Monday, April 18, 2011

Kuiz Kerakyatan

Ko cakap ko orang Malaysia. Apa ko tau pasal Malaysia? Tidur? UMNO? PKR? DAP? Dr M? Anwar? Pergilah mampus.

Nah, aku bagi ko kuiz:

1. Di manakah pengisytiharan kemerdekaan dibuat?
A. Stadium Merdeka
B. Dataran Merdeka
C. Padang Kelab Selangor
D. Padang Merbok
E. Sushi King

2. Apakah nama bendera British yang dipakai sebelum kemerdekaan?

A. British Union
B. St Peter's Cross
C. Malayan Union
D. Samurai Jack
E. Union Jack


3. Apakah nama rasmi Malaysia (tidak termasuk Sabah dan Sarawak) sebaik sahaja sebelum menyambut kemerdekaan pada 31 Ogos 1957?

A. Malayan Union
B. Gangga Negara
C. Persekutuan Tanah Melayu
D. Malaya
E. Serambi Mekah

4. Bilakah Darurat pertama diisytiharkan?

A. 1969
B. 1984
C. 1948
D. 1998

5. Bilakah Darurat berakhir?

A. 1975
B. Tidak pernah berakhir
C. 1960
D. 2005

Kalau tak pass, pergilah balik ke mana-mana lubang ko keluar dari.