Shallow. Tohor. Cetek.
Bagi aku, kebanyakan manusia yang aku pernah jumpa amat bodoh, bukan pasal IQ mereka rendah atau mereka tak boleh buat Add Maths. Mereka bodoh, bahlul, bengap dan pukimak sebab mereka - bagi aku - melihat dunia dengan penuh cetek dan hanya dari segi luaran.
Jadi, adakah untuk tidak menjadi bodoh, mereka semua harus jadi 'deep'? 'Deep', dengan tanda pembuka dan penutup kata, ialah slang bebudak jaman sekarang yang lebih menjurus kepada poyo.
Contoh: Tengok filem Holy Mountain lepas tu melancap tanpa kawalan. Tengok filem Zardoz dan cakap pasal subtext. Baca Haruki Murakami sebab... sebab poyo sial baca Haruki Murakami.
Yang membuat umat jadi shallow bukan pasal buku apa diorang baca, atau filem apa diorang tengok. Diorang shallow sebab diorang self-absorbed. Diorang taksub dengan diri sendiri.
Dalam diri setiap manusia, ada satu benda, satu makhluk yang asyik beritahu diorang bahawa diorang tu spesel. Diorang istimewa, diorang terpilih. Kalau 100 orang terjun bangunan 10 tingkat, mati atau patah riuk. Kalau diorang terjun takpe, sebab diorang spesel.
Bodoh, kan? Ya. Kenapa bodoh? Sebab diorang shallow.
Benda yang cuba yakinkan diorang tu bahawa diorang spesel, bagi aku, ialah setan. Sebab benda ni paling buruk dan racun paling pukimak anak anjing yang kita boleh telan.
Kalau kau dengar benda ni, kau akan percaya bahawa kaulah manusia terpilih, the Chosen One macam David Moyes. Kau akan percaya bahawa orang lain lebih rendah daripada kau. Ini akar umbi kepada semua perang, termasuk perang agama sebab orang beragama pun rasa diri sendiri lagi bagus daripada orang yang dia bunuh. Sebab apa lagi bagus? Macam-macam sebab yang diyakinkan oleh benda itu. Benda itu, ialah ego.
Kalau kau baca Freud, kau akan tahu dia kelaskan identifikasi diri dengan tiga tahap - id (naluri dan nafsu kebinatangan seperti nafsu makan, nafsu seks dan nafsu lain), ego (atas sikit, identifikasi dengan label dan cuba menghubungkan kehendak id dengan realiti dunia sebenar), juga super-ego (sesuatu yang berfungsi melawan kehendak dan nafsu id untuk menegakkan nilai-nilai kemasyarakatan dan berlagak sebagai suara hati yang murni).
Semua ni aku kelaskan sendiri sebagai ego. Senang. Sebab ini semua bukan diri kita, kesedaran kita yang sebenar. Bukan dalam bentuk ini.
Jesus Christ cakap, 'deny thyself'. Nafikan diri sendiri. Diri sendiri apa yang dia cakap tu? Ego. Pendita Hindu cakap, 'the mind is maya'. Minda kita ni tak real, sebenarnya. Minda kita palsu. Minda = ego, dalam konteks pendita Hindu tu la.
Kalau mamat yang backstab rakan sekerja untuk DILIHAT lagi bagus oleh bos atau mamat yang menipu bini sebab nak main perempuan lain sambil DILIHAT suci tu bukan diri kita yang sebenar, siapa diri kita?
Bagi aku, jawapan dia ialah 'the awareness'. Kesedaran. Ramai orang tak paham 'the awareness'. Dia main cakap je. Aku lain. Aku paham, sebab aku spesel. Muahahahaha.
Kau boleh panggil dengan nama lain. Jiwa. Raga. Bakul. Basket. Roh. Semangat. Kesedaran ni cuma muncul bila kau ada empathy dengan orang lain. Ramai orang yang CAKAP dia empathetic sebenarnya hanya menghakimi orang lain. Dia tak paham pun orang yang dia cakap dia paham tu. Dia cuma hakimi mereka dengan senang. Sebab apa? Sebab malas. Susah nak pikir pasal orang lain ni. Susah nak jadi empathic. Kena rajin. Ko rajin ke?