Aku bengang baru-baru ni bila terjumpa bebudak berangan tak sudah.
Kalau ko rasa ko international standard, ko pitch la kat kompeni international. Bukan susah, bro. Pitch je la.
Aku start pitch idea dan cerita kat kompeni antarabangsa masa umur aku 19 tahun. Aku ambik outline cerita, idea dan cerita tak siap - pasal aku budak umur 19 tahun yang tak mengenal dunia - pastu aku hantar pakai email ke Random House, Del Rey, Dark Horse Comics, apa-apa alamat e-mail yang aku jumpa masa zaman purba Internet.
Kebanyakan daripada diorang reject. Ada yang hantar rejection letter yang amat sopan, baik dan pemurah. Ada sorang je editor berbangsa Yahudi yang memberi galakan yang hebat. Berminggu-minggu dia suruh aku habiskan cerita pasal orang Yahudi masuk gas chamber.
Dia rasa, seorang beragama Islam menulis cerita sci-fi pasal orang Yahudi kena bunuh masa Perang Dunia Kedua sebagai satu cerita yang penting. Sampai sekarang, aku masih terhutang budi kepada seorang editor Yahudi yang membakar semangat aku di kala aku rasa terperangkap dengan dunia penerbitan fiksyen. Banyak jugak aku belajar daripada dia.
Beberapa minggu lepas, aku pitch kat satu kompeni international yang bertumpu kat sini - kat Malaysia. Selepas 14 tahun, akhirnya ada kompeni sebesar tu yang suka cerita-cerita aku. Apa akan jadi? Adakah aku dapat buat cerita-cerita yang aku suka dan pasarkan ke arena lebih besar? Entah. Aku tak tau.
Aku masih berpijak pada bumi yang nyata.
Yang penting, aku tahu yang aku hanya akan gagal selepas aku berhenti mencuba. Jadi, kepada sesiapa yang amat yakin dengan karya sendiri, kalau nak pitch kat kompeni international, dipersilakan. Bagi aku, aku percaya kepada membangunkan kemahiran sendiri dan mengkaji penerimaan pasaran di kampung halaman sendiri sebelum kau mencuba pasaran luar.
Apa-apa karya yang mampu menyentuh sekumpulan manusia, mempunyai kebarangkalian besar menyentuh kumpulan manusia yang lain. Sebab karya kreatif ni cuma menyampaikan cerita dan idea kompleks melalui apa-apa medium, dengan perlaksanaan yang hebat.
Aku menyampah kat ramai Gen Y sebab berangan lebih. Fahami market kau sendiri - fahami industri kau sendiri sebelum kau terkinja-kinja melompat macam beruk. Fahami manusia. Kalau pemahaman kau pasal dunia cuma bergantung daripada buku yang kau baca dan siri TV yang kau tonton, baik ko pergi keluar dan betul-betul hayati dunia ni macam mana.
Tetapi, aku juga rasa amat gembira bila aku terjumpa Gen Y yang bersemangat nak buat kerja. Ya. Aku tau. 'GenY' dan 'kerja' tidak selalu selari. Tapi ada yang rajin. Ada yang mahu terus berusaha. Ada yang faham bahawa kejayaan itu tidak datang daripada duduk melangu, mengelamun sambil tunggu orang basuh berak kau.
Gen X pun ada jenis tunggu orang bagi dia duit. Atau fikir orang buat kerja sebab nak rompak/curi duit dia. Aku kenal. Ramai.
Ada kos untuk semua benda. Kalau kau fikir kau hebat sangat, dipersilakan. Selepas 10 tahun aku bergelumang dalam industri korporat dan kreatif, aku masih lagi budak umur 19 tahun yang hantar pitch kat syarikat antarabangsa.
Cuma janganlah kau fikir semua orang ialah bibik kau yang akan basuh lubang jubur taik ko untuk bayaran picisan. Ko cubalah dengan kompeni antarabangsa dan tengok sama ada kau diterima atau tidak. Kau mungkin berjaya, atau kau mungkin jadi lawak antarabangsa.