukang kebun.

Bersusah-payah la mak bapak dia minta maaf kat Hakuin. Kau tau apa Hakuin cakap?

"Kembaaaaaang cipap aku mendengarnya."


Nah, ini contoh ekstrem, tapi prinsip yang diajar dari cerita ini ialah untuk tidak bereaksi tak tentu hala untuk apa-apa situasi atau kejadian.

Pada zaman muda aku, 90% masalah aku datang dari bereaksi dengan membuta tuli. Bukan dari keadaan. Keadaan itu sendiri neutral. Reaksi kita yang mendefinisikan segalanya.

Kalau kita boleh mengawal diri kita dari bereaksi, 90% masalah boleh diselesaikan.

"Kembaaaaaang cipap aku mendengarnya."

2. Mungkin?

Ada seorang Sami Zen menang loteri. AKu tak tau kenapa sami boleh main loteri. Tapi lantaklah.

Hadiahnya - Lamborghini Diablo bernilai USD2 juta.

Bila orang cakap kat dia, "Wah, menang loteri siut ko! Ko memang nasib baik!"

Dia cakap, "Mungkin?"

Lepas tu dia eksiden dalam Lambo tu. Patak tulang kaki. Kena pakai tongkat.

"Wah, nasib kau tak baik la!"

"Mungkin?" dia kata.

Duit tuntutan insurans sampai. USD40 juta. Dia beli kaki bionik lepas tu menang kat London Olympics, mengalahkan Usain Bolt.

"Wah, ko hebat la, boleh menukarkan nasib buruk kepada nasib baik! Fuuyooo!" Kata si Melayu, dengki.

"Mungkin?" kata Sami Zen tersebut.

Lihat, si Sami itu tak menghakimi apa yang terjadi kepadanya dan apa yanbg difikirkan orang kepadanya.

3. This, too, shall pass.

Ada seorang Raja Hindu, hartanya lebih besar dari Pergunungan Himalaya. Gundiknya 5 billion.

Tak ada apa yang ingin dicapainya dalam hidup.

Jadi, dia pergi berjumpa seorang pertapa.

Raja: Pertapa, aku dah takde apa nak buat dah dalam hidup. Boleh tak bagi aku rahsia kegembiraan? Nanti aku bayar ko la. USD400 billion ke, 1 trillion ke.

Pertapa: Apa yang aku boleh bagi kau lagi mahal dari apa yang kau mampu bayar. Tapi takpe, aku bagi sebagai hadiah je lah.

Raja: Orait, negro!

Si Pertapa blah dan kembali beberapa minggu kemudia, membawa sebuah kotak. Dipersembahkannya kepada Raja tadi.

Raja: Apahal lu mat?

Si Pertapa: Lu order ni kna? dah sampai.

Dalam kotak tersebut, ada sebentuk cincin. Pada cincin tersebut, ada ditulis perkataan omputih (jangan tanya aku macamana Sang Pertapa dan Raja tamadun Indus boleh ada Bahasa Inggeris sebelum terciptanya bahasa tu sendiri) - This, too, shall pass.

Maksud cerita ini ialah, tak kira apa, kebahagian, kesedihan, bini, gundik, duit, penyakit, SEMUA ini tidak kekal abadi. Semuanya akan mampus jugak satu hari nanti.

Jadi, bila kau dalam keadaan tertekan, mahupun dalam kegembiraan, relaks, terima saja bahawa ini ialah keadaan sekarang, ini ialah apa yang kau rasa sekarang, atau mungkin, apa yang ego kau rasa sekarang. Dan ini semua tak kekal. Cuma fana semata-mata.

Aku gunakan tiga cerita ini dalam kehidupan seharian aku. Bila Melayu-melayu cuba tikam aku dekat belakang, atau cuba nak bagi aku marah, aku pun cakap dalam hati, "Kembaaaaaang cipap aku mendengarnya."

Kalau aku diberitahu yang mamat ni atau minah tu tak suka atau suka aku, aku pun cakap, "Mungkin?"

Masa aku pressure, aku bagitau diri sendiri, This, too, shall pass.

Bila dah relaks, barulah boleh fokus pada kerja aku. Kalau tak, apa pun tak jalan. Ianya berkesan untuk aku.

Melayu juga harus tahu pasal keinginan untuk menjadi mangsa.

Menjadi BETUL, kemudian menjadi mangsa.

Kebanyakan Melayu, kerjanya nak menunjukkan kesalahan orang lain. Ini bukanlah buruk atau baik. Ini cuma ini.

Buddha cakap, 'Ta ta ta' yang kalau diterjemah bermaksud, "Camtulah, brader." The suchness of life.

Orang Melayu juga ingin menjadi mangsa.

Mereka rela dimangsakan dan mendabik dada, sambil berkata, akulah mangsa! Dengan bangga. Atau mereka cerita dalam kepala yang mana merekalah hero yang telah disalahkan.

Dalam 'cerita kepala' mereka ini, merekalah hero yang dipersalahkan dan satu hari nanti, mereka yang menyalahkannya akan menerima balasan. Mungkin di hari Akhirat, pasal SEMUA Melayu Islam, walaupun agama lain.

Meh, dengar 'cerita kepala' aku pulak:

Pada tahun 2012, aku ada kepak macam malaikat. Lepas tu, aku hantar Bumi ke Matahari. Masa tu, ada live telecast, dan SEMUA orang yang pernah memangsakan aku menangis-nangis, merengek-rengek minta belas kasihan.

Aku tolak sampai masuk matahari, lepas tu aku blah, pergi beromen dengan alien.

Pantang kalau ada orang lebih dari orang Melayu. Lebih-lebih lagi kalau Melayu sendiri. Perasaan hasad dengki orang Melayu, ego orang Melayu akan menarik orang itu ke dasar baldi yang berisi ketam.

Ta ta ta.